Info Terkini DPMM
print this page
Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan


Showing posts with label ucapan dari kepimpinan. Show all posts
Showing posts with label ucapan dari kepimpinan. Show all posts

[ISTIMEWA KALAM PIMPINAN]Usrah


"Esok je masa nak berehat. Hari-hari lain dah penuh kuliah!"

"Insya-Allah, kalau ada di Mansurah saya datang tapi tak boleh janji…"

"Tengoklah dulu macam mana…"

"Insya-Allah datang tapi lewat sikit. Startlah dulu, tak perlu tunggu saya tau"

Sesiapa sahaja yang bergelar naqib atau naqibah usrah pasti pernah mengalami situasi-situasi seperti di atas. Setiap minggu yang ditetapkan untuk sama-sama menghadiri usrah kadangkala menjadi keluhan berat bagi sesetengah pihak. Semua ini terjadi mungkin kerana tipisnya kefahaman kita terhadap kepentingan berusrah.

Firman Allah swt yang bermaksud : "Dan sesungguhnya inilah jalan-Ku (Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya, dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain daripada Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah" [Surah al-An'aam ayat 153]

Sesungguhnya, usrah memainkan peranan penting bagi pemuda untuk memahami Islam itu sendiri. Kefahaman Islam yang diperoleh daripada usrah dengan meneladani contoh tauladan terunggul, Rasulullah saw adalah untuk dijadikan sebagai amalan dan gaya hidup yang sihat supaya ahli usrah akan lebih terpandu ke jalan yang betul.

Usrah yang menghidangkan manhaj tafsir, hadis, sirah dan lain-lain mendidik jiwa agar berusaha menjadi seorang muslim cemerlang lengkap dengan ilmu pengetahuan Islam, memahami sifat-sifat fardhu muslim, berkasih sayang sesama sahabat dan saling membantu di medan juang.

 Saidina Umar al-Khattab ada mengatakan, "Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah dalam kalangan mereka kerana mereka itu perhiasan pada waktu senang dan bekalan pada waktu susah"

Tiga elemen penting dalam usrah ternyata mampu memberi impak yang cukup hebat bagi ahli-ahlinya sekiranya penekanan yang wajar diberikan sepanjang sesi berusrah.

Tiga elemen tersebut ialah :
i. ta’aruf – introduction and getting to know one another
ii. tafahum – mutual understanding
iii. takaful – equitability, mutual cooperation, assistance, care and concern
 


Melalui usrah, kita belajar mengenali hati budi rakan-rakan seusrah dengan lebih dekat. Bukan sekadar kita kamceng dengan sahabat-sahabat sekelas, satu batch, satu rumah dan pusat pengajian sahaja malahan, lebih dari itu. Usrah mendekatkan kita dengan pelbagai ragam dan kerenah masyarakat.

 Sahabat-sahabat, usrah juga mampu memotivasikan kita. Ada yang hadir dengan masalah di minda, ada yang hadir dengan rasa kecewa, tidak kurang juga yang hadir riang gembira. Di sinilah usrah bertindak mengembalikan cas-cas positif yang hilang dan menguatkan semangat yang kurang.

Lebih indah lagi, kita sudah mempunyai jalan untuk mendapat teduhan 'arasy Allah di akhirat kelak menerusi sebuah persahabatan. Ini sebagaimana yang digambarkan dalam hadis Nabi saw, mafhumnya : "Dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana-Nya…" [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Sesungguhnya kenikmatan berbuka puasa tidak akan dirasai oleh mereka yang tidak berpuasa. Justeru, rasailah kenikmatan dan keindahan berusrah dengan menghadiri usrah. Sesungguhnya, usrah menjadi majlis ilmu yang dinaungi sayap para malaikat. Benar, kelas-kelas pengajian kita juga adalah suatu majlis ilmu yang diberi kelebihan yang sama. Namun begitu, Allah swt berfirman yang bermaksud ;

"Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah (dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu" [Surah Al-Baqarah ayat 148]

Tidak mahukah kita berada di barisan paling hadapan dalam melakukan kebaikan?

Jom Usrah!

Disediakan oleh,
Faiznur binti Mohamad Tarmizi
Naib Pengerusi I HEWI
DPMM sesi 2012/2013




0 comments

DPM MANSURAH MENYOKONG PENUH USAHA PMRAM MENGADAKAN KONVOKESYEN.


Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) hari ini mengumumkan bahawa pihak PMRAM bersedia untuk menganjurkan Konvokesyen PMRAM pada tahun ini.

Ia berikutan reaksi ahli yang dilihat meminta pihak PMRAM untuk mengadakan Konvokesyen setelah 2 tahun tidak diadakan sejak tahun 2009 yang lalu.

Baru-baru ini, PMRAM telah membuat culaan "Wajarkah PMRAM mengadakan konvokesyen pada tahun ini" bagi mendapatkan sokongan daripada ahli mengenai permintaan mereka terhadap PMRAM.

Culaan tersebut merupakan satu ukuran bagi pihak PMRAM mempertimbangkan samada untuk mengadakan konvokesyen atau tidak pada tahun ini.

Penganjuran Konvokesyen PMRAM pada tahun ini adalah bergantung kepada ahli, sekiranya ahli begitu mendesak samada melalui culaan yang telah PMRAM keluarkan mahupun melalui medium yang lain, PMRAM akan membincangkan mengenai perkara ini dengan serius.

PMRAM sekali lagi menegaskan bahawa PMRAM bersedia untuk mengadakan konvokesyen pada tahun ini bagi meraikan mahasiswa/wi yang telah pun menamatkan pengajian samada dari pengajian Islam atau Perubatan.

Saya mewakili saf kepimpinan DPM Mansurah menyokong usaha PMRAM bagi mengadakan konvokesyen kepada graduan-graduan yang telah menamatkan pengajian mereka pada tahun ini. Semoga usaha PMRAM ini dapat memberikan penghargaan kepada graduan-graduan yang telah berjaya dan sebagai satu semangat kepada mahasiswa dan mahasiswi yang lain.

Muhammad Aliffudin Bin Ramlee
Pengerusi
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah
Sesi 2011/2012

0 comments

SELAMAT PENGANTIN BARU

Pada 20 November 2010 , Pengerusi DPM Mansurah Sesi 2010/2011 telah selamat diijab kabulkan dengan pasangan pilihan hati.

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA AL FADHIL USTAZ MOHD ZAHIMIE B MOHD DZAHID DENGAN PILIHAN HATINYA USTAZAH CHE NURUL FAHIMAH.
MOGA BAHAGIA KE ANAK CUCU

IKHLAS DARIPADA:

PEMANGKU PENGERUSI
SAF KEPIMPINAN AHLI JAWATANKUASA TADBIR
SAF KEPIMPINAN AHLI JAWATANKUASA HEWI
SELURUH AHLI
DEWAN PERWAKILAN MAHASISWA/WI MANSURAH
KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH
0 comments

SELAMAT KEMBALI KE KULIAH


0 comments

Naib Pengerusi 2 Hewi : Pacu Kesatuan Jana Kemenangan

Assalamualaikum Warohmatullahi wabarokatuh

Perkataan Islam membawa makna perdamaian dan keselamatan.Islam menjalinkan hubungan di kalangan penganutnya atas prinsip akidah.Lebih erat dan lebih rapat daripada hubungan keluarga,darah,bangsa,bahasa,negara dan kepentingan harta benda.Perkara ini ditegaskan oleh Allah di dalam Al-quran :


“Sesungguhnya orang-orang mu’min adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” ( Al-hujurat :10 )

Persaudaraan dalam Islam diwajibkan secara praktikal,bermula daripada urusan ibadat,masyarakat sehinggalah urusan menegakkan Negara Islam.Perpecahan,agenda kemungkaran,sifat mementingkan diri,semuanya merupakan perkara saing yang tida hubungan langsung dengan agama Islam.

Semenjak tahun 1930 penubuhannya sehingga hari ini,PMRAM sebagai platform yang menyatukan anak-anak muda melayu di tanah Mesir terus gah membawa dasar al-Quran dan as-sunnah yang diterjemahkan dengan cukup baik melalui aktiviti-aktiviti dan program-program yang membina fikrah Islami dan jatidiri anak-anak muda sebagai pelapis generasi ulama’ hari ini.

Sesi percutian musim panas kali ini menyaksikan kesungguhan anak-anak muda ini dalam merealisasikan Islam sebagai praktikal kehidupan.PMRAM melalui Karnival Kenangan 80 tahun PMRAM ( KEKAL ) telah menyediakan gelanggang yang sangat baik dan menarik.Tinggal lagi bagaimana kita selaku ahli PMRAM yang berjiwa besar untuk merebut peluang yang tersedia untuk memugar minda dan fizikal yang telah lama berehat selepas menghadapi siri-siri imtihan yang lepas.

Anak muda hari ini dibelenggu hiburan melampau,terjebak dengan kancah jahiliyyah,maksiat, kemungkaran dan bermacam-macam kes yang saban hari yang didengar dan dipapar.Justeru,mari kita tunjukkan bagaimana cara berhibur di dalam Islam.Mereka boleh bersatu kerana perkara kemungkaran,berukhuwah atas landasan hawa nafsu yang tak tertawan.Ironisnya,nilailah peranan kita sehingga hari ini setakat mana.


KEKAL ini sebagai ‘warming up’ terbaik sebelum bergelut di gelanggang realiti yang menuntut pelbagai kemahiran dan kekreatifan kita sebagai daie.Sekurang-kurangnya ia mampu menatijahkan idea-idea yang unik apabila diperlukan nanti, hasil pengalaman beraktiviti di sini.Kalau bukan sekarang bila lagi?Jom kita meriahkan KEKAL dengan semangat ukhuwah Islami !

Pacu Kesatuan Jana Kemenangan Siti Nuraini bt Salim
Naib Pengerusi ii HEWI DPMM

Sesi 2009/2010

0 comments

Ucapan Kepimpinan : UPP DPMM



Assalamualaikum waroh matullahi wabarakatuh..

Bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah hidayat dan sokongan taufiq yang dikurniakan kepada kita, dapatlah kita bersama-sama meneruskan perjuangan dibumi anbiya’ ini. Sedar ataupun tidak kita telah pun hampir berada di bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Menyorot kepada lembaran sejarah menyaksikan dimana bulan ramadhan banyak menyaksikan 1001 keajaiban yang dikurniakan oleh Allah kepada hambanya yang berfikir.

Antara sejarah yang kita sedia maklum ialah berlakunya peperangan Badar al-kubra. Peperangan ini dimenangi oleh Islam dan inilah kemenangan agung pertama pejuang-pejuang Islam menentang kemusyrikan dan kebatilan. Seterusnya Pada bulan Ramadhan merupakan tarikh pembukaan kota Mekah. Allah Ta’ala memberi kemenangan besar kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan umat Islam dengan pembukaan kota suci.

Justeru itu setelah kita hayati beberapa sejarah yang berlaku marilah sama-sama kita mengambil semangat perjuangan baginda dan para sahabat dalam memenuhkan jiwa-jiwa kita dengan beribadat kepada Allah sebagai persediaan bagi menghadapi bulan yang penuh dengan rahmat dan keampunan.

Sahabat yang dihormati Allah sekalian,

Rentetan kepada bulan ramadhan yang akan kita hadapi, Sejarah yang mungkin kita tidak akan lupa pada hari ini adalah berkaitan dengan peristiwa kemerdekaa Malaysia. Rata-rata rakyat Malaysia akan menyatakan sokongan yang penuh serta menyambut hari tersebut dengan pelbagai gaya dan cara. Namun Persoalan saya,
Apakah yang dimaksudkan kemerdekaan kita pada hari ini? Merdeka daripada belenggu PENGUASAAN POLITIK penjajah, ya benar sekali kita selesai.
Sebagai umat islam, fasa-fasa yang kita pernah lalui sebelum ini berupa merdeka dari memilih akidah, kemudian fasa penguasaan wilayah Islam, dan kemudian kita merdeka dari sudut politik.
Tetapi kita sekarang berada di fasa PENJAJAHAN MENTALITI, atau bahasa arabnya, ghazwul fikr. Bersediakah Mahasiswa untuk memerdekakan dirinya dari belenggu mentaliti bahaya ini?

Sahabat yang dihormati Allah sekalian,

Islam begitu menitik berat akan akidah seseorang muslim, bagi memelihara kesucian islam yang syumul memerlukan akidah yang kuat dan kental. Ianya adalah kesinambungan daripada yang dibawa oleh Nabi kita Muhammad s.a.w. yang ditegakkan di dalam diri mahasiswa, keluarga dan masyarakat. Kejayaan Islam sebenarnya direalisasikan oleh umat Islam yang terpilih, seperti yang dinyatakan oleh firman Allah di dalam Al-Quran:-

"Dan hendaklah ada di kalangan kamu satu golongan yang menyeru kepada yang baik (berdakwah), yang menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kejayaan." (Ali-Imran : 104)

Yang dimaksudkan dengan aqidah itu ialah menegakkan Tauhid kepada Allah di dalam Ibadah, Syariah dan Nizam. Kerana itu PMRAM yang merupakan persatuan induk di bumi mesir ini bertanggung jawab memegang dan mempertahankan Islam daripada sumbernya yang paling teguh sebagaimana ditnyatakan di dalam undang-undang tubuhnya iaitu berpegangan kepada Al-Quran dan as-sunnah.

Demi merealisasikan agenda yang besar ini iaitu amar makruf nahi mungkar, memerlukan sokongan dan dokongan yang padu dari semua peringkat. DPMM merupakan cawangan kepada PMRAM berusaha mentarbiyah ahlinya untuk mencapai ciri-ciri tersebut. Ianya bukan sekadar mengaku menjadi Islam secara individu, tetapi mestilah berusaha agar cahaya nya menerangi alam dengan meninggikan Islam itu sehingga ke peringkat menyeluruh dan menegakkannya ketahap kekuatan iman yang kental.

Program tarbiyah dan majlis ilmu yang menjadi kegiatan penting persatuan hendaklah menjurus ke arah melahirkan kader-kader yang berkemampuan untuk menyatakan Islam dan menterjemahkan perlaksanaannya ke dalam jiwa mahasiswa. Dengan kemampuan hujah menegakkan Islam dan membatalkan segala ideologi yang menjadi cabaran kini. Kepimpinan mestilah mampu mendedahkan penipuan musuh-musuh Islam sehingga kita dapat menawan hati manusia bersatu atas dasar islam yang sebenar.

PMRAM merupakan proaksi yang bertanggungjawab mendidik mahasiswa serta memberi kebajikan terbaik. PMRAM menolak dan menentang dengan tegas segala yang bercanggah dengannya sama ada dinamakan agama, ideologi ataupun 'isme', dan dengan sikap terbuka menerima segala yang baik walau daripada mana datangnya. Dengan sikap tersebut, Kita mengajak manusia secara individu dan mahasiswa seluruhnya menerima cara hidup Islam secara total. Kita membuka tangan kepada semua mahasiswa Islam yang ingin turut serta dalam persatuan kita. Bagaimanapun kita mempunyai prinsip dan dasar yang perlu dihayati dan dipatuhi oleh semua agar ianya dapat memantapkan keutuhan persatuan yang telah lama dibina.

Kita sekarang ini sedang bergerak dengan penuh yakin membawa misi dan visi menuju ke arah membebas dan menyelamatkan mahasiswa dari belenggu kejahilan. Seterusnya membawa peranan mahasiswa islam seiring dengan peredaran zaman yang kian mencabar. Dengan paras ketaatan kita yang tinggi, InsyaAllah, kita akan mencapai kemenangan.

Firman Allah s.w.t : "Allah akan menolong sesiapa yang menolong (agamaNya) Sesungguhnya Allah maha berkuasa." (Surah Al-Hajj : 40)


Salam Perjuangan
Mohd Fadzli Bin Sa'don
Unit Penerangan Dan penerbitan,
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sesi 2009/2010
0 comments

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 52

Photobucket

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Salam kemerdekaan buat semua,

Kemerdekaan merupakan satu nikmat yang dikurniakan Allah bagi seluruh manusia. Alhamdulillah negara kita , Malaysia dapat merasai nikmat kemerdekaan ini. Namun, perlu kita lihat juga, berapa ramai lagi umat manusia dan bangsa yang masih mengimpikan kemerdekaan bagi negara-negara mereka. Darah dan keringat dikerahkan untuk mencapai satu nikmat yang begitu berharga yang kita namakan Merdeka. Segala pergerakkan, kemudahan, kebebasan dan segala-galanya disekat oleh kuasa-kuasa besar dunia atas alasan yang tidak munasabah.

Pejuang-pejuang kemerdekaan bagi negara kita telah dengan sedaya upaya membebaskan belenggu-belenggu penjajah yang telah menjajah negara kita sekian lamanya. Jasa-jasa mereka harus kita sanjungi dan jangan kita lupakan. Kerana mereka, kita pada hari ini merasakan nikmat kebebasan dalam kehidupan bagi mengurus tadbir negara dan masyarakat dengan baik, adil, dan bersistematik.

Hubbul Watan Minal Iman,

Islam telah sekian lama yang bertapak diseluruh negara telah memberi gambaran kepada kita apakah itu kemerdekaan yang sebenar. Kemerdekaan yang dimaksudkan dalam Islam adalah membebaskan diri dan pemikiran daripada belenggu-belenggu jahiliyyah dan kemusyrikan terhadap Allah subahanahuwata'ala disamping membebaskan diri dan negara daripada cengkaman penjajah dan musuh-musuh Islam. Kita selaku individu muslim seharusnya bersyukur atas kemerdekaan ini dan wajib ke atas kita semua untuk mempertahankan negara kita daripada cengkaman musuh-musuh Islam baik dari sudut penjajahan pemikiran, akhlak, negara dan lain-lain. Atas dasar cintakan negara dari cengkaman penjajah kita pertahankan dan kita berjuang bukan atas dasar semangat kebangsaan semata-mata.

Rasulullah sebagai pejuang kemerdekaan,

Datangnya rasulullah sebagai pemberi rahmat kepada seluruh manusia bagi menyelesaikan masalah dunia dan akhirat yang berkisar dalam kehidupan manusia. Sejarah telah membuktikan betapa rasulullah dan para sahabat telah berhijrah dari Mekah ke Madinah dalam misi memisahkan belenggu-belenggu jahiliyyah yang ada pada manusia ketika itu, daripada kekufuran dan jahiliyah kepada kedamaian dan keamanan yang ada dalam Islam itu sendiri. Kerja ini telah bersambung daripada zaman ke zaman. Para Khulafa' ar-Rasyidin radhiallahuanhum ajmai'in, telah menyambung misi ini ke seluruh pelusuk dunia, sehinggalah kita pada hari ini telah merasa nikmat kemerdekaan dari kekufuran dan jahiliyyah yang membelenggu manusia sekian lamanya.

Firman Allah subahanahuwata'ala maksudnya;

"Sesudah itu patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum -hukum jahiliyyah? Padahal-kepada orang-orang yang penuh keyakinan- tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah" - Al-Maidah ayat 50.

Melalui ayat ini kita dapati Allah subahanahuwata'ala memerintahkan kita agar tidak mengingkari dan melaksakan segala hukum hakam dalam kehidupan seperitmana orang-orang jahilyyah, iaitu menjadikan perkara yang baik adalah dilarang dan perkara yang buruk adalah dipatuhi.

Sahabat-sahabat yang dimuliakan Allah,

Seorang penyair Arab berkata dalam syairnya :
"Kekalnya bangsa kerana mulianya akhlak, runtuhnya bangsa kerana runtuhnya akhlak" -Ahmad Syauqi-

Akhlak juga merupakan aspek terpenting dalam memastikan kemerdekaan sesebuah negara. Keruntuhan akhlak dalam negara kita telah menunjukkan kita masih lagi terbelenggu oleh unsur-unsur jahiliyyah yang wajib ke atas kita untuk tangani bersama. Keruntuhan akhlak ini, akan menjadikan nilai moral sesebuah negara itu rosak dan dipandang hina oleh negara-negara lain. Sejarah juga telah memperlihatkan kepada kita bagaimana kejatuhan negara-negara Islam satu ketika dahulu ia adalah disebabkan kerana keruntuhan akhlak baik dari pimpinan ataupun daripada kebejatan sosial masyarakat yang begitu teruk. Bagi menangani masalah ini, seharusnya kita memperbaiki nilai akhlak kita, sama ada kita selaku pimpinan ataupun mereka yang dipimpin. Seorang rakyat yang baik adalah mereka yang menegur pemimpin mereka apabila dasar dan pegangan mereka lari daripada ajaran Islam yang sebenar, begitu juga seorang pemimpin seharusnya memberi tunjuk ajar dan pendidikan kepada masyarakat dalam mengamalkan agama secara keseluruhannya.

PMRAM dalam menjadikan Mahasiswa/wi merdeka,

Sekian lama PMRAM telah wujud di bumi Mesir ini dalam menjaga dan memastikan kebajikan, ukhuwah, thaqafah, kecemerlangan, tarbiyah dan kesatuan mahasiswa/wi dapat diberikan dan dicernakan oleh mahasiswa/wi di sini. Jangka masa lebih 70 tahun ini juga telah memperlihatkan kepada kita pelbagai mehnah dan tribulisasi yang PMRAM terpaksa tanggung bagi merealisasikan dasar yang sekian lama diperjuangkan ini. Selaku mahasiswa/wi yang bernaung di bawah PMRAM seharusnya sentiasa cuba mengenang kembali jasa dan pengorbanan yang telah dibuat oleh mereka-mereka yang terdahulu dalam memastikan survival PMRAM terus utuh sehingga kini. Dasar yang telah di bawa oleh PMRAM, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah telah menunjukkan betapa PMRAM ingin melihat seluruh mahasiswa/wi muslim yang berada di bumi Mesir ini dapat mempraktikkan Islam secara syumul dalam diri mereka. Sejarah PMRAM juga telah memperlihatkan kepada kita sedikit demi sedikit unsur-unsur jahiliyyah dan anasir-anasir barat cuba ditangani dari semasa ke semasa. Jutaan terima kasih kepada mereka yang telah banyak bertungkus lumus dan memperjuangkan PMRAM dengan kefahaman Islam yang mereka ada.

Sahabat-sahabat sekalian,

Untuk akhirnya, saya berharap agar kemerdekaan ini dapat kita jadikan sebagai momentum untuk kita praktikalkan ilmu Islam yang kita ada bagi melihat diri, keluarga dan negara kita bebas dari anasir-anasir jahiliyyah yang masih membelenggu. Moga-moga kemerdekaan kali ini dapat memberi sinar baru untuk kita lebih merapatkan diri kita kepada Allah. Perkara yang paling penting adalah pengharapan agar kemerdekaan ini mendapat keredhaan daripada Allah dan bukan kemurkaan daripadaNya. Akhir kata, Salam Kemerdekaan buat seluruh warga Malaysia yang berada di bumi mesir ini khususnya, dan buat seluruh warga malaysia di seluruh dunia. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!.

Darah yang tumpah menjadi keringat,
Bagi mempatahankan agama yang murni,
Hendaklah kita sentiasa beringat,
Penjajahan jahiliyyah wajib ditangani.

Salam merdeka buat semua,
Kerana merdeka kita gembira,
Jangan dilupa mereka yang merana,
Kerana segalanya akan ditanya.

Wassalam.
0 comments

Dari Kepimpinan Buat Ahli DPMM

Photobucket

DARIPADA

AHLI JAWATANKUASA TADBIR DPMM SESI 2009/2010
&
AHLI JAWATANKUASA HEWI DPMM SESI 2009/2010

JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH
0 comments
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger