Memperingati 29 tahun tragedi Sabra & Shatila

Oleh: UPP DPMM

Penyembelihan Sabra dan (Shatila/Chatila) berlaku pada September 1982, di Beirut, Lubnan, dalam kawasan di bawah kawalan Israeli, oleh Nasarani Lubnan. Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyifatkannya sebagai "penghapusan kaum (genocide)" -- satu istilah yang mempunyai kesan perhakiman antarabangsa. Kebanyakan perdebatan bertumpu kepada tanggungjawab Israel.

KEJADIAN


Pihak bersenjata Phalangist dan Pasukan Pertahanan Israel "Israel Defense Forces" (IDF)mencapai persetujuan bahawa IDF akan mengawal sempadan kem dan Phalangists akan mengusir keluar ahli PLO dan menyerahkan mereka kepada pasukan Israeli. Arahan Sharon kepada Phalangist menegaskan bahawa IDF akan mengawal semua pasukan di dalam kawasan tersebut. Pada petang 16 September 1982, IDF mengelilingi kem dan pasukan Phalangists menceroboh masuk, di bawah pemerintahan Elie Hobeika. Untuk 36 jam berikutnya, pasukan Phalangists menyembelih ke
semua penduduk kem, sementara pasukan IDF memasuki Beirut Barat.
Menjelang tengah hari Rabu, 15 September, pihak IDF telah mengelilingi dan menutup kawasan kem dan meletakkan pos pemerhati pada bumbung di bangunan tinggi berhampiran. Menjelang tengah hari Khamis, pihak Israel mengumumkan bahawa ia mengawal semua kawasan penting di Beirut. Pihak IDF bermesyuarat sepanjang hari dengan pemimpin Phalangist, termasuk Elie Hobeika, untuk membincangkan kemasukan mereka ke dalam kem. Pada pukul 4 petang, 1500 orang bersenjata berkumpul dan mula bergerak ke arah kawasan kem, dan unit pertama 150 orang memasuki kawasan kem pada waktu maghrib, bersenjatakan senapang, pisau dan perang "hatchet". Dari awal malam sehingga lewat tengah malam, pada kedua-dua malam, pihak IDF menembak flare penerang di atas kawasan kem. Seaw
al pukul 8 malam hari Khamis, seorang pegawai Phalangist melaporkan pembunuhan seramai 300 orang awam kepada pusat kawalan Israeli. Pembunuhan ini berterusan sepanjang malam. Sebahagian daripada laporan telah dihantar ke Tel Aviv dan telah dilihat oleh beberapa pegawai kanan IDF.

Sungguhpun begitu, pasukan bantuan Phalangist tiba di kem pada pagi Jumaat. Sepanjang masa tersebut, tentera Israeli secara perseorangan menyaksikan sebahagian daripada penyembelihan tersebut. Pada satu masa soalan melalui radio ditujukan kepada Elie Hobeika menanyakan apa yang hendak dilakukan terhadap wanita dan kanak-kanak telah dipintas oleh pegawai perhubungan Israeli (dia menjawap "Ini merupakan kali terakhir awak tanya saya soalan seperti itu, awak sudah tahu apa yang perlu dilakukan", tentera Phalange di situ ketawa mendengarkannya). Pada waktu lain anggota pasukan kereta kebal melihat beberapa orang, wanita, dan kanak-kanak dibawa ke stadium (kelihatannya untuk ditembak)
. Sesetengah tentera IDF diletakkan di sekeliling kem mematuhi arahan mereka dan mengusir kembali pelarian yang cuba melarikan diri. Yang lain melaporkan apa yang mereka lihat kepada orang atasan mereka.

Anggota Phalangist sering datang meminta makanan, air, dan peluru sepanjang penyembelihan tersebut. Pada pukul 11:30 pagi, Jeneral IDF Yaron memerintahkan Phalanges untuk berhenti mara. Perintah tersebut kelihatannya tidak dipatuhi langsung. Selepas itu pada waktu petang, perbincangan Majlis Pegawai Israeli memutuskan untuk memberikan lanjutan masa kepada pasukan Phalanges sehingga 5 pagi keesokan harinya. Tekanan Amerika yang dicetuskan oleh khabar angin mengenai penyembelihan itu merupakan sebab mendorong kepada keputusan untuk menghentikan pasukan Phalanges. Pasukan IDF juga membekalkan pasukan bersenjata dengan jentolak tambahan.


Orang bersenjata tidak keluar dari kem pada pukul 5 pagi Sabtu seperti diperintahkan; sebaliknya, mereka keluar pada pukul 10 pagi, selepas memaksa mereka yang masih hidup untuk beratur keluar dari kem, membunuh mangsa secara rawak, dan menghantar kebanyakan yang lain ke stadium untuk soal-siasat, yang berlarutan sepanjang hari. Pasukan IDF tidak memasuki kem ketika itu, untuk mengelak pembabitan. Pemberita asing pertama dibenarkan memasuki kem pada 9 pagi dan apabila menjumpai beratus-ratus mayat bergelimpangan merata-rata, kebanyakannya dikelar, memancarkan berita rasmi mengenai penyembelihan tersebut sekitar waktu tengah hari.


Jumlah sebenar mangsa tidak diketahui. International Committee of the Red Cross (ICRC)menganggarkan sejumlah 2,750 mangsa. Jumlah Israeli, berasaskan perisikan IDF, meletakkan jumlah sehingga 700-800, jumlah yang sama dipetik oleh pihak berkuasa Lubnan dan kebanyakan sumber Barat, dan laporan lain menyebut antara 300 sehingga 3,000.

"Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah"


sumber:
http://www.cyberax.eu/book/1121751/penyembelihan-sabra-dan-shatila
http://peribadirasulullah.wordpress.com/2009/10/10/gambar-sabra-dan-shatila-dalam-kenangan/
http://www.indonesiaindonesia.com/f/110750-pembantaian-umat-manusia-pernah-terjadi-sejarah/index3.html
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger