[LAPORAN] MASTER BASIC OF ADOBE CS4 IN 3 DAYS (MABAY)

LAPORAN MASTER BASIC OF ADOBE CS4 IN 3 DAYS (MABAY)

Pada 4, 5 dan 6 Mac 2013, Unit Penerangan dan Penerbitan DPM Mansurah 2012/13 telah berjaya menganjurkan kelas 3 hari ‘Adobe Photoshop CS4’. Antara objektif penganjuran kelas adobe ini adalah:

1.       Melatih tenaga pelapis untuk DPM Mansurah sendiri dalam bidang ini
2.       Memberi pendedahan kepada ahli berkenaan penggunaan Adobe Photoshop
3.       Mengisi masa terluang ahli
4.       Mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan warga Mansurah

Kelas bermula dari jam 3.15 petang sehingga jam 5.15 petang sepanjang tiga hari tersebut. Seramai 30 orang peserta dalam kalangan pengajian Islam dan perubatan telah menyertai kelas ini. Pihak adhoc telah berjaya menjemput dua orang tenaga pembentang dalam kalangan pelajar perubatan iaitu saudari Fatihah binti Juhar Ariffin dan saudari Farah Hamizah binti Kamran.

Antara pengisian pada hari pertama adalah sekitar pengenalan ‘Tools’ dalam Adobe CS4 itu sendiri dan bersambung sehingga hari kedua. Seterusnya, pada separuh hari kedua dan hari ketiga, pengisian sekitar pengenalan teori dan pratikal menghasilkan iklan dan wallpaper daripada pembentang.

Semoga kelas yang singkat ini sedikit sebanyak menjadi suatu usaha peringkat Unit Penerangan dan Penerbitan dalam menjayakan usul PMRAM iaitu "Memperkasakan hubungan baik antara pelajar Pengajian Islam dan Perubatan". Pihak penganjur merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas kesudian para peserta yang menhadirkan diri selama tiga hari berturut-turut. Tidak dilupakan kepada tenaga adhoc yang telah berjaya memastikan kelancaran program serta ucapan terima kasih juga ditujukan khas kepada dua orang pembentang yang sudi menjadi guru secara percuma.
Sekian, terima kasih.


Disediakan oleh,

Setiausaha,
Master Basic of Adobe CS4 in 3 Days (MABAY),
DPM Mansurah  2012/13.


*sekitar perjalanan kelas MABAY

*akhawat tekun


MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN

Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger