Program Q Berjaya.

DPM MANSURAH 20-21 DISEMBER 2011 – Unit Dakwah dan Pembangunan Insan Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sesi 2011/2011 telah menganjurkan Kolokium Ilmuan (Q) siri 2 yang bertempat di Dewan Persada Jazirah al-Ward, Utubus Jadid. Program ini telah dijalankan selama 2 hari, bermula 20 Disember 2011 dan berakhir pada 21 Disember 2011.

Program yang bermula seawal jam 7 pagi dengan kehadiran peserta program. Pembukan majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Ustazah Nik Nurzulaikha Binti Nik Zulkifli. Acara perasmian bermula dengan ucapan dari pengarah program iaitu Ustazah Farhanah Binti Hamdan dan seterusnya dirasmikan oleh Ustazah Wan Liza Binti Mohd Rethuan, selaku Naib Pengerusi 1 Hewi DPM Mansurah sesi 2011/2012. Jumlah peserta yang menghadiri Kolokium pada kali ini seramai 26 orang mahasiswi Qiraat tahun satu.

Bertemakan “Ke Arah Generasi Rabbani”, program dihangatkan dengan penampilan menarik pada slot pertama oleh Ustaz Fadzli Bin Sadoon, Setiausaha Agung Pengerusi DPMM dalam slot diskusi kitab ‘Thaqafah Dai’iah’. Seterusnya, Ustazah Nor Azwin Binti Che Soh mahasisiwi mansurah Kuliyyah Hadis tahun 3 membentangkan kertas kerja ‘Ukhuwwah Islamiyyah’. Pada hari kedua Pembentangan kertas kerja oleh Ustazah Shamsudia Binti Zakaria, Mahasisiwi kuliyyah usuluddin tahun 4, yang bertajuk ‘Amar Makruf Nahi Mungkar’. Dengan adanya pengisian berperingkat yang telah digariskan oleh PMRAM, bermula daripada Q pertama sehingga kali ini telah membuka pemikiran peserta akan kepentingan melibatkan diri dalam gerak kerja Islam.

Majlis diakhiri dengan Anugerah Peserta Terbaik yang menjadi milik Nur Farrah Alia binti Ismail manakala Anugerah Kumpulan Terbaik pula menjadi milik kumpulan lima yang diketuai oleh Nor Hayani Binti Mat Deris. Acara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Wan Liza Binti Mohd Rethuan selaku Naib Pengerusi 1 HEWI Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sesi 2011/2012.
Diharapkan dengan berakhirnya Kolokium Ilmuan siri 2, para peserta lebih memahami peranan sebagai seorang mahasiswa Islam dalam mendepani cabaran semasa.

"KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH"

Disediakan oleh,


Abdul Hashim Bin Ab Aziz,
Wartawan Unit Penerangan dan Penerbitan


Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger