[BERITA] Smart Q II Membakar Semangat Mahasiswi Qiraat



MANSURAH - 19 Mac 2012 bersamaan 26 Rabiul Akhir 1433 Hijrah Unit Pengetahuan dan Pendidikan Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sesi 2011/2012 telah menganjurkan Seminar Kecemerlangan Qiraat Siri Kedua yang bertempat di Dewan Persada Jazirah al-Ward, Utubus Jadid.


Program ini diadakan khusus untuk mahasiswi-mahasiswi Qiraat tahun 1 2 3 dan umumnya untuk semua warga mansurah yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa mahasiswi mansurah tentang persiapan yang diperlukan untuk menghadapi imtihan yang bakal menjelang, memberikan motivasi yang berterusan sebagai penguat semangat untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dan dapat melahirkan generasi Al-Quran yang benar-benar menghafaz, beramal & mampu menyebarkan isi kandungan Al-Quran.
Program ini bermula pada jam 7.30 pagi dengan kehadiran peserta program. Seramai 60 orang peserta telah mendaftar.

Program dimulakan dengan alunan nasyid Asma’ Al-Husna dan lagu PMRAM. Dan seterusnya dengan ucapan dari pengarah program iaitu Ustazah Nur Afifah Binti Mat Hussin. Program diteruskan lagi dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Aliffudin bin Ramlee, selaku Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah (DPMM) sesi 2011/2012.

Bertemakan “Global Champion With Al-Quran”, program ini dihangatkan lagi dengan penampilan menarik pada bengkel pertama oleh Ustaz Md Saifullah bin Nik Abdullah, dengan pembentangan madah Qiraat. Selepas itu para peserta dihidangkan dengan satu tayangan slide show iaitu Motivasi buat para pemeliharaan kalam Allah. Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan bengkel kedua iaitu madah Ulum Quran yang dibentangkan oleh Ustaz Muhamad Naim bin Hasan.

Majlis ditangguhkan seketika untuk memberi ruang kepada para peserta untuk solat zuhur dan sedikit jamuan makan.



Selepas itu majlis diteruskan lagi dengan bengkel ketiga iaitu madah Rasm dan Fawasil yang dibentangkan oleh Ustaz Mohamad Hafis bin Md. Rejab. Para peserta telah memberi respons yang baik dalam sesi soal jawab ketiga-tiga pembentang.

Majlis memberi ruang pula kepada syeikh toha selaku wakil daripada Maahad Qiraat Fatayat Mansurah, untuk memberi sedikit kalam taujihat kepada para peserta. Majlis diakhiri dengan ucapan daripada perasmian penutup yang disampaikan oleh Ustaz Usman Al Amani bin Haji Azlan selaku Ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sesi 2011/2012. Dan majlis berakhir pada jam 3.15 petang.

Diharapkan dengan berakhirnya Seminar Kecemerlangan Qiraat siri kedua ini, para peserta mampu mencipta kejayaan yang cemerlang dan sekali gus memartabatkan kalam Allah sebagai dustur dan hujah utama dalam kehidupan seharian.






"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger