Majlis Kutub Sittah Medium Acuan Azhari Kontemporari

KAHERAH, 3 Nov -Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir sekali lagi telah berjaya menganjurkan Majlis Pembacaan Kutub Sittah untuk siri yang ke 3 dengan majlis penutup pada 31 Oktober yang lalu.

Majlis yang dinanti-nantikan oleh semua mahasiswa Malaysia di Mesir ini telah berlangsung di Nadi Riyadi, Madinat Nasr
selama tiga hari dengan jayanya.
Kehadiran peserta dalam menjayakan majlis ini amat memberangsangkan dengan jumlah penyertaan mencecah seribu lebih,
dan lebih menggalakkan lagi apabila majlis yang dianjurkan ini turut disertai oleh mahasiswa dari negara lain,iaitu Brunei,Singapura dan Indonesia.
Majlis yang berlangsung selama tiga hari ini telah diserikan lagi dengan kehadiran Mufti Mesir,Syeikh Doktor Ali Jum'ah sebagai perasmi penutup bersama-sama ulama' Al-Azhar yang lain.
Majlis ini juga telah mendapat pujian daripada para Masyaikh yang turut hadir kerana berjaya menghimpunkan mahasiswa untuk terlibat dalam pembacaan hadis Sohih Bukhari kali ini.
"Kerjasama peserta dan jawatankuasa pelaksana antara penyumbang kepada keberjayaan Majlis Pembacaan kutub Sittah untuk siri yang ke 3 ini",ujar saudara Ahmad Baihaki Rashid selaku Timbalan Pengarah I Majlis Pembacaan Kutub Sittah siri ke 3.
PMRAM optimis untuk menjayakan majlis berbentuk thaqafah secara besar-besaran seandainya diberi kesempatan untuk masa yang akan datang.
Barisan Badan Pengurus PMRAM mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta,jawatankuasa pelaksana dan pihak-pihak yang terlibat dalam menyumbangkan tenaga dan material untuk memastikan program ini berjaya dan lancar.

KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger