KAHERAH, 28 Okt - Lebih 300 orang graduan dan mahasiswa cemerlang bakal diraikan pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan pada 2 November ini.
Penyertaan daripada setiap graduan dan mahasiswa cemerlang daripada pelbagai fakulti pengajian yang berbeza begitu memberangsangkan.
Majlis yang berprestij ini adalah untuk menghargai kejayaan mahasiswa Islam sekaligus membuktikan bahawa mahasiswa Mesir juga mampu berdiri setanding dengan mahasiswa tempatan.
Oleh kerana demikian, PMRAM mengharapkan kerjasama daripada semua pihak dalam menjayakan program ini yang akan berlangsung selepas Majlis Pembacaan Hadis Kutub Sittah Siri 3.
" Bertepatan dengan ucapan dasar Presiden PMRAM 'Kebajikan Akademik' memberikan gambaran kepada mahasiswa bahawa PMRAM komited dalam menghargai kejayaan mahasiswa sebagai pendorong dan ikon kepada generasi akan datang" ujar Saudara Firdauz bin Noh selaku Pemantau Majlis Apresiasi Kecemerlangan PMRAM.
KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH