KAHERAH, 16 Sept - Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman mengumumkan bahawa PMRAM akan mengdakan satu majlis khusus untuk graduan dan mahasiswa cemerlang.
Majlis tersebut adalah bagi meraikan mahasiswa/wi yang telah menamatkan pengajian samada peringkat pengajian Islam mahupun perubatan serta mahasiswa/wi yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan baru-baru ini.
Ia merupakan satu alternatif di peringkat PMRAM setelah mana, desakan di peringkat ahli untuk PMRAM mengadakan konvokesyen pada tahun ini.
"PMRAM telah berbincang dan setuju untuk mengadakan satu majlis khusus untuk meraikan graduan dan mahasiswa cemerlang. Cumanya ia tidak dinamakan sebagai konvokesyen. Apa yang pasti PMRAM akan mengadakan satu majlis khusus yang akan bergabung sekali dengan program mega iaitu Kutub Sittah siri III," kata Presiden PMRAM.
PMRAM akan mengedarkan iklan berkenaan dengan Kutub Sittah siri III serta majlis khusus tersebut pada hari ini. Pengiklanan secara berkala akan dilaksanakan bagi memudahkan mahasiswa/wi mengikut perkembangan dari masa ke semasa.
Setakat ini, tarikh pelaksanaan program pada bulan Oktober dan selepas keputusan peperiksaan tasfiah diumumkan.
PMRAM sentiasa memberikan hasil yang terbaik untuk meraikan pandangan dan suara mahasiswa dalam masa yang sama memastikan agenda pendidikan terus diperkasakan di peringkat PMRAM.
KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH