PMRAM Ucap Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman


KAHERAH, 23 Dis - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman yang dilaporkan meninggal dunia pada jam 5 petang waktu Malaysia semalam .


Menurut
sumber, Allahyarham meninggal dunia akibat diserang strok ketika beliau sedang bertugas selaku Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) di pejabatnya di Maju Junction, Kuala Lumpur.

Semasa
hayatnya, Allahyarham banyak berjasa kepada masyarakat Malaysia selaku mantan Penasihat Agama Perdana Menteri dan juga pernah memegang jawatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

PMRAM
sekali lagi mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham dan mendoakan agar Allahyarham dicucuri rahmat serta mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah SWT.


KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger