DPJA,26 Sept - Satu perjumpaan mahasiswi Qiraat telah diadakan pada pagi ini yang dikelolakan oleh pimpinan DPMM sesi 2011/2012. Perjumpaan khas ini diadakan bagi mengumpulkan suara ahli berkenaan isu perpindahan mahasiswi Qiraat Mansurah ke Shoubra Khimah, Kaherah yang sedang hangat diperkatakan sekarang.
Dalam perjumpaan tersebut, mahasiswi Qiraat sebulat suara bersepakat untuk meneruskan pengajian di Mansurah dan membantah cadangan untuk memindahkan mereka ke Shoubra Khimah atas alasan beberapa faktor.
Perjumpaan tersebut telah dihadiri seramai lebih kurang 40 orang mahasisiwi termasuk Qiraat, Perubatan dan Kuliah Pengajian Islam. Perjumpaan selama sejam bermula jam 8-9 pagi telah menyaksikan beberapa orang mahasiswi bangun menyatakan pandangan mereka berhubung isu tersebut.
Daripada sekalian hadirin yang hadir, semua yang bersuara membantah untuk dipindahkan ke Shoubra Khimah dengan beberapa alasan terutama faktor keselamatan, kewangan, jarak yang jauh, kos sara hidup yang tinggi dan lain-lain.
Semoga dengan segala ujian yang berlaku ini dapat mematangkan lagi mahasiswa – mahasisiwi di perlembahan Nil dan memantapkan kesatuan di antara kita untuk meneruskan pengajian di bumi Anbiya'. Ingatlah, bahawa kita sentiasa punya Allah SWT yang Maha Mengetahui dan Maha Mendengar rintihan hamba-hambaNya. Panjatkanlah doa dan pengharapan hanya kepadaNya.
Wallahua'alam.
"KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH"