Yuran Markaz Bahasa : PMRAM Bawa Perbincangan Ke Parlimen Wafidin


KAHERAH, 24 Dis - Satu pertemuan telah diadakan antara PMRAM dan Ketua Parlimen Wafidin dalam membincangkan khusus berkenaan yuran Markaz Bahasa. PMRAM diwakili oleh Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman dan Naib Presiden III, Saudara Syeikh Mujahid Sikh Nawawi.


Pertemuan
tersebut diadakan pada jam 1 petang di Madinah Buuth. Ini merupakan tindakan susulan yang dilakukan oleh PMRAM dalam membuat rayuan mengenai yuran Markaz Bahasa setelah mendapat aduan daripada mahasiswa/wi baru yang didaftarkan ke Markaz Bahasa.

Ketua
Parlimen Wafidin, Saudara Abu Bakar yang berasal dari negara Mali, berkata pihak beliau akan membawa rayuan tersebut ke pihak yang berwajib atas suara mahasiswa/wi wafidin. Beliau juga menerangkan bahawa pihak beliau turut mendapat aduan yang sama daripada mahasiswa Bosnia.

Justeru
, untuk masa yang terdekat ini rayuan yang dibawa oleh pihak PMRAM akan disampaikan ke pihak berwajib, dan sekiranya masih tidak selesai, satu perbincangan akan diadakan oleh Parlimen Wafidin selepas peperiksaan fasa satu ini bagi membincangkan khusus isu ini.

PMRAM
mengucapkan terima kasih kepada Ketua Parlimen Wafidin atas bantuan yang dihulurkan.

Mengenai
yuran Markaz Bahasa ini, PMRAM telah pun membuat pertemuan dengan TYT Dato Duta Dr. Fakhruddin Abd Mokti dalam mendapatkan penjelasan serta memohon kerjasama daripada pihak KBMK untuk perhatian bersama pada 12 Disember baru-baru ini. Selain itu juga, pertemuan telah dibuat dengan Pengarah EME, Prof Suaidi di Mohandesen dalam membincangkan perkara yang sama. Hasilnya, pihak EME beresetuju untuk mengeluarkan satu kenyataan sebagai pemberitahuan kepada mahasiswa/wi serta akan memberikan surat sokongan kepada mana-mana BKAN yang mahu memohon bantuan kepada kerajaan negeri atau majlis agama untuk disalurkan kepada mahasiswa/wi Markaz Bahasa khsusus untuk pembayaran yuran.

PMRAM
juga telah berjumpa dengan pihak WAAG untuk menyampaikan rayuan kepada pihak mereka agar dapat perhatian bersama bagi mengurangkan beban ke atas mahasiswa/wi Markaz Bahasa. Dan satu surat rayuan telah pun dihantar ke pihak WAAG pada 22 Disember, Hari Khamis baru-baru ini.

"Berikutan aduan mahasiswa/wi mengenai yuran Markaz Bahasa, PMRAM akan terus berusaha untuk mengadakan sebarang perbincangan dengan pihak-pihak yang berwajib selagi ia boleh dibawa bincang. Setakat ini kita telah mengadakan banyak pertemuan khusus perkara ini, dan hari ini PMRAM telah membawa suara ini kepada peringkat Parlimen Wafidin melalui perjumpaan dengan Ketuanya, Saudara Abu Bakar," ujar Presiden PMRAM ketika dihubungi.

"PMRAM harap mahasiswa/wi terus fokus kepada pembelajaran. Segala aduan diharapkan agar terus disalurkan kepada PMRAM melalui Badan Pengurus, HEWI atau exco cawangan masing-masing," tambah beliau lagi.


KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger