KELAP PMRAM Medium Penulisan Mahasiswa Islam


KAHERAH, 9 Feb - Pelbagai lapangan medium dewasa kini untuk menyebar luaskan dakwah kepada masyarakat.


Penulisan adalah salah satu cara terbaik menyampaikan dakwah kerana pendekatan ini sangat berkesan kepada pelbagai lapisan masyarakat berbilang latar belakang.

Melihat
keperluan ini, PMRAM telah menganjurkan "Seminar Penulis Azhari" bersama Syarikat MUSTREAD Sdn Bhd pada 7 Februari yang lepas.

Bertempat
di Rumah Kelantan Baru hampir 50 orang peserta menyertai program tersebut daripada pengajian Islam dan perubatan.

Respon
diterima oleh semua peserta sepanjang program tersebut begitu memberangsangkan dengan aktiviti bengkel dijalankan oleh pembentang.

Wakil
Syarikat MUSTREAD dihadiri oleh Tuan Mohamad Sharudin bin Dawam (Pengarah Urusan) ,Tuan Abdul Kahar Abd Hamid (Pengarah Eksekutif) dan Tuan Zamri Mohamad ( Penulis Buku ).

Program yang dimulakan dengan perasmian Seminar Penulis Azhari oleh Saudara Zulhafeez bin Ahmad Zahidi selaku Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM 2011.

Seterusnya
pengisian pengenalan beberapa kaedah antaranya Kaedah Adaptasi, Kaedah KJ Method dan latihan intensif.

" Dalam melahirkan penulis perlu disediakan satu medium terbaik sepertimana PMRAM telah mewujudkan Kem Latihan Penulis (KELAP) bagi mencetuskan semangan dikalangan mahasiswa Islam menerokai dunia penulisan" ujar Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan dalam ucapan perasmiannya.

" Harapan PMRAM agar peluang terbaik ini tidak disia-siakan bahkan manfaatkan semaksima mungkin" tambahnya lagi.


KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAHKSIAH
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger