Presiden HPMI Jordan Meninggal Dunia


KAHERAH, 3 Jan - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) baru sahaja menerima berita yang mendukacitakan mengenai Presiden HPMI (Himpunan Mahasiswa-Pelajar Indonesia) di Jordan yang baru sahaja meninggal dunia jam 1 petang waktu Jordan hari ini.


Berita
tersebut diperoleh daripada Presiden MPPMJ (Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan), Saudara Muhammad Hussin bin Fauzi menerusi laman maya Facebook kepunyaan beliau.

Allahyarham
, Saudara Abdul Aziz bin Abdul Rahman juga merupakan pelajar Master dan sepatutnya bakal menamatkan pengajiannya pada fasa ini. Allahyarham sebelum ini telah pun ditahan di Hospital Islam Amman, kerana menghidap penyakit Luekemia.

PMRAM
juga melahirkan rasa simpati atas pemergian beliau, selaku mahasiswa yang berpersatuan serta mendalami akademik di peringkat Master.

PMRAM merakamkan takziah kepada keluarga allahyarham dan seluruh ahli HPMI dan meminta semua mahasiswa/wi Islam Malaysia di Mesir mendoakan allahyarham agar ditempatkan bersama-sama dengan golongan yang soleh.



KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger