Matlamat Karnival DPMM 2012 Tercapai


Pada 4 Februari 2012 yang lalu, Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah telah melaksanakan satu program yang julung kali diadakan di Mansurah iaitu Karnival DPMM 2012. Program ini merupakan yang pertama kali diadakan di Mansurah dan pelbagai acara menarik turut disediakan. Antara acara yang menarik sepanjang 3 hari karnival ini berlangsung adalah bazaria, forum perdana, talkshow, tayangan video, medical checkup, dan acara-acara lain yang menarik.

Pada pukul 8 pagi, program dimulakan dengan pameran booth unit-unit DPMM diikuti pembukaan gerai bazaria pada pukul 9 pagi. Pameran booth kali ini turut mendapat penyertaan daripada Mini Pavilion PMRAM, Dana Syaqah dan Panitia ARMA PMRAM
serta unit – unit DPMM seperti Jabatan Timbalan Setiausaha, Unit Dakwah dan Pembangunan Insan, Unit Pengetahuan &Pendidikan, Unit Perumahan, Unit Sukan dan Rehlah, Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan, serta jualan barang-barang kedai DPMM oleh Jabatan Bendahari. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua unit yang telah menceriakan Karnival DPMM 2012 ini, menyediakan pelbagai maklumat-maklumat berinformasi, serta kuiz dan hadiah-hadiah menarik untuk para
pengunjung.

Acara pameran untuk akhawat berakhir pada pukul 11.45 tengah hari dan diteruskan dengan majlis perasmian Karnival DPMM 2012 pada pukul 1.30petang. Karnival DPMM 2012 ini telah dirasmikan oleh Saudara Ahmad Baihaki bin Rashid selaku Bendahari Kehormat PMRAM.
Kemudian, acara diteruskan pula dengan forum perdana bertajuk “Mahasiswa: Merentas Zaman,Mencetus Perubahan.” Ahli panel yang telah diundang untuk mengupas tajuk ini adalah Saudara Mohamed Nasarudeen bin Abd Hamed, mah
asiswa tahun 4 fakulti perubatan, Universiti Mansurah, dan Saudari Nurain binti Yaacob, Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM. Gandingan kedua ahli panel dan moderator, Saudari Suhaina bt Sharipuddin telah memberikan kupasan yang menarik berkaitan tajuk yang diberikan. Selain itu, hadirin juga turut dihidangkan dengan tayangan video berkenaan Pengenalan DPMM & PMRAM dan “Ayuh Pemuda” untuk memberi suntikan semangat selepas mendengar forum perdana yang disampaikan.Program didewan tamat pada pukul 4 petang dan diteruskan dengan giliran melawat booth-booth pameranbagi ikhwah sehingga jam 5.30 petang.

Hari kedua menyaksikan Karnival DPMM 2012 bertambah rancak. Hadirin tidak melepaskan peluang untuk menempah juadah-juadah enak yang disediakan oleh peniaga bazaria kali ini terutama char kue teow, nasi kerabu tok guru, kue teow kung fu, nasi lauk ikan keli bakar, keropok lekor, aiskrim tiramitsu,cendol, dan lain-lain lagi. Dalam bazaria kali ini juga, pihak DPMM telah menjemput BKKIMM untuk membuka tender jualan air untuk membantu sumbangan dana kemasukan bagi memastikan badan kebajikan ini terus bergerak. Selain aktiviti bazaria, hari kedua karnival ini turut menyajikan program talkshow bertajuk “ Kebangkitan Islam, Apa Peranan Kita?”. Talkshow ini telah menjemput Ust Abdul Malik bin Abdul Karim serta Saudari Syaidatul Syakila bt Aini sebagai pengendali slot selama sejam lima belas minit. Selain itu, pada hari kedua ini juga telah berlangsung majlis penutupan Karnival DPMM 2012 serta penyampaian hadiah bagi pertandingan-pertandingan serta cabutan bertuah yang disediakan Bagi pertandingan gerai terbaik bazaria kali ini telah dimenangi oleh gerai Darul Zikr (ikhwah) dan Ricehome (akhawat).




Karnival DPMM diteruskan lagi pada hari ketiga (6 febuari 2012). Pada hari terakhir ini, DPMM dikunjungi oleh medical team yang terdiri daripada mahasiswa/wi perubatan Universiti Mansurah.Medical checkup bagi akhawat dibuka dari pukul 8 pagi hingga 1 petang bagi akhawat, dan 1 hingga 4 petang bagi ikhwah. Selepas bazaria ditutup dan berakhirnya acara di dewan, para adhoc, AJKT, dan ahli DPMM bersama-sama bergotong – royong mengemaskan dewan agar kembali seperti sediakala.Jutaan terima kasih bagi semua yang meringankan tangan untuk membantu.

Semoga program Karnival DPMM yang pertama kali diadakan di Mansurah ini berjaya mencapai objektifnya untuk memperkenalkan DPMM dan PMRAM, melahirkan mahasiswa yang berintegriti dan cakna isu semasa serta menjadikan para salafus soleh sebagai contoh ikutan dan teladan dalam mendepani arus semasa, mengeratkan ukhwah sesama warga Mansurah, dan lain-lain lagi. Kami berharap, para peserta dapat mengambil pengajaran dari input-input yang disampaikan melalui pameran dan program-program yang telah dirancang dan memanfaatkannya sebaik mungkin demi melahirkan generasi pemuda pemudi yang berintegriti dan mampu meneraju ummah pada masa kini dan akan datang. Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi untuk masa-masa akan datang.

Wallahua’alam.

Disediakan oleh ,

Siti Nuur ‘Ain Sahleha bt Zaharuddin

Timbalan Pengarah Karnival DPMM 2012.



Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger