[BERITA] Sambutan Ahli Terhadap AHSAN'12 Mengejutkan





Mansurah 20 Mac 2012 -

Sambutan ahli DPMM terhadap Program AHSAN'12 diluar jangkaan penganjur.

AHSAN'12 merupakan Program Muhasabah Separuh Penggal dianjurkan oleh Jabatan Setiausaha Agung untuk mendapat maklum balas daripada ahli terhadap gerak kerja pimpinan separuh penggal bermula dari awal kenaikan pada bulan September sehingga sekarang.

Hampir 100 orang ahli hadir dan mengambil bahagian dalam program muhasabah ini.

Program dimulakan dengan alunan nasyid Asma' Al-Husna dan lagu PMRAM.

AHSAN'12 dirasmikan oleh Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah(DPMM) saudara Muhammad Aliffudin bin Ramlee.


Kemudian majlis diteruskan lagi dengan tayangan video tentang kenali pimpinan kita DPMM 2011/12. Acara diteruskan lagi dengan pembentangan laporan gerak kerja dan aktiviti sepanjang separuh penggal ini yang mana slot ini diserahkan kepada pengerusi DPMM 2011/12 sendiri.

Semua hadirin dan hadirat yang hadir telah dibekalkan dengan buku laporan gerak kerja DPMM 2011/12 sepanjang separuh penggal dan dalam buku tersebut telah tercatat apa yang telah pimpinan laksanakan sepanjang separuh penggal.

Pihak pimpinan telah membuka seluas-luasnya ruang kepada seluruh ahli untuk melontarkan persoalan tentang gerak kerja setiap unit-unit dalam DPMM 2011/12 kali ini dan Alhamdulillah ahli telah melontarkan pelbagai persoalan dan juga apa yang mereka inginkan penjelasan dari pihak pimpinan .


Majlis ditangguhkan seketika untuk memberi ruang kepada ahli solat maghrib dan majlis disambung pula dengan slot seterusnya mengenai laporan kewangan DPMM 2011/12. Selepas itu maka tibalah masa yang amat penting iaitu slot muhasabah dan cadangan kepada seluruh kepimpinan.




Slot muhasabah dan cadangan ini antara slot yang terpenting kerana di sinilah kita mahu melihat dimanakah kekurangan dan kesilapan yang telah dilakukan oleh pucuk pimpinan yang mana sebagai ahli DPMM mereka akan nampak apa yang kurang dan apa yang perlu diperbetulkan kerana apa dalam konsep berpesatuan dan berjemaah pihak pimpinan bukanlah bergerak dengan sendiri tetapi yang membuatkan persatuan dan kesatuan itu mantap adalah dengan kerjasama dan idea dari ahli.

Sepanjang sesi muhasabah ini ramai yang bangkit untuk memberi cadangan dan muhasabah kepada unit-unit DPMM 2011/12. Apa yang penting adalah pihak pimpinan tidak akan mampu bergerak tanpa kerjasama dan komitmen ahli itu sendiri.

Majlis member ruang pula kepada saudara Mohd Zuhdi B Yahaya selaku penasihat DPMM 2011/12 untuk memberi kalam taujihatnya kepada seluruh ahli.


Berakhir dengan kalam taujihat maka mahasiswa/wi dihiburkan dengan persembahn nasyid dari Usrah Wehdah dengan lagu “Bersatu”. Pada akhirnya pihak majlis telah mengumumkan pemenang Bait Mithali Bait Thaqafi yang mana pemenangnya ikhwah dimenangi oleh Bait Darul Zikr dan akhawat Bait Azkiya.

Akhirnya hadirin dihidangkan dengan jamuan makan.



"Sambutan ahli DPMM pada malam ini amat baik dan memuaskan,saya optimis DPMM akan terus bernafas jikalau ahli sentiasa memberi sokongan dan bantuan terhadap DPMM" Ujar Wan Mohamad Amzar Fitri bin Wan Mohd Azlan ketika ditemui.



"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger