KAHERAH, 11 Dis – Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang merupakan persatuan induk yang menaungi mahasiswa dan mahasiswi di perlembahan Nil ini sentiasa optimis dalam memastikan kecemerlangan akademik bagi melahirkan generasi yang benar-benar utuh dan berwibawa.
Penganjuran program ceramah motivasi kecemerlangan Misi Menuju Mumtaz yang berlangsung di Rumah Kedah Hayyu Sabie' pada 7 Disember yang lalu telah menampilkan penceramah jemputan Dr Jamnul Azhar bin Haji Mulkan.
Beliau juga merupakan mantan Timbalan Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 1992
Dengan pembawakan tema “Langkah Diteruskan, Doa Dipanjatkan” Misi Menuju Mumtaz kali ini bermula dengan solat Maghrib berjemaah dan solat hajat, kemudian ianya diselitkan dengan majlis perasmian kempen membaca yang dirasmikan oleh Presiden PMRAM 2011 Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman, cabutan bertuah, penyampaian anugerah Tokoh Maal Hijrah serta persembahan nasyid Kumpulan Al-Wadi.
PMRAM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang turut menjayakan program motivasi tersebut. Semoga kita semua mencapai kajayaan dalam peperiksaan akan datang.
" PMRAM sentiasa menyediakan pelbagai lapangan dalam membantu akademik mahasiswa terus dipertingkatkan sekaligus menjulang Islam ke persada dunia " ujar Presiden PMRAM 2011 Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman .
KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH