Dasawarsa Keempat : Perintis Mengenal Lapangan Merealisasikan Keilmuwan


Merentasi lepasan dasawarsa yang keempat memberikan gambaran bahawa PMRAM ketika ini terus memacu dunia mahasiswa dengan pelbagai aktiviti bagi menjamin kualiti mahasiswa Islam.


Ketika
ini juga, sistem pentadbiran Universiti Al-Azhar mengalami perubahan merangkumi dari sudut pembelajaran dan juga aktiviti-aktiviti luar.

Untuk
memastikan ilmu yang diperolehi diadaptasi dengan semaksima mungkin kepimpinan PMRAM terus merencanakan lapangan bagi mahasiswa yang berkebolehan.

Hasilnya
pada tahun 1962 untuk kali pertamanya WARTA telah diterbitkan dibawah Badan Penerangan dengan bertujuan menyalurkan maklumat aktiviti semasa dan perkembangan terkini di Malaysia.

Terbitan
WARTA ini membuktikan PMRAM tidak lokek dalam menyediakan platform bagi ahli mengasah bakat dalam penulisan.

Idea yang dicetuskan oleh Saudara Mohd Zin Senudin yang juga merupakan Ketua Badan Penerangan PMRAM 1962.
Namun begitu, penerbitan WARTA terus dipertingkatkan kualitinya dengan sistem penerbitan dan maklumat yang diberikan pada tahun 1964.

Usaha
pemerkasaan dari sudut penerangan juga dipertingkatkan apabila Badan Penerangan mengirimkan 12 berita ke Tanah Melayu demi memperkenalkan aktiviti PMRAM.

31 Ogos 1963 adalah sebagai kenangan terindah bagi anak Melayu di perlembahan Nil apabila perjuangan generasi terdahulu dapat direalisasikan apabila Rumah Melayu telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Encik Ghazali Jawi bersempena dengan sambutan kemerdekaan Tanah Melayu yang keempat.

Agenda akademik juga tidak dipandang sepi oleh PMRAM apabila berusaha menghantar memorandum kepada Kementerian Pelajaran untuk memperjuangkan Ijazah Timur Tengah.

Arena penerbitan dimeriahkan lagi dengan penerbitan " Susila" sekaligus memberi gambaran pada mahasiswa Islam betapa pentingnya lapangan penulisan dalam menatijahkan keilmuwan yang berkualiti.

Disediakan
oleh :
Urus Setia Penerangan Umum [ UPU ]
Badan Penerangan & Penerbitan
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2011



KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAHSIAH
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger