BENTENG DIRI SEMPENA IMTIHAN




Sempena fatrah imtihan yang sedang berlangsung , selaku seorang pelajar perlulah membuat persiapan yang lebih konsisten dan bersistematik sama ada dari segi teori atau praktikal . Antaranya mengikuti kelas-kelas tuisyen, menghadiri muhadharah kuliah, membuat nota dan discuss bersama rakan 'study group'. Amalan ruhaniah juga perlu dipertingkatkan dengan melakukan solat-solat sunat dan berqiamullail bersama ahli bait.

Namun begitu, ketika mana kesibukan yang berlaku, ramai di kalangan warga kita melupakan amalan-amalan yang menjadi benteng kepada gangguan sama ada jasmani mahupun rohani. Di sini , marilah sama-sama kita berkongsi beberapa amalan yang boleh dipraktikkan oleh kita semua yang bukan sahaja boleh diamalkan sepanjang musim imtihan sahaja bahkan setiap hari supaya apa yang kita lakukan diberkati dan dapat menjauhi diri kita dari segala gangguan yang menghalang konsentrasi dalam pengajian.

1) Sentiasa melazimi solat berjemaah bersama ahli bait

2) Menghindari lagu-lagu dan muzik yang melalaikan (ada juga nasyid yang tidak menepati syariat)

3) Mengambil wuduk dan membaca ayatul kursi dan surah al-Mulk sebelum tidur

4) Membaca basmalah setiap kali ingin melakukan sesuatu

5) Melazimi membaca al-Quran setiap hari walaupun sedikit atau sekurang-kurangnya mendengarkannya melalui kaset (andainya tidak boleh atau tidak sempat membaca)

6) Jangan tinggalkan zikir-zikir waktu pagi dan petang. Sekurang-kurangnya
bacaan 'Mathurat al-Kubra' dan bacaan 'Hizib Nawawi'

7) Menepuk 3 kali pada tempat pembaringan sambil membaca basmalah

8) Amalkan bacaan surah Yassin setiap waktu subuh. Sebaik-baiknya diikuti dengan selawat Tafrijiyyah dan Selawat Syifa'



Disediakan oleh : UPP DPMM


KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger