Laporan Program Mega Hewi (CAMPRO ’12)



DPJA– Pada 8,9 dan 11 Februari 2012 bersamaan 17,18 dan 20 Rabiulawal 1433 Hijrah. Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sesi 2011/2012 telah menganjurkan program Mega Hewi iaitu Campus Dakwah’s Project (CAMPRO ’12) yang bertempat di Dewan Persada Jazirah Al-Ward (DPJA), Istad Gamaah dan di sekitar Mansurah. Program ini diadakan khusus untuk warga mahasisiwi Dewan Perwakilan Mahasiswa/si Mansurah 11/12 bertujuan untuk melahirkan penuntut ilmu yang berthaqafah tinggi, berdaya saing, kreatif dan mampu mengaplikasikan teori ilmu yang dipelajari. Di samping itu, dapat memanifestasikan tarbiyah ruhiyyah dan memperkasakan fungsi Muzakarah Berkelompok dalam kehidupan seharian dan juga dapat membentuk kesatuan ukhuwah sekaligus mampu merealisasikan slogan ‘Satu Fikrah Satu Amal’. Program ini telah dijalankan selama 3 hari, bermula pada hari Rabu bertarikh 8 Februari 2012 dan berakhir pada hari Sabtu 11 Februari 2012.


Program yang bermula pada jam 8.00 pagi dengan dihadiri oleh 90 orang peserta. Pembukaan majlis dimulakan dengan alunan lagu asma’ husna, lagu PMRAM dan lagu tema. Acara perasmian bermula dengan ucapan dari pengarah program iaitu saudari Nur Hasyimah Bt Abdul Fattah, ucapan Naib pengerusi I HEWI, saudari Wan Liza Bt Mohd Rethuan dan seterusnya dirasmikan oleh saudari Átiyqah Bt Yusuf, selaku Ketua Unit Muhafazah HEWI PMRAM sesi 2011.

Bertemakan “ Gerakan Muslimah Penggerak Ummah”, program dihangatkan dengan forum yang bertajuk ‘Revolusi Mahasiswa Masa Kini’ yang menampilkan 2 orang ahli panel iaitu saudara Abdul Hadi Bin Jusoh, mahasiswa Qiraat, Maahad Qiraat Shoubra dan saudari Noor Akmaizan Bt. Yusof, setiausaha HEWI PMRAM dan saudari Nor Dalila Bt. Ghazali mahasiswi perubatan Mansurah sebagai moderator.

Aktiviti diteruskan dengan pertandingan pidato piala Saidatina Aisyah yang bertajuk ‘ Muslimat Intelek Peneraju Kepimpinan Masa Depan’ dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Ingerís dan Bahasa Arab. Selepas itu, permainan Indoor Games dimulakan di DPJA. Antara permainan yang dipertandingkan ialah ping pong beregu, congkak, gubahan, catur dan banyak lagi.

Pada sébelah petangnya, berlangsung pertandingan debat ala parlimen siri I di DPJA yang bertajuk “Mahasiswi Azhari Hilang Jati Diri”. Sebelum bersurai taklimat diberikan kepada mahasiswi-mahasiswi untuk aktiviti keesokan hari.

Pada hari kedua, jam 8pagi pertandingan outdoor games diadakan di Istad Gamaah. Antara pertandingan yang dijalankan ialah bola jaring, bola beracun,sayang menyayang, balloon attack dan lain-lain lagi. Selepas itu, aktiviti diteruskan dengan pertandingan Anakku Sayang di DPJA. Kemudian, pertandingan debat ala parlimen siri ke 2 yang bertajuk ‘ Belajar lebih penting daripada berpersatuan’

Pada hari terakhir, pertandingan explorace berlansung di sekitar Utubis jadid hingá ke Hayyu Syarq. Pada masa yang sama, turut berlangsung pertandingan debat ala parlimen siri ke 3 yang bertajuk ‘ Wajarkah Mahasiswa Berpolitik’. Selepas itu, berlansungnya pertunjukkan busana muslimah daripada mahasiswi-mahasiswi Mansurah. Seterusnya, acara yang dinanti-nantikan oleh semua mahasiswi iaitu festival nasyid di DPJA.

Majlis diakhiri dengan ucapan pengarah program, saudari Nur Hasyimah Bt Abdul Fattah dan ucapan perasmian penutup Program CAMPRO ’12 oleh Naib Pengerusi I HEWI ,saudari Wan Liza Bt Mohd Rethuan. Majlis diceriakan lagi dengan penyampaian hadiah kepada semua permain. Anugerah kumpulan terbaik dimenangi oleh kumpulan merah “Muslimah Power”. Selepas tamatnya program, jamuan disediakan kepada semua mahasiwi Mansurah

Disediakan oleh,

MURSYIDAH BT HUSAIN

Setiausaha Program Mega Hewi (CAMPRO ’12)
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sesi 2011/2012

“KESATUAN UKHUWAH MANIFESTASI TARBIAH”

“KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH”

Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger