20 Tahun Mempersada Perjuangan.

Assalamualaikum wbt dan Salam Mahasiswa/wi.

3 Januari 2012 ini genaplah 20 tahun Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah berdiri utuh mendambakan perjuangan untuk mahasiswa/wi. 20 tahun yang terlakar ini, sebahagian dari kita telah menyaksikan jatuh , bangun , pahit , getir , suka dan duka bersama Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah.

Sejarah 3 Januari 1992 telah melakarkan kepada kita satu pengorbanan yang tulus 99 orang mahasiswa/wi yang menjadi golongan perintis dan generasi awal di Mansurah. Kini 20 tahun kita telah mengorak langkah untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan gerakan mahasiswa/wi yang lain.

Kini 20 tahun telah kita tempuhi dan kita bakal menyaksikan 10 tahun yang akan datang. Walaupun tiada lagi penghantaran mahasiswa/wi baru ke muhafazah termasuk Mansurah, tetapi saya beroptimis dan berkeyakinan tinggi bahawa satu masa nanti pasti akan ada penghantaran semula mahasiswa/wi baru ke Mansurah.

Apabila saya melihat didalam facebook sahabat-sahabat sekalian yang mengucapkan selamat ulang tahun penubuhan Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah saya seolah-olah merasakan satu roh semangat . Dan saya yakin itu adalah salah satu roh Islam yang kita perjuangkan selama ini. Ini kerana dasar Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah adalah jelas iaitu Al Quran dan As Sunnah.

Apa yang penting , kita terus belajar , mencurahkan bakti dan memperkukuhkan ukhwah dan perpaduan sesama kita untuk menjulang kekuatan Islam. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli-ahli Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah atas jasa , khidmat dan bakti yang kalian curahkan untuk Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah. Semoga Allah s.w.t membalas jasa kalian.

Selamat Ulang Tahun Penubuhan
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah
yang ke 20.

Muhammad Aliffudin Bin Ramlee
Pengerusi
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah
Sesi 2011/2012




Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger