Program SMART Q Meriah



Mansurah - Rabiul Akhir 1433 Hijrah Unit Pengetahuan dan Pendidikan Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sesi 2011/2012 telah menganjurkan Seminar Kecemerlangan Al-Quran yang bertempat di Dewan Persada Jazirah al-Ward, Utubus Jadid.

Program ini diadakan khusus untuk mahasiswi Qiraat dan umumnya untuk semua warga mansurah yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswi mansurah tentang kepentingan Al-Quran,
motivasi yang berkesan untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dari aspek duniawi dan ukhrawi dan dapat melahirkan generasi Al-Quran yang benar-benar menghafaz, beramal & mampu menyebarkan isi kandungan Al-Quran.

Program ini bermula pada jam 7.30 pagi dengan kehadiran peserta program. Seramai 71 orang peserta telah mendaftar termasuk 4 orang daripada pelajar perubatan, Universiti Mansoura.
Pembukaan majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran yang disampaikan oleh Ustazah Ummu Sofiah binti Mohd Rostam dengan menggunakan riwayat Imam K
holaf ‘an Hamzah.
Program bermula dengan ucapan dari pengarah program iaitu Ustazah Nur Afifah Binti Mat Hussin danseterusnya ucapan perasmian yang disampaikan oleh Ustaz Usman Al-Amani Bin Hj Azlan, selaku Ketua Unit Pengetahuan Dan Pendidikan DPM Mansurah sesi 2011/12.

Bertemakan “Al-Quran Di Hati”, program ini dihangatkan lagi dengan penampilan menarik pada slot pertama oleh Ustaz Md Saifullah bin Nik Abdullah, mantan Penasihat Dpm MAQAZ Shoubra (2010-2011) dengan pembentangan kertas kerja beliau iaitu ‘Teknik Pengulangan Al-Quran Secara Efektif’.
Slot seterusnya, ‘Siapa Kata Muslimah Tidak Boleh’, Temu ramah Santai Bersama ustazah Nor Shuhada Binti Tajuddin, mahasisiwi Qiraat tahun 3, Maahad Qiraat Fatayat, Mansurah.
Para peserta telah memberi respons yang baik dalam sesi soal jawab kedua-dua pembentang. Dan seterusnya para peserta dihidangkan dengan satu tayangan slide show iaitu Motivasi Khusus Para Penghafaz Kalam Allah.
Majlis diakhiri dengan ucapan perasmian penutup yang disampaikan oleh Ustazah Nik Nurayuni Binti Abdul Rahim selaku Ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan HEWI Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sesi 2011/2012. Dan majlis berakhir pada jam 11.40 pagi.
Diharapkan dengan berakhirnya Seminar Kecemerlangan Al-Quran, para peserta mampu mencipta kejayaan yang cemerlang dan sekali gus memartabatkan kalam Allah sebagai dustur dan hujah utama dalam kehidupan seharian.
Disediakan oleh,
KHALISAH BINTI ZULBAKRI
Setiusaha Seminar Kecemerlangan Al-Quran 2012 (SMART Q)

Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger