SWAD : Medium menggarap kemahiran ahli HEWI


KAHERAH, 2 DisBagi mencapai objektif penubuhan Skuad Wajadiri PMRAM (SWAD) dibawah Unit Kebudayaan, Kesenian dan Kemasyarakatan HEWI PMRAM, SWAD siswi pada sesi ini telah berjaya mengadakan kelas taekwando dan silat.


Kelas
yang diadakan pada setiap minggu itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli siswi.

Bagi
memberi laluan sepenuhnya kepada mahasiswa mahasisiwi lebih fokus terhadap akademik, kelas tersebut telah ditawaquf pada minggu lepas dan akan disambung selepas imtihan fasa satu nanti.

"Sebenarnya seni beladiri ini bukan sahaja untuk mengasah bakat, malahan sebagai satu ilmu tambah untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku memandangkan keadaan keselamatan sekarang yang amat memerlukan kepada ilmu mempertahankan diri lebih- lebih lagi bagi mahasiswi khususnya, ” ujar Saudari Nurul Arifah Hilmi selaku Ketua Unit Kebudayaan, Kesenian dan Kemasyarakatan.

Perkara
ini sejajar dengan kehendak PMRAM yang mahukan ahlinya mantap dengan thaqafah dan pelbagai kemahiran dalam mengharungi mehnah hidup masyarakat disini dan di Malaysia kelak.

Semoga
medan yang disediakan ini dapat diambil manfaat sepenuhnya oleh setiap mahasiswi yang merasakan pentingnya dalam menggarap kemahiran.



KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH

Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger