[ LAPORAN ] Mesyuarat Agung Tahunan DPMM Kali Ke-20 Mencatat Sejarah



Barisan AJKT

MANSURAH, 4 Ogos 2012 – Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke-20 telah diadakan di Dewan Persada Jazira al-Ward (DPJA) dengan jayanya. Seramai hampir seratus orang perwakilan dan pemerhati telah menghadiri persidangan Mesyuarat Agung ini. MAT kali ini juga telah melakar sejarah apabila julung-julung kalinya digabungkan MAT AJKT dan AJKH.

Majlis perasmian dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh pengerusi umum Saudara Mohd Aliffitri dan diikuti alunan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Saudara Muhamad Badrudin bin Ismail. Seterusnya ucapan Pengarah MAT, Saudara Md Nuzul Haqimi bin Ibrahim kemudian ucapan Pengerusi DPMM Saudara Muhammad Aliffudin bin Ramlee.

Cenderamata untuk Perasmi

Pada pukul 8.30 pagi, MAT DPMM dirasmikan oleh Badan Pengurus Angkat Mansurah Saudara Zulhafeez bin Ahmad Zahidi selaku Timbalan Presiden PMRAM. Dalam ucapannya beliau mengajak semua ahli bersyukur kerana diberi peluang menikmati Ramadhan al-Mubarak. 

Beliau mengingatkan ahli jangan sahaja menikmati makan sahur dan juadah berbuka, tapi nikmatilah sekali kelebihan-kelebihan yang deberikan Allah pada bulan yang istimewa ini, beliau juga memesan kepada ahli DPMM akan kepentingan MAT sebagai medan pengislahan. Penutup ucapan, beliau menjelaskan cara Nabi kita Muhammad S.A.W bermesyuarat. 

Majlis perasmian disempurnakan dengan bacaan Ummul Kitab dan membuka 'baner' sebagai gimik perasmian.

Pada jam 9.55 pagi perarakan masuk AJKT dan AJKH ke dalam dewan bagi memulakan sesi pertama Mesyuarat Agung Tahunan DPMM kali ke-20. 

Barisan AJKH
Mesyuarat dikendalikan sepenuhnya oleh Pengerusi DPMM. 

Mesyuarat dimulakan dengan perlantikan empat orang setiausaha sidang dan dua orang pengira undi. Seterusnya pembentangan minit mesyuarat dan pengesahan aktiviti tahunan unit-unit DPMM, Pengesahan Laporan Aktiviti berjalan dalam dua sesi, pagi dan petang. 

Sesi pertama berlangsung pengesahan aktiviti bagi Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan, Sambutan dan Rehlah, dan Perumahan. Pembentangan laporan aktiviti unit sesi pertama berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Seterusnya persidangan berheti rehat seketika.

Pada jam 1.00 petang mesyuarat disambung lagi dengan laporan aktiviti tahunan. Pada sesi kedua bermula dengan pengesahan aktivitu tahunan bagi Unit Penerangan dan Penerbitan sehingga Pengerusi DPMM. 

Pelbagai persoalan dan penjelasan diajukan kepada unit-unit yang terlibat. Laporan Aktiviti Tahunan semua unit berakhir pada jam 2.20 tengah hari. 

Sebelum berakhir mesyuarat sesi tengah hari, Bendahari DPMM membentangkan penyata kewangan DPMM sesi 2011/2012 alhamdulillah pembentangan kali ini tidak mengambil masa yang lama untuk disahkan. Sekali lagi mesyuarat berhenti rehat untuk bagi laluan kepada ahli siding mengerjakan solat Asar.

Pada jam 4.35 petang mesyuarat diteruskan dengan Pengerusi menjemput Ustaz Ihsan bin Md Halid bagi membentangkan usul tergempar yang matannya berbunyi:
1.     MENUKAR SIMPANAN SELAIN GENIH MESIR KEPADA DINAR EMAS DAN
  MENJUAL KEMBALI DINAR EMAS PADA WAKTU YANG SESUAI KELAK
Setelah usul ini dibahaskan, akhirnya usul ini deterima sebagai cadangan untuk dibincangkan oleh AJKT dan AJKH sesi 2012/2013.


Perwakilan Akhowat
Agenda seterusnya yang dinanti-nantikan oleh ahli sidang mesyuarat iaitu sesi muhasabah dan cadangan bagi memperbaiki kekurangan serta memastikan perjalanan gerak kerja bagi kepimpinan sesi akan datang berjalan dengan lancar. Pihak kepimpinan menerima semua muhasabah dan cadangan yang dilontarkan dengan hati terbuka dan berusaha memperbaiki segala kekekurangan yang timbul. majlis persidangan diteruskan dengan perlantikan juru audit.Juruaudit sesi 2012/2013 yang telah dilantik ialah saudara Abdul Fatah bin Hamzah dan Muhammad Badruddin bin Ibrahim. Agenda ini berakhir pada jam 5.40 petang.

Sebelum mesyuarat melabuhkan tirainya, semua Ahli Jawatankuasa DPMM diberi kesempatan dan ruang waktu untuk memberikan ucapan terakhir, diikuti ucapan wakil penasihat DPMM. 

Sebelum berakhirnya agenda Mesyuarat Agung Tahunan ini, majlis diteruskan lagi dengan pembubaran kepimpinan sesi ini dan SPR telah mengumumkan keputusan pilihanraya bagi borang A iaitu borang Pengerusi DPMM.

Saudara Muhammad Fadzli bin Sa'doon diumumkan sebagai Pengerusi sesi 2012/2013. Manakala untuk AJKT dan AJKH semua calon menang tanpa bertanding.

Seterusnya ucapan penangguhan oleh wakil Pengerusi DPMM sesi 2012/2013.Beliau mengharapkan seluruh ahli DPMM khususnya dapat memberi sepenuh kepercayaan di samping membantu pimpinan akan datang dalam sama-sama menggerakkan DPMM yang didokongi secara bersama. Seterusnya simbolik peralihan kepimpinan disempurnakan oleh mantan Pengerusi dengan mengkalungkan kad nama kepada wakil pengerusi sesi 2012/2013.

Simbolik Penyerahan Kuasa

Alhamdulillah, dengan berakhirnya Mesyuarat Agung Tahunan DPMM kali ke 20 ini, maka berakhirlah kepimpinan DPMM untuk sesi 2011/2012.Persidangan telah berakhir sekitar jam 6.40 petang.

Pihak kami memohon ribuan kemaafan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang memberikan sumbangan idea, tenaga dan wang. Semoga Allah SWT. merahmati kalian.

Harapan kepada semua ahli DPMM supaya kita tetap bersatu hati menjaga kesatuan dan memberikan kepercayaan kepada barisan kepimpinan yang akan datang. Bertemu dan berpisah kita hanya kerana Allah.


“MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN”

Disediakan oleh,
Mohammad Nurul Amin bin Abdul Rahman
Setiausaha Utama
Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 20
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sesi 2011/2012


 

  

    
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger