[LAPORAN]Sambutan Aidil Adha Mansurah 2012(IBRAH '12)

Unit Kebajikan dan Kemanusiaan telah menganjurkan Sambutan Aidil Adha Mansurah 2012 (IBRAH ’12) pada 26 Oktober 2012.Majlis bermula jam 7 pagi bertempat di DPJA dengan kehadiran mahasiswa/wi seramai   45 orang yang terdiri daripada mahasiswa/wi Pengajian Islam dan Qiraat.

Majlis dimulakan dengan alunan takbir raya oleh mahasiswa.Majlis diteruskan dengan Solat Hari Raya Aidil Adha yang di imamkan oleh ustaz Muhammad Naim Zaimi bin Katchie Mydin dan diteruskan lagi dengan bacaan khutbah raya yang disampaikan oleh ustaz Mohamad Asri bin Zolkafli.Setelah itu, majlis diteruskan lagi dengan amanat Pemangku Pengerusi  yang disampaikan oleh  ustaz Muhamad Hanif bin Osman.

Majlis diteruskan lagi dengan penyembelihan binatang korban sebanyak 12 ekor kambing dan seekor khoruf.Penyembilahan ini diketuai oleh ustaz Mohd Asri bin Kasim.Selepas binatang korban telah disembelih, mahasiswa telah melapah kesemua daging manakala mahasiswi pula memotong daging sebagai persediaan untuk program keesokannya.

Pada 27 Oktober 2012, majlis diteruskan dengan forum bertajuk “ Tadabbur Sirah Mengambil Ibrah” yang disampaikan oleh Badan Pengurus PMRAM selaku BP angkat Mansurah iaitu ustaz Mohd Syazwan bin Hamzah dan ustazah Nor Hanna binti Saleh yang dipengerusikan oleh ustazah Siti Nor Azizah binti Aziz.Setelah itu, mahasiswa/wi telah dijamu dengan juadah yang lazat.Sekitar jam 1.00 petang , majlis bersurai.

      Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua adhoc pelaksana dalam menjayakan majlis sambutan  Hari Raya Aidil Adha ( IBRAH ’12). Tidak dilupakan juga kepada semua ahli yg terlibat secara langsung dan tidak langsung serta semua barisan kepimpinan Mansurah. Semoga Allah sentiasa menghargai setiap gerak kerja hambaNYA. Pihak kami memohon jutaan kemaafan di atas serba kekurangan dan kesalahan dalam mengendalikan majlis IBRAH ’12 pada kali ini. Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran dan dapat menghayati kisah Nabi Ibrahim a.s terhadap anaknya Nabi Ismail a.s.

Sekian.


“MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN”

Disediakan oleh,
Syaqiq bin Ibrahim
Setiausaha IBRAH ‘12
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah
Sesi 2012/2013


MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN


Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger