Suntikan Mujahidah


KAHERAH, 23 Dis - Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) di bawah Unit Pendidikan dan Komunikasi Bahasa merealisasikan kesinambungan tema HEWI PMRAM di bawah subtopik “Akademik Cemerlang Mahasiswa Gemilang” dengan mengadakan motivasi sempena imtihan peringkat HEWI yang bertempat di Markaz HEWI, Haiyyu Sabie’.


Aktiviti
yang dijalankan semalam melibatkan seluruh Ahli Jawatankuasa Tertinggi HEWI yang berada di Kaherah.

Motivasi
yang dikendalikan oleh Saudari Shazazierra binti Sharif selaku Unit Pendidikan dan Komunikasi Bahasa itu bertujuan memberi suntikan semangat untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Pengisian
motivasi tersebut telah menjemput Saudari Fatimah Salwani Abdullah sebagai pengisi. Beliau merupakan mantan Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM 2007, mahasiswi tahun tiga Bahasa Arab 2011/2012 dan juga graduan Syariah Islamiyyah 2008.

Dalam
kalam motivasi yang disampaikan, beliau menekankan tentang kepentingan masa yang sistematik dan tersusun bagi seorang mujahidah Islam masa kini dalam menerajui sesebuah kepimpinan lebih-lebih lagi sebagai bekalan dalam mengemudi kehidupan di dunia ini.

Dalam
pada itu, beliau turut berkongsi sedikit sebanyak pengalaman sepanjang keberadaan beliau dalam kepimpinan HEWI PMRAM sebagai mahasiswa dan pemimpin.

"Kejayaan seseorang itu,hanya 20% sahaja dari kebijaksanaannya.Manakala 80% lagi adalah hasil daripada usahanya sendiri.Oleh itu,segalanya terpulang kepada individu itu sendiri. Apa yang paling penting adalah niat dan kesungguhan seseorang itu dalam mencapai hadaf kejayaan yang dicita-citakan", tegas Saudari Fatimah Salwani Abdullah.

Setelah
selesai slot motivasi tersebut diteruskan dengan qiamulaill dan solat Subuh pada keesokan harinya.



KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger