SENAT FAKULTI AL-AZHAR: Perlaksanaan PMRAM Untuk Menghadapi Peperiksaan


KAHERAH, 8 Dis - Mahasiswa tahun pertama Universiti Al-Azhar Kaherah berjaya disatukan dibawah Program Senat Fakulti Kuliah Al-Azhar pada 6 Disember yg lalu .


Program tersebut diadakan di Zon Asyir di Rumah Negeri Terengganu, Pahang manakala Di Zon Sabie' bertempat di Rumah Kelantan Baru dan Wisma Sultan Muhammad ke v.

Dengan
berobjektif membantu mahasiswa Islam bagi menghadapi peperiksaan fasa satu, program ini sekaligus menjayakan subtopik Ucapan Dasar Presiden PMRAM 2011 "Kecemerlangan Akademik Sebagai Senjata Utama"

Program yang dianjurkan oleh Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM 2011 memberi peluang kepada para mahasiswa bagi mengetahui teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan dan kaedah Study Group yang berkesan.

"PMRAM cukup optimis bagi membantu kejayaan mahasiswa Islam pada hari ini tidak lain dan tidak bukan kerana menyedari kuasa mahasiswa sebagai agen perubah masyarakat kelak" ujar Saudara Ahmad Daniel B Mohmad Hassan, Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM 2011.



KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger