Kenali beliau selaku Pengarah Baru Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah

Assalamualaikum w.b.t

DPJA, Mansurah, 19hb November 2007 - Setinggi-tinggi rasa syukur kami panjatkan kehadrat Allah s.w.t dan penghargaan khusus atas luangan masa kedatangan lawatan pertama buat Pengarah Baru Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) ke Mansurah pada 19hb November yang lepas di dalam Majlis yang penuh barakah sempena Ucapan Perdana Pengarah JPMK dan Taklimat Pameran Kerjaya. Kami DPMM di sini akan terus mengalu-alukan kedatangan pihak JPMK dalam menjalinkan hubungan ukhwah dua hala antara kami mahasiswa anak-anak malaysia yang menuntut di Universiti al-Azhar cawangan Mansurah.

Setibanya beliau di mansurah jam 6 malam, kehadirannya di sambut oleh Pengerusi DPMM Ust Abd Kadir Umar dan AJKT/AJKH serta mahasiswa mahasiswi di Mansurah. Seterusnya Majlis di mulai dengan ucapan alu-aluan dari Pengerusi DPMM, di susuli En. Amri wakil deligasi JPMK, dan di akhiri dengan Ucapan Perdana dari Pengarah Baru JPMK serta Taklimat Pameran Kerjaya.
Sehubungan itu, Rasa serba kekurangan andai kehadirannya tidak di kenali di kalangan Mahasiswa/wi Mansurah ibarat kata pujangga "tak kenal maka tak cinta". Di sini kami sertakan maklumat datadiri beliau untuk pengenalan semua ahli DPMM.





Nama : Prof. Madya Dr Jamil B. Hashim B. Mustafa.
Berasal : Kuala Kurau, Perak.
Latar Belakang Pengajian :
Sekolah Menengah Agama Izuddin, Ipoh, Perak.
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAP), Negeri Sembilan.
Ijazah Pertama (B.A) di Universiti Malaya - tahun 1990.
Ijazah Sarjana (M.A) di Fakulti Ilmu Wahyu, Jabatan Dakwah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Peringkat 'Aliah (P.H.D) Darul 'Ulum, Kaherah, Mesir-tahun 2000.
Lain-lain pengenalan yang di sebut dalam Ucaptamanya :
Kerjayanya Pernah Mengajar di UIAM dan yang terkini di taklifkan sebagai Pengarah Baru Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) bermula tahun 2007.



Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger