Keseimbangan Agenda Pentarbiyyahan


Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir, sentiasa menitik beratkan Muzakarah berkelompok di kalangan ahli. Namun Akademik dikalangan Mahasiswa juga tidak dilupakan agar wujudnya keseimbangan dalam agenda pentarbiyyahan. Kini peperiksaan hampir tiba, Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan yang bernaung di bawah PMRAM telah menetapkan bahawa pada tarikh 6 April 2012, adalah bermulanya Muzakarah Berkelompok secara amali sehingga diumumkan kembali tarikh untuk Muzakarah Berkelompok secara bermanhaj.

"Kita mengharapkan agar semua mahasiswa dan mahasiswi yang menuntut di Mesir dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran untuk persediaan peperiksaan yang bakal tiba"
,
ujar Saudara Ahmad Baihaki Rashid selaku Naib Presiden 1 merangkap Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM sesi 2012. Di peringkat PMRAM, barisan kepimpinan sentiasa mendoakan agar semua mahasiswa dan mahasiswi di Mesir memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam bidang masing-masing.



MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN

Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger