Info Terkini DPMM
print this page
Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan


Showing posts with label Kalam Pimpinan. Show all posts
Showing posts with label Kalam Pimpinan. Show all posts

[ISTIMEWA KALAM PIMPINAN]Usrah


"Esok je masa nak berehat. Hari-hari lain dah penuh kuliah!"

"Insya-Allah, kalau ada di Mansurah saya datang tapi tak boleh janji…"

"Tengoklah dulu macam mana…"

"Insya-Allah datang tapi lewat sikit. Startlah dulu, tak perlu tunggu saya tau"

Sesiapa sahaja yang bergelar naqib atau naqibah usrah pasti pernah mengalami situasi-situasi seperti di atas. Setiap minggu yang ditetapkan untuk sama-sama menghadiri usrah kadangkala menjadi keluhan berat bagi sesetengah pihak. Semua ini terjadi mungkin kerana tipisnya kefahaman kita terhadap kepentingan berusrah.

Firman Allah swt yang bermaksud : "Dan sesungguhnya inilah jalan-Ku (Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya, dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain daripada Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah" [Surah al-An'aam ayat 153]

Sesungguhnya, usrah memainkan peranan penting bagi pemuda untuk memahami Islam itu sendiri. Kefahaman Islam yang diperoleh daripada usrah dengan meneladani contoh tauladan terunggul, Rasulullah saw adalah untuk dijadikan sebagai amalan dan gaya hidup yang sihat supaya ahli usrah akan lebih terpandu ke jalan yang betul.

Usrah yang menghidangkan manhaj tafsir, hadis, sirah dan lain-lain mendidik jiwa agar berusaha menjadi seorang muslim cemerlang lengkap dengan ilmu pengetahuan Islam, memahami sifat-sifat fardhu muslim, berkasih sayang sesama sahabat dan saling membantu di medan juang.

 Saidina Umar al-Khattab ada mengatakan, "Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah dalam kalangan mereka kerana mereka itu perhiasan pada waktu senang dan bekalan pada waktu susah"

Tiga elemen penting dalam usrah ternyata mampu memberi impak yang cukup hebat bagi ahli-ahlinya sekiranya penekanan yang wajar diberikan sepanjang sesi berusrah.

Tiga elemen tersebut ialah :
i. ta’aruf – introduction and getting to know one another
ii. tafahum – mutual understanding
iii. takaful – equitability, mutual cooperation, assistance, care and concern
 


Melalui usrah, kita belajar mengenali hati budi rakan-rakan seusrah dengan lebih dekat. Bukan sekadar kita kamceng dengan sahabat-sahabat sekelas, satu batch, satu rumah dan pusat pengajian sahaja malahan, lebih dari itu. Usrah mendekatkan kita dengan pelbagai ragam dan kerenah masyarakat.

 Sahabat-sahabat, usrah juga mampu memotivasikan kita. Ada yang hadir dengan masalah di minda, ada yang hadir dengan rasa kecewa, tidak kurang juga yang hadir riang gembira. Di sinilah usrah bertindak mengembalikan cas-cas positif yang hilang dan menguatkan semangat yang kurang.

Lebih indah lagi, kita sudah mempunyai jalan untuk mendapat teduhan 'arasy Allah di akhirat kelak menerusi sebuah persahabatan. Ini sebagaimana yang digambarkan dalam hadis Nabi saw, mafhumnya : "Dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana-Nya…" [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Sesungguhnya kenikmatan berbuka puasa tidak akan dirasai oleh mereka yang tidak berpuasa. Justeru, rasailah kenikmatan dan keindahan berusrah dengan menghadiri usrah. Sesungguhnya, usrah menjadi majlis ilmu yang dinaungi sayap para malaikat. Benar, kelas-kelas pengajian kita juga adalah suatu majlis ilmu yang diberi kelebihan yang sama. Namun begitu, Allah swt berfirman yang bermaksud ;

"Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah (dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu" [Surah Al-Baqarah ayat 148]

Tidak mahukah kita berada di barisan paling hadapan dalam melakukan kebaikan?

Jom Usrah!

Disediakan oleh,
Faiznur binti Mohamad Tarmizi
Naib Pengerusi I HEWI
DPMM sesi 2012/2013




0 comments

Penghayatan Sunnah Bersama Usrah

Bismillahirrahim…

Segala puji bagi Allah Taala, yang menjadikan dunia ini aman di bawah lindungan panji dan kepimpinan Islam. Selawat dan salam buat pemimpin teragung Rasulullah S.A.W, para sahabat, ahli keluarga serta seluruh generasi yang meneruskan perjuangan baginda sehingga ke hari ini.

Seperti yang kita semua maklum, bahawa hari Jumaat adalah hari yang tersangat istimewa kerana Islam meletakkan hari Jumaat itu sebagai ketua dan lebih banyak ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.

Riwayat Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

“Hari Jumaat dinamakan sebagai “Sayidul Ayyam” iaitu penghulu segala hari.”

Terdapat banyak kelebihan dan kebaikan di hari Jumaat ini, antaranya Nabi Adam a.s diciptakan dan hari ini jugalah baginda diturunkan daripada syurga.

Daripada Abu Hurairah katanya , Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya :

“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat , Dan pada hari itu jualah, Nabi Adam a.s diciptakan dan pada hari itu jualah baginda dikeluarkan daripada syurga. Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dimakbulkan permintaannya” (HR Muslim)

Dibawah Unit Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM telah menetapkan bahawa hari Jumaat merupakan hari untuk berusrah ataupun hari muzakarah berkelompok (MB).


Usrah merupakan salah satu sunnah Rasulullah S.A.W yang digalakkan dan merupakan salah satu cara dalam menyampaikan dakwah Islamiah . Ia adalah Sunnah yang sangat penting pada permulaan berkembangnya Islam dimuka bumi ini. Bagaimana pada awalnya Rasulullah membuat usrah dirumah Arqam bin Abi Al-Arqam untuk menyebarkan dakwah dalam keadaan berahsia, bersembunyi dan berjaga-jaga daripada diketahui oleh musuh Islam. Kita sepatutnya bersyukur kerana sekarang mudah untuk kita membuat dan melaksanakn usrah secara bebas dan tersangat rugi sekiranya kita tidak mengikuti usrah ketika berada dibumi anbiya’ ini. Hal ini kerana, usrah merupakan medan latihan untuk kita berdakwah dan berkongsi ilmu, mendapat pengisian rohani serta dapat membina fikrah yang jelas tentang Islam bersama sahabat-sahabiah kita di bumi mesir ini.

Dalam Fiqh Dakwah karangan Sheikh Mustafa Masyhur, beliau menyatakan rukun dakwah yang ketiga berkenaan uslub dakwah dan ciri-cirinya iaitu berdakwah secara berkelompok dan berorganisasi. Golongan yang dibina oleh Rasulullah S.A.W diikat dengan kesatuan aqidah, kesatuan kefahaman perjuangan dan kesatuan matlamat yang dikenali dengan nama sahabat. Antara kelebihan usrah ialah dapat melatih ahli membina keyakinan diri, membina kekuatan ukhuwah, mendidik ahli berfikir dan bertindak selari dengan Al-Quran dan As- Sunnah, melahirkan para ilmuan islam agar dapat menyebarkan risalah islam, serta membentuk biah solehah serta menolak unsur-unsur negatif.

Sehubungan dengan usul DPMM sesi ini iaitu “Memegakan muzakarah berkelompok disemua peringkat ahli dan mewajibkan penglibatan semua pihak” , saya selaku Ketua Unit Dakwah dan Pembangunan Insan HEWI menyeru kepada semua ahli DPMM supaya dapat bersama-sama DPMM dalam memegakan muzakarah berkelompok pada sesi ini.

Akhir kalam, selamat berusrah kepada semua dan rasailah kemanisan dalam berusrah, Ayuh mari bersama kita menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W.

Saya tujukan pantun ini kepada semua ahli DPM Mansurah.

Muzakarah berkelompok setiap minggu,

Untuk pengisian hati bersama teman,

Bersamalah kita penuhi dada dengan ilmu,

Untuk kegunaan kita dimasa depan.

Ardul kinanah ilmu dipelajari ,

Muzakarah berkelompok ada disini,

Biah solehah bersama dihayati,

Bersama memegakan usul DPMM sesi ini.


Disediakan oleh : Ketua Unit Dakwah dan Pembangunan Insan HEWI DPMM sesi 2011/2012


KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH


0 comments

أهلا و سهلا يا الأزهر !



السلام عليكم و رحمة الله وبركاته

نحن من ديوان فرواكيلن مهاسيسوا/وي منصورة نرحب بحضوركم " أبناء المنصورة " إلى الجامعة لعام جديد من الدراسة . ونحن أيضا , نرجو من فضيلتكم التكرم بتحقيق رغبتنا في إخراج أبناء الأزهر المتفوقين في الدنيا و الآخرة لما قال فيه النبي صلى الله عليه و سلم :

من سلك طريقا يلتمس به علما , سهل الله به طريقا من طرق الجنة ....
صدق الرسول صلى الله عليه وسلم

و أخيرا نشكر لكم حسن تعاونكم معنا . و الله ولي التوفيق .

إعداد :
عثمان الأماني بن عزلان الحاج
رئيس لجنة الثقافة والتربية
ديوان فرواكيلن مهاسيسوا/وي منصورة
للعام 2011/2012
0 comments

KENYATAAN PENGERUSI : DPM MANSURAH KECEWA DENGAN ETIKA KERJA ENCIK KHAIRI.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Selawat dan salam buat junjungan nabi kita , Saiyidina Muhammad s.a.w dan para ahli keluarga baginda , para sahabat dan merek-mereka yang mengikuti langkah perjuangan baginda hingga ke akhir kiamat.

Saya selaku Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah(DPM Mansurah) melahirkan rasa kecewa dengan tindakkan salah seorang pegawai di Education Malaysia Egypt (EME) iaitu Encik Khairi Jalalluddin yang bertindak diluar etika sebagai penjawat awam.

Laporan yang saya terima ialah tindakkan Encik Khairi Jalalluddin tidak mahu melaksanakan tugas beliau sebagai seorang penjawat awam dengan memberikan syarat kepada beberapa mahasiswa/wi mansurah yang hendak mendapatkan pengesahan terjemahan sijil dengan menyertai konvokesyen anjuran EME dan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK).

Bagi pihak DPM Mansurah , saya telah memberikan makluman dan mendapat respon daripada Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) , Al Fadhil Ustaz Zuhaili Bin Saiman berkenaan isu ini. Presiden PMRAM telah bersama-sama dengan Naib Presiden II Ustaz Mohd Solehuddin Bin Mohd Sapien telah berjumpa dengan Encik Khairi Jalalluddin bagi mendapatkan penjelasan daripada Encik Khairi Jalalluddin berkaitan dengan aduan mahasiswa/wi mengenai ketetapan mendaftar Konvokesyen EME sebelum mendapat tanda tangan dan pengesahan terjemahan.

Hasil daripada perjumpaan tersebut , PMRAM memaklumkan bahawa ketetapan mendaftar Konvokesyen EME sebelum mendapatkan pengesahan terjemahan merupakan cadangan di peringkat Encik Khairi Jalalluddin sahaja bukan ketetapan daripada pihak EME.

Saya mengalu-alukan kesudian ahli-ahli DPM Mansurah untuk memberikan aduan bagi masalah ini. Insya Allah DPM Mansurah komited untuk membantu dengan pertolongan dari Allah s.w.t.

Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah

Muhammad Aliffudin Bin Ramlee
Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah
Sesi 2011/2012
0 comments

Ucapan Presiden PMRAM 2011

Assalamualaikum WBT..

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam yang berkuasa ke atas segala sesuatu. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Muhammad SAW, penghulu segala rasul dan nabi, serta ke atas keluarga baginda, para sahabat, dan para pemegang panji agama Allah SWT.

Kini kepimpinan PMRAM sesi 2011 memulakan pentadbiran selepas berlabuhnya tirai bagi pentadbiran sesi lepas pada 4 mei yang lalu. Di peringkat PMRAM, kita masih lagi mengekalkan tema yang sama iaitu Kemantapan Fikrah, Membinan Syakhsiah yang menekankan 2 agenda yang besar dalam pembawakan PMRAM iaitu fikrah dan syakhsiah.

Pengekalan tema ini menunjukkan PMRAM pada sesi ini begitu optimis dalam meneruskan kesinambungan gerak kerja yang lalu dalam memastikan agenda fikrah yang jelas dalam disampaikan ke seluruh mahasiswa/wi Islam bagi pembentukan syakhsiah yang mantap. Sehubungan itu, penerapan kitab-kitab dan pengetahuan berkenaan fikrah akan terus ditekankan di seluruh peringkat.

Mahasiswa/wi Islam sekalian,

Antara rahsia PMRAM masih lagi gah bergerak meneruskan kesinambungannya yang agung selama 81 tahun adalah disebabkan istiqamah para pemimpin serta pendokong PMRAM dalam menyampaikan agenda dakwah kepada seluruh mahasiswa/wi Islam. PMRAM yang diakui sebagai gerakan mahasiswa Islam di Mesir merupakan medium utama dan layak bagi memastikan kefahaman Islam yang syumul dicernakan kepada diri mahasiswa/wi Islam.

Program-program yang dilaksanakan adalah berdasarkan 3 ketetapan utama iaitu menonjolkan imej Islam, kesatuan ukhwah dan kebajikan ahli. Ini menunjukkan setiap program yang dilaksanakan di setiap peringkat samada pusat mahupun cawangan adalah untuk memastikan mendidik ahli untuk bersama-sama bekerja di jalan Allah SWT.

Selain itu, pihak PMRAM terus komited dalam konteks pendidikan dan akademik ahli PMRAM khasnya. Kita akan memastikan sasaran kecemerlangan akademaik sebagai senjata utama akan terlaksana secara menyeluruh. Pada sesi lepas, PMRAM mengadakan kembali HEMAT (Himpunan Mahasiswa Tahun Akhir) bagi menghidupkan suasana ke arah pendidikan yang lebih tinggi iaitu Master, samada di Mesir atau di Mesir. Bahkan PMRAM turut memulakan langkah awal dengan memperkenalkan PTD (Pegawai Tinggi Diplomatik) kepada mahasiswa/wi Islam yang disampaikan sendiri oleh pihak kedutaan. Hal ini demikian adalah untuk membuka minda para lepasan Azhari dalam bidang kerja yang boleh disumbangkan.

Pendidikan merupakan agenda utama PMRAM sebagai persatuan mahasiswa/wi Islam. Melalui Badan Pendidikan Dan Komunikasi, perancangan sepanjang tahun yang teratur telah disusun rapi seperti kelas tutorial, study group, senat fakulti dan motivasi kecemerlangan. Bahkan demi memastikan kelancaran akademik mahasiswa/wi Islam, PMRAM terus menjalinkan hubungan baik dengan beberapa pihak seperti Unviversiti Al-Azhar, WAAG dan beberapa pihak terbabit.

Wahai generasi yang berintergriti,

Isu hak dan maruah, kita tetap akan memperjuangkan dengan sepenuh usaha dan keringat kita bersama. Pada sesi lepas, satu usul yang telah disepakati dalam mendesak beberapa pihak berwajin agar lebih berintergriti dalam urusan kebajikan mahasiswa/wi Islam telah pun dijalankan dengan sebaiknya. Namun begitu, isu demi isu yang merobek intergriti dan hak mahasiswa/wi Islam kini rakus dijalankan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab.

Isu hari ini yang kita terus memperjuangkan yang telah dibahaskan oleh semua perwakilan dalam muktamar PMRAM kali ke-78 adalah Bersama Mempertahankan BKAN Melaka. Usul ini merupakan usul yang besar. Semua peringkat mesti bergerak selari dan bersama-sama bagi menjamin BKAN Melaka terus bergerak walaupun hak mereka terus dinafikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kita tidak mahu lagi hak kita terus dinafikan sebagaimana BKAN Negeri Sembilan yang kini semakin sepi dengan PMRAM bahkan terus menyendiri daripada negeri-negeri yang lain, ARMA yang kini terus dijajah oleh pihak yang rakus dan terus menzalimi PMRAM selama 18 tahun. PMRAM saban tahun terpaksa menghabiskan lebih 20 ribu junaih setahun semata-mata menanggunggung sewa pejabat ekoran pejabat milik PMRAM di ARMA dinafikan apabila PMRAM diusir dengan beberapa alasan yang direka cipta.

Kitalah yang bertanggungjawab,

Justeru, PMRAM menyeru semua mahasiswa/wi Islam untuk bersama-sama dengan PMRAM yang merupakan gerakan mahasiswa/wi Islam dalam melaksanakan semua agenda yang diperjuangkan. PMRAM bukanlah milik Badan Pengurus dan HEWI PMRAM, akan tetapi PMRAM adalah amanaha ke atas semua mahasiswa/wi Islam yang mengakui memperjuangkan Islam. Bangkit wahai generasi berintegriti! Laksanakan tugas dan jalankan amanah bersama.

Akhir bicara, pastikan 2 usul yang telah disepakati bersama dalam muktamar yang lalu digerakkan oleh semua pihak agar perbahaskan yang telah dijalankan tidak menjadi tin kosong. Usah dilupai hak kita dan jasa mereka kerana kita adalah penyambung kesinambungan generasi terdahulu bagi melahirkan pelapis generasi hadapan untuk memperjuangkan Islam.

Bangkitlah generasi berintergriti!

Kemantapan Fikrah, Membina Syakhsiah

Muhamad Zuhaili Saiman
Presiden
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2011

Sumber: Web PMRAM
0 comments

UDPI HEWI DPMM : Universiti Ramadhan


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Segala puji bagi ALLAH, Rabb sekalian alam. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Firman ALLAH S.W.T,mafhumNya: " Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa ".

Sahabat-sahabat yang dikasihi ALLAH sekalian,

Ramadhan al-Mubarak menjelang lagi, bulan yang cukup sinonim dengan nama bulan tarbiyah dan ibadah, di mana di bulan ini jiwa-jiwa kita di tarbiyah dengan undang-undang Ramadhan, dipermudahkan untuk beribadah dan dimotivasikan dengan kelebihan-kelebihan dan fadhilat-fadhilat beribadah dalam bulan Ramadhan. Maka adalah sepatutnya hasil yang dikeluarkan oleh universiti Ramadhan ini merupakan hasil yang gilang-gemilang ditambah pula dengan fadhilat LailatulQadar. Alangkah beruntungnya orang-orang yang mengambil bekalan di bulan Ramadhan.

Namun, disamping kita sibuk beribadah menambahkan pahala dan memohon maghfirahNya, jangan pula kita sesekali lupa akan nasib rakyat Palestin yang menyambut Ramadhan dengan bedilan peluru. Tidak lupa juga dengan krisis yang bakal melanda Dewan Perwailan Mahasiswa/wi Mansurah iaitu krisis kekurangan pelapis.

Pelapis merupakan elemen yang tidak kurang pentingnya bagi menjamin survivor sesebuah institusi. Mansurah yang menempatkan cawangan Al-Azhar mula dibanjiri oleh mahasiswa/wi dari Malaysia sekitar tahun 1992. Dari generasi ke generasi, Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah tetap tegar sebagai satu-satunya institusi yang menjaga kebajikan mahasiswa/wi Malaysia yang menuntut di Al-Azhar cawangan Mansurah yang juga merupakan satu proksi yang berusaha untuk melahirkan mahasiswa/wi Islam yang berjaya menggarap Islam sebagai gaya hidup mereka.

Pun begitu, rantai-rantai yang menyambungkan dari generasi ke generasi ini bakal digugat. Keputusan terbaru dari pihak Al-Azhar pusat untuk tidak menghantar wafidun-wafidun ke Al-Azhar di peringkat cawangan cukup memberikan kesan yang mendadak terhadap corak penempatan serta gaya hidup mahasiswa/wi Malaysia di Mansurah. Di tambah pula oleh kebanjiran mahasiswa/wi Perubatan yang menuntut lebih ramai tenaga-tenaga pengisi di kalangan pengajian Islam. Sumber manusia yang sedia ada pula masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan persatuan apatah lagi untuk menyediakan sumber manusia bagi pihak lain. Lebih-lebih lagi, sumber manusia ini bakal berkurangan kerana kebanyakkan dikalangan mereka merupakan mahasiswa/wi tahun akhir.

Maka kini, geneasi-generasi yang bakal menerajui DPMM perlu bersedia menghadapi evolusi dari segi budaya dan pemikiran, disamping mentarbiyah rijal-rijal yang mempunyai potensi tinggi dari kalangan mahasiswa pengajian Islam mahupun mahasiswa perubatan serta mengajak golongan-golongan yang merasakan diri mereka low-profile untuk bersama-sama turun mendokongi persatuan yang kita cintai bersama.

Ingatlah bahawa kita selaku orang-orang yang mempunyai ilmu agama ditaklifkan oleh ALLAH S.W.T sebagai pewaris tugas Rasulullah S.A.W sebagai " As-Syahid". Ingatkah kalian bagaimana Rasulullah S.A.W menangis mengingatkan betapa beratnya tugas seorang "As-Syahid" tatkal dibacakan olehnya Ibnu Mas'ud Surah an-Nisa' : ayat 41," Maka bagaimana (halnya orang kafir nanti), apabila Kami mendatangkan seorang saksi (rasul) dari tiap-tiap umat dan Kami datangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu (sebagai umatmu)?".

Oleh itu, perbetulkan niat kalian, tetapkan pendirian kalian dan rebutlah peluang Ramadhan kali ini untuk mentarbiyah jiwa-jiwa yang kian alpa dan saling ingat-mengingati di atas jalan kebenaran serta bertawakkallah kepada ALLAH S.W.T. Semoga Ramadhan kali ini memberikan impak yang positif di dalam jiwa kalian.
Wallaua'lam.

"KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH"

NOOR AZIMAH BINTI ARBA'AIN
(UNIT DAKWAH & PEMBANGUNAN INSAN HEWI DPMM 09/10)


0 comments

UDPI DPMM : Mempersiapkan Diri Menghadapi MAT (Mati)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarganya, sahabat-sahabatnya dan para pengikutnya sehingga hari kiamat.

Maha Suci Allah, tiada ilmu kami melainkan apa yang Engkau ajarkan pada kami kerana sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Sahabat- sahabat yang dikasihi oleh Allah,

Di mana kita hari ini dan di mana kita hari esok? Mungkin hari ini kita di dalam kediaman yang selesa lagi menenangkan dan boleh jadi hari esok kita di dalam kubur yang smepit lagi menakutkan dalam keadaan seorang diri.

Sahabat- sahabatku yang dikasihi Allah,

Di mana kita hari ini dan di mana kita hari esok? Mungkin hari ini kita bersama-sama dengan orang yang kita kasihi di taman- taman, tempat beli- belah, menonton hiburan bersama-sama dan sebagainya. Boleh jadi hari esok kita terlantar di atas katil menanti mati menjelang dan menanti malaikat maut mencabut nyawa kita.

Sahabat- sahabatku yang dikasihi Allah,

Ingatlah kita bersama- sama bahawa ajal itu telah ditentukan oleh Allah tapi ianya dirahsiakan daripada seluruh manusia supaya mereka cinta melakukan ketaatan dan segera meninggalkan segala lalai, dosa dan maksiat.

Sahabat- sahabatku yang dikasihi oleh Allah,

Sama- sama kita fikirkan bagaimana caranya satu hari nanti kubur yang bakal kita diami di dalamnya merupakan taman dari taman- taman syurga dan juga sama- sama kita fikirkan bagaimana caranya kita di satu hari nanti di akhirat mendapat tempat yang terhampir dengan Sang Pencipta kita.

Sahabat- sahabatku yang dikasihi oleh Allah,

Oleh kerana kita akan mati meninggalkan dunia ini, marilah sama- sama kita melakukan persiapan yang rapi untuk menghadapi hari yang sangat getir itu sementara kita masih lagi diberikan oleh Allah kehidupan sebagai peluang untuk memikirkan dan melakukan perkara yang dapat membahagiakan kita di sana nanti.

Sahabat- sahabatku yang dikasihi oleh Allah,

Akhirnya, selamat melakukan persiapan menghadapi mati dan semoga kita semua diberikan kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak.

Sekian, wassalam.

Makhluk Allah,

SAIFULHAFIZ BIN AHMAD SABIRON
(Ketua Unit Dakwah dan Pembangunan Insan)
0 comments

SUA DPMM : Ahli DPMM Perlu Hadiri MAT DPMM Kali Ke-18


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, pertamanya marilah sama-sama kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t. Lafaz salam dan selawat ditujukan buat junjungan mulia pesuruh Allah s.w.t, Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda, para sahabat, tabi', tabii'n, serta mereka yang sentiasa berjuang menegakkan kebenaran sehingga ke hari kiamat.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah s.w.t sekalian,

Firman Allah s.w.t bermaksud:"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa".(Al-Baqarah:183).

Alhamdulillah, hari ini seluruh umat islam menyambut satu bulan yang penuh kemuliaan dan penuh barakah padanya iaitu bulan ramadhan. Ianya kerana di sana mempunyai pelbagai peristiwa-peristiwa yang menakjubkan serta kelebihan-kelebihan tersendiri. Antaranya ialah peristiwa Malam Lailatul Qadar. Pada bulan ini seluruh umat islam diwajibkan berpuasa atau menahan diri daripada makan dan minum selama sebulan. Dalam erti kata lain menahan diri daripada memenuhi kehendak hawa nafsu bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat.

Kita perlu sedar dan sentiasa bermuhasabah diri kembali sejauh mana amalan kita. Adakah setiap hari kita melaksanakan suruhan Allah s.w.t atau masih lagi kita gagal melaksanakan segala suruhannya.

Firman Allah s.w.t bermaksud:"Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat balasannya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat balasannya.(Surah Az-zalzalah:7-8).

Hari ini, Allah s.w.t masih mengurniakan kita akan nikmat-nikmatnya. Organisasi berpersatuan juga adalah salah satu diantara nikmat-nikmat yang dikurniakan oleh-Nya. Ini kerana di dalamnya kita diajar mempelajari selok-belok cara-cara memimpin, mengurus sesebuah organisasi, mengurus ekonomi dan lain-lain. Menyentuh tema PMRAM 2010 "KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH", sebagai mahasiswa/wi di Perlembahan Nil ini, kita perlu memantapkan diri dengan pelbagai ilmu samaada ilmu turathi mahupun muasarah. Muzakarah Berkelompok juga adalah salah satu wasilah kepada kita sebagai mahasiswa/wi agar dapat memantapkan fikrah sesama ahli usrah, bertukar-tukar pandangan, mengeratkan ukhuwah sesama kita dan lain-lain.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah s.w.t sekalian,

Sebagai mahasiswa/wi Al-Azhar yang mempelajari ilmu-ilmu agama, kita hendaklah memelihara diri agar tidak terjebak dengan anasir-anasir yang tidak elok. Akhlak seseorang itu melambangkan kecantikan dan kemurniaan agama islam itu sendiri. Sebaik-baik akhlak ialah akhlak Rasulullah s.a.w sehingga dikatakan akhlak baginda s.a.w adalah Al-Quran. Akhlak baginda menjadi sumber rahmat dalam menghasilkan kebaikan dan menjauhkan keburukan hanya akan diikuti oleh manusia beriman yang mempunyai tiga syarat iaitu mengharapkan redha Allah, mengharapkan akhirat dan pertemuan dengan Allah serta mengingati Allah banyak-banyak.

Sebagai pimpinan bagi sesi 2009/2010 PMRAM Cawangan Mansurah, saya menyeru kepada seluruh ahli DPMM yang saya kasihi, marilah sama-sama kita perbaiki diri ini agar mendekatkan diri lagi kepada Sang Maha Pencipta, agar menjadi insan yang lebih baik, dapat menunjukkan akhlak yang terpuji buat teman-teman di luar sana, sentiasa bersyukur di atas segala nikmat Allah s.w.t kepada kita dan lain-lain.

Insya-Allah pada 21 & 23 Ogos ini di bawah Jabatan Setiausaha Agung & Setiausaha HEWI akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan HEWI & DPMM kali ke-18. Sehubungan itu, saya mengucapkan selamat bermesyuarat dan bersidanglah dalam keadaan aman serta tenteram. Jadikan MAT ini sebagai medan untuk kita bertukar-tukar pandangan, bukan sebagai tempat untuk kita menuding jari dalam mencari kesalahan atau aib seseorang mahupun pimpinan ataupun ahli. Moga perjalanan MAT ini berjalan dengan lancar. Mohon maaf di atas segala kesilapan dan kelalaian saya sepanjang memikul amanah pimpinan bagi sesi 2009/2010 ini. Semoga pimpinan akan datang bagi sesi 2010/2011 lebih baik dari pimpinan sebelum-sebelum ini. Tahniah & takziah saya ucapkan.

Siru A'la Barakatillah

Salam perjuangan buat semua!

"KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH"

MOHD ALIF JUNAIDI BIN HAJI ABDULLAH
Setiausaha Agung
DPMM sesi 2009/2010
0 comments

Kalam kepimpinan : Unit Kebudayaan Kesenian & Sukan

Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah Rabbul Jalil,Tuhan sekalian Alam yang telah menganugerakan kepada kita kehidupan di dunia ini, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. penghulu sekalian Nabi yang diutuskan oleh Allah S.W.T sebagai hamba yang paling agung di atas muka bumi ini. Juga kepada sahabat baginda, Tabi’ Tabi’in serta para alim Ulama' yang melalui jalan ini.

Firman Allah Ta'ala : " Sesungguhnya yang benar-benar takut kepada Allah dari para hamba itu, adalah para alim Ulama'". ( Fathir : 28 )

Sahabat dan Sohabiah sekalian,

Sehingga ke hari ini, kita masih lagi diberi peluang untuk bersama-sama menuntut ilmu dengan para alim Ulama' di Pelembahan Nil ini. Sepertimana yang kita maklumi, bumi anbiya' ini telah banyak melahirkan ulama'-ulama' yang tersuhor di merata dunia. Turut dikenali sebagai gelaran “kiblat ilmu” yang banyak menyimpan khazanah pelbagai ilmu agama sama ada ilmu turathi mahupun ilmu moden. Justeru itu, amat rugilah jika sekiranya kita tidak merebut peluang yang
tersedia ada ini.

Teman seperjuangan yang dikasihi,

Pada saat ini kita berkumpul berpesatuan di bawah naungan Allah S.W.T adalah untuk membina dan mengukuhkan lagi persatuan kita yang seluruhnya bertanggugjawab menjaga kesatuan yang sedia kukuh ini, tanpa dirobek oleh mana-mana pihak. Oleh itu, Saya selaku ketua unit kebudayaan kesenian & sukan yang diberi amanah untuk menerajui tapuk kepimpinan Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sesi 2009/2010 mengajak agar kita sama-sama bersatu dan mengeratkan silaturrahim antara kita. Di samping itu, usaha demi usaha perlu diteruskan untuk kita sentiasa istiqomah di dalam menuntut ilmu.

Saya sedari, Kepimpinan merupakan suatu amanah dan tanggungjawab yang berat dan memerlukan persiapan yang rapi serta kesabaran yang tinggi dalam melaksanakannya,tanpa kerjasama seluruh ahli DPMM siapalah kepimpinan.Tanpa kepimpinan tiada gunanya Persatuan. Namun begitu, di sini adalah medan latihan kepimpinan sebelum melangkah era perjuangan yang sebenar.

Sebelum mengakhiri bicara ini,saya mendoakan mudah-mudahan kita semua diberi kejayaan yang cemerlang di dalam apa jua bidang pengajian, Perubatan mahupun Pengajian Islam dan juga sentiasa komitmen baik masa senang mahupun susah agar kita terus mempertingkatkan prestasi Persatuan kita.

Salam ukhuwwah salam perjuangan, Akhukum fillah
MOHD DAUD BIN HASSAN,
KETUA UNIT KEBUDAYAAN,KESENIAN DAN SUKAN DPMM 2009/2010.
1 comments

Dana Syaqah PMRAM 2009

Assalamualaikum w.b.t

Segala puji kita panjatkan pada RABBUL JALIL dan selawat serta salam kita sertakan pada JUNJUNGAN kita Saidina Muhammad serta para zuriat dan keturunanya. Kepada para sahabat - sahabat rasul yang senantiasa menyambung wasilah perjuangan baginda serta para mereka yang mengikuti dari semasa ke semasa hingga ke hari qiamat.

sahabat- sahabat sekalian,

Ana mengucapkan setinggi terima kepada semua ahli Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah kerana memberi peluang pada insan yang kerdil ini memegang amanah yang dipundakkan di atas bahu ana sebagai Tim. Setiausaha Agung ( Unit Kebajikan Dan Kemanusiaan) DPM Mansurah sesi 09/10.

Ingatlah sahabat-sahabat sekalian, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sebagai wadah pejuangan mahasiswa/wi melayu Islam di Republik Arab Mesir. Sesungguhnya setiap perjuang yang mendaulatkan Islam memang wajar disertai pelbagai mehnah dan tribulasi dalam kerja dakwah. Sesuai dengan firman ALLAH s.w.t pada ayat kedua dari surah Al- Mulk :

"yang menjadikan kematian dan kehidupan sebagai menguji kamu siapayang paling baik amalanya "
Ayat diatas sesuai dengan mutiara indah dari seorang figur dakwah Ikhwan Muslilmin , Syeikh Mustafa Mashur :

"sesungguhnya setiap jalan dakwah disertai oleh cabaran dan tribulasi, sesungguhnya aku takut jika jalan perjuangan tiada cabaran dan ujian, ditakuti tersalah pilih jalan perjuangan, kerana para rasul-rasul terdahulu perjuangan mereka disertai onak dan duri"

sahabat- sahabat sekalian,

Untuk pengetahuan , PMRAM ketika dahulu menjalankan segala operasi pentadbiran di Asrama Rumah Melayu Abbasiyyah (ARMA). Ketika 1994 PMRAM mendapat notis untuk mengosongkan pejabatnya di ARMA bagi memberi kepada pihak KEDUTAAN BESAR MALAYSIA KAHERAH (KBMK) untuk membaiki kerosakan ARMA.

Walaubagaimanapun setelah ARMA dibaiki pulih, PMRAM tidak dibenarkan kembali pada pejabat asalnya di ARMA. Akhirnya PMRAM terpaksa menyewa sebuah apartmen bagi menjalankan operasi pentadbiranya . Namun dugaan kepada hambaNya tetap datang bagi menguji sejauh mana istiqomah seorang hamba pada jalan dakwah. PMRAM terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga sewa dari setahun ke setahun. Pada bulan November 2008 harga sewa meningkat pada LE 1800.

Atas kesedaran ahli PMRAM, pada 2006 ahli PMRAM telah mencadangkan agar pihak PMRAM dapat membeli dan memiliki apartment sebagai pejabat rasmi PMRAM. PMRAM telah meletakkan target pada tahun tersebut untuk mengumpul LE 1.5 juta. Ketika mana MUKTAMAR SANAWI PMRAM ke 76 pada tahun 2009 salah seorang mantan pimpinan PMRAM telah mencadangkan usul yang berbunyi:

",menjayakan pembelian syaqah PMRAM akhir 2009"

Bagi menjayakan matan usul ini, semua ahli perwakilan muktamar telah bersetuju bagi menjayakan usul tersebut. Mekanisme yang boleh kita jayakan adalah:

1) Bayaran tunai LE 300
2) Bayaran ansuran LE 300 selama 3 bulan
3) Bayaran ansuran LE 300 sehingga akhir DISEMBER
4) Sumbangan dan derma ikhlas kepada Tabung Dana Syaqah PMRAM
5) Bagi pelajar yang ingin pulang ke tanah air, disarankan untuk membawa proposal
dana syaqah
6) Mendoakan dan solat hajat supaya hasrat PMRAM memiliki syaqah terlaksana pada
akhir tahun ini.

sahabat- sahabat sekalian,

Apa tujuan PMRAM berhasrat memiliki apartmen pentadbiran sendiri?
1) Melincinkan perjalananpentadbiran PMRAM
2) Mengurangkan kos perbelanjaan bayaran sewa pejabat dan urusan kepejabatan
3) Mempunyai hak mutlak diatas pengurusan pejabat PMRAM

Untuk kepimpinan Badan Pengurus PMRAM sesi 2009, Misi Dana Syaqah di bawah Naib Presiden 3 selaku Badan kebajikan dan Kemanusiaan. PMRAM berhasrat untuk memiliki pejabat pentadbiran sendiri pada akhir 2009 ini. Marilah kita bersama merialisasikan hasrat kita bersama bagi memartabatkan Islam dan perjuangan mahasiswa/wi melayu islam di perlembahan Nil ini.

Akhir kalam selamat kita menjayakan DANA SYAQAH PMRAM dan terima kepada mereka telah memberi sumbangan derma bagi menjayakan misi ini secara langsung atau tidak. Mudah-mudahan ALLAH dapat membalas kebaikan antum semua. Amin ya ALLAH.


"JULANG THAQAFAH BAKTI DI CURAH"


Muhammad Aliffudin b Ramlee
Tim. Setiausaha Agung
Unit Kebajikan Dan Kemanusiaan
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah
5.50 pg (10/10/2009)
0 comments

Kalam Pengerusi DPMM Sesi 2009/2010

PhotobucketSegala pujian dipanjatkan kepada Allah subhanahuwataala, Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad salallahualaihiwassalam serta ahli keluarga Baginda seterusnya buat penerus pejuangan Baginda dalam memastikan Islam terus gemilang diseluruh pelusuk dunia. Moga-moga kita digolongkan diantara mereka yang menjadi penerus bagi agama yang suci murni ini sehingga bertemu Ilahi di akhirat kelak. Amin.

Sahabat-sahabat sekalian,

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah subhanahuwataala kerana pada hari ini kita telah diberi kesempatan daripada Allah S.W.T untuk menghidupkan satu bulan yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh sekalian manusia muslim. Moga-moga ramadhan kali ini dapat kita jadikan ia sebagai bulan untuk kita terus merapatkan diri kepada Sang Pencipta kita dalam menjalani segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya sesuai dengan firman Allah S.W.T :

Wahai orang yang beriman ! diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana ianya diwajibkan ke atas orang – orang sebelum kamu , semoga kamu bertaqwa kepada Allah swt.

( Surah al Baqarah : Ayat 183 )

Ayat ini secara jelas menegaskan perkara asas yang ingin dicapai oleh sekalian muslim adalah Taqwa. Perkara ini adalah objektif utama dalam kita melaksanakan ibadah ini. Bukan sahaja bagi sebulan ramadhan ini sahaja, malahan ia perlu berlanjutan sehingga bulan-bulan yang seterusnya.

Menurut Syara’; ‘Taqwa’ bererti : “Menjaga dan memelihara diri dari siksa dan murka Allah Ta’ala dengan jalan melaksanakan perintah-perintahNya, taat kepadaNya dan menjauhi larangan-laranganNya serta menjauhi perbuatan maksiat” -Ibnu Athoillah As-Sakandari-

Sahabat-sahabat Sekalian,

Dalam bulan ramadhan pada kali ini, di bawah anjuran Unit Dakwah dan Pembangunan Insan telah menyusun dan mengatur pelbagai program untuk kita sama-sama raikan dan mengambil istifadah daripada program-program ini. Program yang dianjurkan ini hanyalah sebagai satu wasilah untuk kita memahami sedikit sebanyak berkenaan dengan Islam itu sendiri, selebihnya adalah melalui kesedaran dalam diri masing-masing dan peringatan daripada sahabat-sahabat kita yang lain.

Untuk akhirnya, pihak kepimpinan AJKT/AJKH sesi 2009/2010 mengucapkan kepada seluruh ahli DPMM khususnya dan seluruh muslimin dan muslimat amnya Salam Ramadhan Buat Semua, moga-moga amalan ramadhan kita pada tahun ini diterima dan diberkati Allah subahanahuwataala hendaknya. Doakan moga-moga dengan berkat ramadhan pada kali ini, Allah subhanahuwataala mengeratkan hubungan ukhuwah islamiah sesama kita dalam menjalankan segala gerak kerja secara bersama. Kullu Am Wa Antum Bikhair. Allahumma Ballighna Ramadhan.
0 comments

Kalam Pimpinan

Photobucket

Assalamualaikum W.B.T.H

Segala puji bagi Allah yang menciptakan sekalian makhluk untuk tunduk dan beribadat kepadanya , pencipta sekalian alam dan penguasa hari kemudian. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabat serta para pengikutnya. Sekalung al-fatihah buat para sahabat tabi’e dan tabi’en dan seluruh umat islam.. Bersyukur kehadhrat Allah s.w.t dengan limpah kurnia serta inayah dan rahmat kasih sayangnya ana diberi ruang untuk melakarkan secebis kalam sebagai santapan minda untuk dikongsi bersama.

Sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah sekalian,

Firman Allah s.w.t di di dalam surah Al-Asr :-

“ Demi masa. Sesungguhnya manusia sentiasa berada di dalam kerugian, melainkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”.

Kalam hikmah ada menyebut :-

“ Waktu itu seperti pedang. Seandainya kita tidak memotongnya, maka ia akan memotong kita”.

Syukur Alhamdulillah, sudah hampir dua bulan kita bertungkus lumus dalam berusaha menempuh arena imtihan di kuliah. Kalau kita lihat, pelbagai ragam azhari mahupun azhariah sempena musim imtihan yang lalu. Ada yang sanggup tidak tidur malam semata-mata ingin menghabiskan muqorror kitab, ada pula yang tekun mengulangkaji setiap masa dan ada pula yang terkena virus yang paling teruk iaitu “penyakit tidur” . Namun, fatrah imtihan telah berlalu dan apa yang penting kita sebagai hamba Allah s.w.t hendaklah sentiasa istiqamah untuk berdoa kepada Allah moga-moga kita di kalangan yang terbaik di antara yang terbaik.



Sahabat-sahabat yang di kasihi Fillah,

Musim imtihan telah berlalu dan kini musim percutian telah tiba. Ramai di kalangan sahabat kita sedang menyusun agenda-agenda yang terbaik untuk di isi sempena musim percutian ini. Ada yang merancang ingin melancong di dalam dan di luar negara. Ada pula yang merancang ingin pulang ke Malaysia dan ada pula yang sedang menyusun jadual untuk menghabiskan masa dengan bertalaqqi, bertafaqquh bagi menambah thaqofah dan sebagainya. Tidak lupa juga, PMRAM,DPM dan BKAN juga sedang mengatur agenda –agenda yang terbaik untuk mengisi masa kelapangan ahli.

Bagi mereka yang ingin pulang ke tanah air, jangan lupa gunakanlah peluang yang ada dengan sebaiknya untuk bersama ibu bapa dan curahkanlah bakti yang terbaik kepada mereka sebelum kita pulang ke Mesir semula. Pada masa yang sama, jangan lupa tanggungjawab kita sebagai azhari dan azhariah dalam menyumbang tenaga dan buah fikiran yang terbaik bagi membentuk dan menyemai benih-benih islam kepada masyarakat.Dakwah Islam perlu diteruskan agar dengan secebis usaha serta bakti yang dicurahkan mampu menampung kelompangan serta mengubati barah-barah yang berlaku dalam masyarakat kita.

Bagi mereka yang tidak pulang ke tanah air, gunakanlah masa yang ada ini dengan sebaiknya. Sebagai contoh, kita boleh menghabiskan masa dengan bertalaqqi, bermuzakaroh untuk memahami tajuk-tajuk yang diperbincangkan dalam kitab kuliah dan juga boleh menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam setiap program yang diadakan.Walau bagaimanapun, apa sahaja yang dilakukan oleh kita, pastikan ia bermanfaat dan memberi satu pulangan yang cukup berharga sebagai bekalan di masa hadapan.

Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Maidah :-

“ Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan ) kebajikan dan taqwa dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan”.

Imam Syafie’ ada mengatakan ilmu itu adalah cahaya dan cahaya itu tidak akan masuk ke dalam hati yang melakukan maksiat.

Sebelum kalam berakhir nokhtah, saya mewakil saff kepimpinan AJKT / HEWI DPMM sesi 2008/2009 menyusun 10 jari memohon jutaan kemaafan andai di sana terdapat kekholalan, kekurangan, kesilapan, serta hak-hak yang tidak terlunas dalam kepimpinan kami.Semoga hati-hati kita dapat disatukan dalam mengembleng tenaga meneruskan risalah dakwah. Semoga kita sentiasa dalam pemeliharaan dan nusroh Allah SWT..Amen

Sirru a’la barokatillah…

Ustazah Suhaina Sharipuddin
Unit Sambutan dan Rehlah HEWI DPMM 08/09

0 comments

Kalam Pimpinan


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran pujian yang selayaknya ke hadrat Rabbul A’lamin, Tuhan yang mentadbir seluruh alam semesta serta mengurniakan segala nikmat yang tidak terhingga kepada semua makhluk-makhlukNya di dunia ini. Selawat dan salam dihulurkan buat insan yang paling agung, Nabi Muhammad S.A.W yang teramat cintakan umatnya. Tidak lupa juga para keluarga baginda, para sahabat, dan seluruh mereka yang memperjuangkan syia’r islam dengan pelbagai dugaan. Mudah-mudahan Allah menempatkan mereka semua dikalangan orang-orang yang beriman. Amin Ya Rabbal A’lamin.


Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Hari ini Universiti Al-Azhar Ash-Syarif telah menutupi sesi pengkuliahan bagi sesi ini. Mahasiswa/wi sekarang berada dalam fatrah cuti yang agak lama. Tempoh ini sangat bermakna dan bermanfaat buat seluruh siswa dan siswi Al-Azhar. Bagi mereka yang pulang bercuti ke tanah air selamat bercuti dan jalankan tanggungjawab sepenuhnya selaku dae’i (pendakwah) tidak kira dalam apa jua sekalipun. Buat mereka yang akan melancong dan menziarahi ke tempat –tempat sejarah,
semoga dapat mengambil i’tibar, pengajaran dan dapat menyulami sejarah supaya dapat disampaikan sekaligus dapat berkongsi dengan sahabat-sahabat kita yang lain. Mereka yang masih ada di bumi Mesir ini, isilah masa ini dengan sebaik-baiknya.

Firman Allah S.W.T yang mafhumnya:

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran” (Surah Al-‘Ashr 1-3).

Jelaslah di sini, amatlah rugi buat mereka yang tidak memanfaa’tkan waktunya yang dikurniakan oleh Allah kepada setiap hambanya untuk berbakti dalam apa jua sekalipun.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Sedar tidak sedar kita sekarang telah memasuki bulan Rejab, yang mana bulan ini dikatakan satu bulan yang sangat dimuliakan pada Zaman Jahiliyah dahulu. Rejab membawa maksud kebesaran, keagungan, dan kemuliaan. Rejab juga adalah bulan Allah S.W.T. Umat islam hari ini tidak kira mereka yang berada dalam keadaan kemiskinan samaada dari sudut harta benda, makanan dan lain-lain juga berpusu-pusu cuba untuk merebut keberkatan berpuasa pada bulan ini. Mengapakah kita hari ini yang penuh dengan pelbagai kelebihan, berkemampuan, dan penuh kesenangan harta benda tidak cuba untuk berpuasa pada bulan ini???Sesungguhnya berpuasa bulan rejab ini adalah amalan sunat dan ia melatih kita bagaimana kita bersyukur kepada Allah S.W.T. Berpuasa ini juga menguji kita bagaimana mereka yang hidup dalam kesusahan dapat kita turut merasai bersama. Renung-renungkanlah.
Firman Allah S.W.T yang mafhumnya:

“Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”(Surah At-Tiin 4).

Sesungguhnya Allah S.W.T telah mengurniakan kepada kita pelbagai nikmat yang kita dapat rasai setiap hari. Amat rugilah buat mereka yang tidak bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan itu. Antara nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada setiap hambanya yang digunakan setiap hari ialah nikmat mata sebagai penglihatan, mulut sebagai percakapan, telinga sebagai pendengaran, hidung sebagai menghidu, tangan, kaki dan lain-lain. Semoga kita semua dapat menggunakan segala nikmat ini sebaik-baiknya disusuli dengan amal yang baik-baik dengan penuh keikhlasan dan niat yang baik kepada Allah S.W.T.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W

"إن الله لا ينظر إلى صوركم وأمواكم , ولكن ينظر إلى قلوبكم وأعمالكم"

“Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang pada rupa dan harta kamu, tetapi Allah memandang hati kamu dan amalan kamu”

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Kesempatan yang ada ini jua, selaku barisan kepimpinan Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah 08/09, saya ingin mengajak kepada seluruh ahli marilah sama-sama kita membantu persatuan kita tidak kira dalam apa jua sekalipun disamping matlamat kita ke sini untuk menimba ilmu. Melalui persatuan ini juga kita dapat mengambil sedikit sebanyak pengalaman yang mana dapat membantu kita di tanah air kelak. Kita binakan persatuan kita ini tidak kira dalam aspek apa jua sekalipun. Bantulah PMRAM&DPMM. Janganlah kita biarkan persatuan kita ini berpecah belah bak kerana secebis kesilapan yang berlaku. Belajar daripada kesilapan dan pengalaman kerana ianya mengajarkan kita menjadi lebih matang. Disamping ini saya mengajak kepada seluruh ahli, marilah sama-sama kita menjayakan Misi Dana Syaqah PMRAM sebelum berakhir Disember 2009 dengan tema “ Hulurkan Sumbangan Tunaikan Kewajipan”. Jumlah kutipan target hanya LE300 seorang mengikut kadar kemampuan seperti mana makluman yang sedia maklum.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Sesungguhnya setiap manusia tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan samaada kesilapan itu besar mahupun kecil. Tidak lama lagi akan berakhirlah tapuk kepimpinan sesi 08/09 dan akan berganti dengan kepimpinan baru. Jadi, bukanlah ini bermaksud tanggungjawab semua akan berakhir, bahkan tanggungjawab semua masih berterusan sehingga akhir hayat kita.



Sabda Nabi Muhammad S.A.W:

“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya setiap kepimpinan kamu”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari, Muslim Abu Daud, Al-Tirmizi dan Ahmad).


Harapan saya agar seluruh barisan kepimpinan termasuk diri ini dapat menjalankan amanah ini sebaik mungkin dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab. Disamping itu, kepada seluruh ahli dan sidang pembaca saya berharap agar kita semua dapat menjalankan tanggungjawab kita sebagai khalifah (pemimpin) di atas muka bumi ini sebaik mungkin. Samaada Imam (Ketua Negara), Suami (bapa), memimpin diri sendiri, dan lain-lain supaya sentiasa berada dalam jalan yang lurus dan diredhai Allah S.W.T. Buat yang terakhir, saya rasa cukuplah sekadar ini sedikit sebanyak kalam ucapan saya.

Saya memohon beribu kemaafan kepada seluruh barisan kepimpinan sesi 08/09 serta seluruh ahli jika sepanjang saya memegang kepimpinan ini terdapat kesalahan mahupun tutur bicara. Terima kasih tidak terhingga buat mereka yang terus menyokong PMRAM&DPMM. Semoga jasa dan bakti yang dicurahkan hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat menghitungnya. Tidak lupa juga kepada Pengarah mmc groups yang mengizinkan kalam ucapan saya di dalam blogger DPMM buat kali ini, semoga jasa kalian diberkati Allah. Setakat ini sahaja yang dapat saya ukirkan, semoga bacaan ini dapat memberi sedikit sebanyak pengajaran dan i’tibar buat kita semua. Sekian, terima kasih. Wallahua’lam.

“Julang Thaqafah Bakti Dicurah”

“Salam Perjuangan Dihulurkan”
“Salam Kasih buat PMRAM&DPMM”
“Salam Manis buat ahli DPMM”

Membangun Bersama Panji-panji Islam,

Mohd Alif Junaidi Bin Haji Abdullah
Timbalan Setiausaha Agung
(Unit Kebajikan Dan Kemanusiaan DPMM 08/09)

1 comments

Kalam Pimpinan


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Dialah yg maha Pemurah dan maha Penyayang, yang menguasai hari pembalasan.
Selawat dan salam ke atas imam para muttaqiin dan pemimpin para mujahidin, Saidina Muhammad Nabi SAW yang amanah, juga ke atas para isteri-isteri baginda, anak-anak baginda, sahabat-sahabat baginda, yang telah menyucikan jiwa lalu mereka berjaya, yang memberikan nasihat kepada saudara-saudara lalu mereka mendapat manfaat.
Wahai Tuhan kami, muliakanlah kami dengan kemuliaan mereka, berikanlah taufiq dan hidayah kepada kami dengan taufiq dan hidayah yang Engkau berikan kepada mereka, dan jadikan kami orang yang mengikuti mereka serta himpunkanlah kami bersama mereka di bawah bendera penghulu kami Sayyidina Muhammad SAW. Sesugguhnya Engkaulah yang paling Pemurah dan Engkaulah sebaik-baik tempat mengharap.

Sahabatku mahasiswa dan mahasiswi yang diberkati Allah selalu,

Sesungguhnya semenjak terpancarnya fajar Islam, kita telah diuji dengan pelbagai permusuhan yang sememangnya tidak menginginkan kebenaran. Pada hari ini, generasi kita berhadapan dengan gelombang Atheis (kehidupan tanpa kewujudan Tuhan), sekular (kehidupan mengikut akal manusia), globalisasi (dunia tanpa sempadan), liberal (tidak membezakan agama dan kehidupan) dan ideologi-ideologi yang mengharuskan segala sesuatu, yang diserapkan kepada kita dari timur dan juga barat bertujuan menyesatkan golongan muda-mudi, merosakkan generasi serta menakutkan kita terhadap masa depan pemikiran akidah yang kita miliki, dengan ancaman bahawa ia akan menuju kegelapan yang mencengkam.
Dalam suasana gelombang ini, kita tidak mungkin mampu melawan pertembungan pemikiran tanpa kita bepegang dengan tali Allah yang sememangnya kukuh dan juga tanpa terlalu mementingkan perbezaan (khilaf) di dalam perkara-perkara kecil yang merupakan ijtihad serta hendaklah kita mengikat hati dengan Allah Ta'ala yang mana bertujuan untuk memperolehi kekuatan, ketenangan, kehebatan, serta kemuliaan daripaNYA. Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :

"Dan bahawa inilah jalanku yang lurus, maka ikutilah ia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain) kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertaqwa". (Al-An'aam: 153)

Sahabatku mahasiswa dan mahasiswi yang dirahmati Allah sekalian,

Sesungguhnya kita selaku umat yang beriman dengan Islam dituntut untuk beramal dengan apa yang terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah SAW dan berusaha untuk merealisasikan matlamat-matlamatnya di alam nyata. Untuk merealisasikannya, maka kita mestilah memiliki kefahaman Islam yang jelas. Kita juga mestilah memiliki niat yang ikhlas sehingga amal kita itu diterima di sisi Allah Ta’ala. Umat Islam mestilah memiliki kesatuan dan jamaah untuk berkuasa merealisasikan matlamat Islam di alam ini dengan bentuk yang paling baik. Firman Allah Ta’ala yang bermaksud :
"Mereka yang menyampaikan risalah Allah, mereka takut kepadaNya dan tidak merasa takut kepada seorangpun yang lain dari Allah, dan cukuplah Allah sebagai Pembuat Perhitungan".(Surah Al-Ahzab: ayat: 39 )
Kesatuan adalah amat penting dalam Islam untuk mencapai matlamat sebenar. Pembentukan ummah, pendidikan bangsa, pencapaian cita-cita dan pendokongan prinsip amat diperlukan keseluruhan umat yang mana tidak dapat tidak mestilah mempunyai aspek-aspek yang penting, antaranya :
* Kekuatan jiwa yang besar yang dijelmakan di dalam keinginan yang kuat, dan tidak diresapi oleh sebarang kelemahan.
* Kesetiaan yang tetap berkekalan, tidak dijangkiti oleh sebarang warna atau tipudaya.
* Pengorbanan suci yang tidak dapat dihalang oleh sifat tamak dan bakhil.
* Mengetahui prinsip, beriman dengannya dan dapat menilai kedudukannya sehingga dapat mengawal dari sebarang kesalahan, penyelewengan atau tertipu oleh perkara lain.
(Majmu'ah Rasaail - Ke arah mana kita menyeru manusia: 45)

Sesungguhnya amalan Islam ini sentiasa berhajat kepada titik permulaan yang selamat, sekalipun jalannya panjang tetapi ia akan sentiasa berkembang subur. Asy-Syahid Iman Hassan Al-Banna telah memilih asas pembinaan yang bermula dari pembinaan individu, keluarga dan masyarakat muslim yang tidak syak lagi akan membuahkan sebuah negara Islamik. Di antara tanda permulaan yang baik ialah tidak mengalpakan pengambilan sepenuhnya terhadap sebab hakiki. Kemudian bertawakkal kepada pencipta sebab (Allah) pada setiap perkara, sebelum dan selepasnya. Firman Allah Ta’ala bermaksud :

"Maka apakah orang-orang yang mendirikan bangunannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keredhaanNya itu yang baik, atau orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersamanya ke dalam neraka Jahannam". (At-Taubah: 109)
Ahli Sufi mengatakan : "Jadikanlah amalanmu itu seperti garam dan adabmu seperti gandum"

Sahabatku mahasiswa dan mahasiswi yang diredhai Allah hendakNya,
Hidup bermasyarakat adalah antara faktor penting perkembangan dakwah islamiah. Perpecahan umat islam masa kini melemahkan dakwah islamiah akhir zaman yang mana adalah dari kesilapan kita sendiri yang tidak mengamalkan apa yang telah disyariatkan kepada kita. Islam mewajibkan ke atas kita bermuamalat sesama insan dalam kehidupan bermasyarakat untuk mendapat kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Maksud firman Allah Ta’ala :
"Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa, dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang bertakwa. Sungguh, Allah maha Mengetahui, maha Teliti ". (Al-Hujurat: 13)

Menurut Islam setiap manusia ada peranannya dan setiap peranan harus diberikan haknya, tanpa ada paksaan dan tanpa ada pertembungan mengikut asas-asas dan kaedah-kaedah seperti mengenal batas diri dan melakukan apa yang sepatutnya dilakukan, menghormati orang-orang tua ataupun orang yang berpengalaman, dan menerima apa jua kebenaran yang ada walaupun dari mana, selagimana tidak lari dari landasan Islam sebenar. Dengan ini dapatlah kita melakukan perubahan yang di anjurkan Islam selari dengan tuntutan ideologi kini yang telah banyak dikuasai oleh barat meresapi jiwa dan kehidupan seharian kita.
Ahli Falsafah Yunani Aristotle pernah menulis dalam karya terawalnya, Exhortation to Philosophy bahawa ‘mencari kebijaksanaan suatu kepuasan, semua orang berasa senang dengan falsafah dan ingin menghabiskan masa dengannya (falsafah) dan meninggalkan semua yang lain.’ Beliau mengajak manusia untuk menjalani kehidupan seperti mana yang kita sendiri mahu. Kita tidak boleh menjalani kehidupan atas kehendak orang lain. Kebahagiaan dalam sebuah kehidupan amat penting. Hal ini kerana dengan kehidupan yang bahagia akan mewujudkan jiwa yang tenteram. Hal inilah yang di maksudkan oleh Aristotle. Jika kita hidup mengikut kehendak orang lain nescaya hati kita dan jiwa kita akan memberontak mahukan kebebasan. Manusia yang tidak bebas dalam kehidupan akan mudah mengalami kemurungan. Manusia yang mengalami kemurungan akan sentiasa beranggapan dunia ini tidak menyeronokkan. Sedangkan dunia ini penuh dengan warna-warni keceriaan. Hal ini disebabkan manusia melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan keikhlasan diri sendiri dan tiada paksaan. Maka pekerjaan itu dilakukan dengan mudah dan perasaan yang mengembirakan. Pekerjaan yang susah juga akan menjadi senang. Namun, semuanya perlulah berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, kehidupan Rasulullah SAW dan kehidupan sahabat-sahabat baginda SAW. Seperti mana kaedah Fiqh yang bermaksud : “Matlamat tidak menghalalkan cara”.

Sahabatku mahasiswa dan mahasiswi yang dilindungi Allah sekalian,

Islam menekankan kebahagiaan dan kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat. Kita sering kali alpa dengan kehidupan kini yang tergelincir dari panduan Islam sebenar. Cuba kita muhasabah diri kita, adakah kehidupan seharian kita benar-benar berpandukan ajaran Islam sebenar? Selaku kepimpinan, saya fokuskan kepada kehidupan kita dalam kesatuan dan sosiologi (masyarakat) selaku kita mahasiswa dan mahasiswi yang menuntut di bumi yang penuh keberkatan ini. Bagaimana hubungan kita antara satu sama lain? Kita adalah golongan pendakwah yang menegakkan syiar Islam akhir zaman. Tapi sebenarnya kita sendiri tidak beramal dengan keindahan Islam sendiri. Saya berpegang dengan firman Allah Ta’ala yang bermaksud :

“Wahai orang-orang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada diantara kamu mengunjing sebahagian yang lain. Apakah ada diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah maha Penerima Taubat, maha Penyayang” (Al-Hujurat : 12)

Jelaslah tiga larangan Allah Ta’ala dalam ayat ini adalah untuk kita membina kehidupan bermasyarakat yang aman, bahagia, dan sejahtera. Kita dijadikan adalah sebagai khalifah di muka bumi ini, tidak dapat lari dari kepimpinan. Baik pada diri, keluarga, agama, dan masyarakat. Apabila kita mengaku kita seorang Islam, jadi kita tidak dapat lari dari perintah menyuruh kepada kemakrufan, dan mencegah kepada kemungkaran.
Ulama tasawuf juga mengatakan : " Janganlah kamu melihat kepada keaiban kecuali kamu meyakini ianya ada pada dirimu, keaiban itu jelas lagi nyata, akan tetapi ianya tersembunyi"

Saya selaku kepimpinan Dewan Mahasiswa/wi Mansurah 08/09 mengharapkan kehidupan yang bahagia, sejahtera, aman, dan harmoni antara kita. Konsep belajar dan mengajar antara satu sama lain adalah jati diri saya dalam kehidupan. Firman Allah Ta’ala yang bermaksud :
“Katakanlah, apakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran” (Az-Zumar : 9)
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Majah dan At-Tarmizi yg bermaksud : "Ketua sesuatu kaum ialah orang yg berkhidmat untuk kaum mereka"

Di kesempatan ini, saya memohon maaf di atas kekurangan diri saya sepanjang berada dalam kepimpinan kepada semua insan yang berasa disekeliling saya. Harapan saya agar kita terus mendapat kerahmatan, keredhaan, keberkatan, dan perlindungan dari Allah Ta’ala hingga akhirnya di dunia dan di akhirat demi menegakkan kehidupan Islam sebenar. Sama-samalah kita bersatu dalam kesatuan yang dasar dan perlaksanaannya berpandukan garis panduan Islam sebenar demi memartabatkan Islam dipersada dunia akhir zaman.
Ya Tuhan kami, hanya kepada Engkaulah kami bertawakal, dan kepada Engkaulah kami bertaubat dan kepada Engkaulah kami kembali, ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi orang-orang kafir, dan ampunilah kami ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkaulah maha Perkasa dan maha Bijaksana. (Al-Mumtahanah :4,5)


Sekian dari saya. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hamba yang fakir kepada Allah yang maha Kaya,


Abdul Hafiz bin Yusop
Ketua Unit Sambutan dan Rehlah,
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah 08/09.




1 comments
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger