PMRAM Saluran Terbaik Cakna Isu Semasa

KAHERAH, 16 Okt - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) selaku persatuan induk terbesar bagi mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di bumi Mesir terus berperanan dalam menyediakan platform yang terbaik untuk membina sensitiviti dan jatidiri mahasiswa dan mahasisiwi berhadapan isu semasa yang berlaku.


Dalam
mendepani apa jua isu, PMRAM terus optimis memainkan peranan yang sewajarnya untuk bersama-sama membawa suara mahasiswa dan mahasiswi agar tidak ketinggalan dalam setiap isu yang berlaku di seluruh dunia pada hari ini.

Dalam
isu Palestin contohnya, PMRAM terus memainkan peranan dengan mencari dana sumbangan melalui projek sumbangan amal Palestin (PROSMA) yang telah menjangkau tahun keempat untuk bersama-sama membantu dalam isu Palestin. Sejumlah lebih daripada 100 ribu telah berjaya disumbangkan sejak PROSMA dilancarkan sejak tahun 2007.

Begitu
juga dalam isu kebuluran yang berlaku di Somalia, PMRAM turut memainkan peranan yang besar dengan mengadakan kutipan dan telah berjaya menghantar sejumlah LE16234 setakat ini melalui badan yang bertanggungjawab.

Dalam
isu karikatur penghinaan terhadap isu hudud umpamanya, PMRAM turut menyatakan pendirian dengan membawa suara seluruh persatuan timur tengah bagi membantah penghinaan terhadap hukum Allah S.W.T.

Selaras
dengan medium penerangan yang menjadi agenda besar PMRAM terhadap ahli, blog Map2Care di bawah unit kemanusiaan PMRAM dan Map2Street di bawah unit Mini Palivion PMRAM yang ditubuhkan khusus di bawah Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM berfungsi sebagai medium terbaik untuk melahirkan generasi yang benar-benar cakna dengan isu yang sedang berlaku di sekeliling mereka.

Blog Map2Care antaranya, bukan sahaja membicarakan isu-isu seputar Mesir,bahkan turut menghidangkan isu-isu yang sedang berlaku di seluruh dunia seperti isu di Syria,Libya, Yaman, Somalia ,Perancis,Turki dan sebagainya. Di samping itu, fikrah-fikrah semasa daripada peristiwa-peristiwa besar dalam bulan Islam turut dihidangkan untuk membina minda mahasiswa dan mahasiswi yang jitu.

Begitu
juga blog Map2Street, berita-berita berkaitan Palestin yang dimuatkan secara berkala dan kerap serta dihidangkan untuk bacaan, kajian dan penelitian seluruh mahasiswa dan mahasisiwi agar mereka terus cakna dengan isu yang berlaku.

Menurut saudara Syeikh Muhd Mujahid bin Sikh Nawawi, Naib Presiden III, merangkap Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2011, PMRAM telah menyediakan landasan yang terbaik bagi seluruh mahasiswa dan mahasiswi di bumi Mesir untuk mengasah dan membentuk keperibadian generasi yang benar-benar beridelisme dan beridentiti.

"Di samping gerak kerja yang dilakukan,para mahasisiwa dan mahasiswi turut diseru untuk menggunakan medium Map2Care dan Map2Street sebagai pusat bagi menambahkan pengetahuan dan sensitiviti berkaitan isu semasa yang sedang hebat melanda dunia global hari ini",ujar beliau lagi.

Layari http://map2street.blogspot.com/ dan http://www.map2care.blogspot.com/


KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAHSIAH


Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger