[BERITA] Liqa’ Mutazawwijin Berjaya






MANSURAH – 1 April 2012.

“ Sempurnakan Agama Dengan Perkahwinan” inilah tema yang dibawa oleh UBM Mansurah. Program Liqa’ Mutazawwijin merupakan program yang dikendalikan oleh unit khas yang berada di bawah DPM Mansurah 2011/12.

Antara tujuan dilaksanakn program ini adalah menyahut seruan Allah s.w.t di dalam Al-Quran dalam surah Al-Hujurat ayat 10: “ sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara , kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu ( yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah s.w.t ”.

Ukhuwah merupakan antara perkara yang penting dalam Islam untuk membina kekuatan Umat Islam .


Program yang berlangsung pada kali ini merupakan Muqaddimah kepada penyatuan di antara ahli Mutazawwijin Mansurah. Program bermula jam 9.00 malam dengan ucapan ketua unit UBMM dan ucapan pengerusi DPM Mansurah 2011/12.

Seterusnya majlis taaruf ajk UBM Mansurah dan taaruf semua mutazawwijin yang hadir . Jumlah yang hadir dijangka mencecah 40 orang ditambah pula dengan anak-anak yang hadir. Majlis diteruskan lagi dengan pembentangan etika UBM oleh saudara Ustaz Daud Bin Hasan. Selepas itu disambung dengan cadangan dari ahli-ahli UBM .

Selesai sesi cadangan maka diteruskan pula tayangan video sehingga jam 10.30 malam dan majlis berakhir dengan kalam penutup dari pengarah UBM Mansurah . Hadirin dan hadirat dihidangkan dengan jamuan makan dan majlis bersurai.




"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger