PMRAM Terus Perkukuh Agenda Kebajikan


KAHERAH, 9 Dis - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) terus memperkukuh agenda kebajikan di kalangan ahli bagi menjayakan Ucapan Dasar Presiden di bawah subtopik 'Kebajikan Untuk Semua'.


Baru-baru
ini, PMRAM yang diwakili oleh saudara Syeikh Muhd Mujahid bin Sikh Nawawi selaku Naib Presiden III PMRAM 2011 dan juga saudara Ibrahim bin Ani selaku badan BKKS PMRAM 2011 berkesempatan menziarahi sekumpulan 6 mahasiswa PMRAM Cawangan Johor yang ditimpa musibah kecurian di sebuah rumah sewa yang didiami mereka di Haiyyu Asyir.

Kecurian
tersebut dikesan berlaku setelah mereka pulang daripada jaulah ke Iskandariah sekitar pukul 12.30 pagi apabila mendapati pintu terbuka dengan sendiri dan terdapat beberapa kesan pecah masuk di pintu utama, dan bilik tidur.

Menurut
salah seorang ahli rumah tersebut yang juga merupakan salah seorang AJKT PMRAM Cawangan Johor, kecurian tersebut agak besar dan mengakibatkan kehilangan 4 buah laptop, dua buah beg, duit jualan melebihi LE3000, dan duit simpanan sekitar LE400.

"PMRAM sentiasa mengambil berat segala permasalahan ahli yang berlaku dan PMRAM mengucapkan takziah di atas musibah yang menimpa mereka. PMRAM juga mengharapkan agar setiap ahli sentiasa berhati-hati dengan tidak membiarkan rumah berada dalam keadaan kosong, dan sentiasa mematuhi pekeliling dan panduan semasa yang dikeluarkan oleh PMRAM di samping mematuhi Pekeliling Keselamatan yang dikeluarkan oleh KBMK", ujar saudara Syeikh Muhd Mujahid Sikh Nawawi, selaku Naib Presiden III merangkap ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2011 ketika dihubungi.

Pertemuan
kira-kira 1 jam setengah tersebut diakhiri dengan penyampaian sumbangan daripada pihak PMRAM kepada wakil tuan rumah semalam.


KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger