PMRAM - Markaz Nil : Tempahan Bagi Majalah Hira Dibuka


KAHERAH, 28 Dis - PMRAM terus memperkukuhkan hubungan kerjasama dengan pihak Markaz Nil. Satu pertemuan dilakukan dengan antara pihak PMRAM dengan Markaz Nil bagi membincangkan kerjasama dalam halatuju perkembangan kecemerlangan penguasaan bahasa arab di kalangan mahasiswa/wi Malaysia khususnya.


PMRAM diwakili oleh Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman dan Ketua Badan Pendidikan Dan Komunikasi Bahasa, Saudara Ahmad Daniel dengan Mudir bahagian Majalah Hira', Encik Mahmood Al-Hijazi. Pertemuan tersebut dilakukan di bilik mesyuarat Markaz Nil, Hayyu Sabik.

Hasil perbincangan tersebut, tempahan untuk Majalah Hira' kini dibuka dengan harga LE 50 setahun sebanyak 6 jilid. Tempahan tersebut boleh dibuat melalui exco Pendidikan cawangan masing-masing atau terus melalui Ketua Badan Pendidikan Dan Komunikasi Bahasa, Saudara Ahmad Daniel di talian 201116896290 atau Ketua Unit Pendidikan Dan Komunikasi Bahasa di talian 201112871396.

Di akhir pertemuan tersebut, pihak Markaz Nil mengucapkan terima kasih kepada pihak PMRAM kerana banyak membantu dalam meningkatkan penguasaan bahasa Arab di kalangan mahasiswa/wi Malaysia.



KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH

Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger