Info Terkini DPMM
print this page
Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan


Intro Colloquium (IQ 4&5)

sila klik untuk paparan yang lebih jelas

Assalamualaikum w.b.t

Salam perjuangan buat semua warga mahasiswa mahasiswi Mansurah sekalian, semoga diberi keberkatan yang berpanjangan dari Allah S.W.T. Di bawah anjuran Unit Dakwah DPMM dan Unit Pembangunan Insan PCM sesi 2007/2008 akan meneruskan Intro Colloquium 4&5 sepertimana berikut:

Tarikh : 5 & 6 JULAI 2008
Tempat : Dewan Persada Jazirah al-Ward (DPJA)

Pendaftaran : 7 pagi


Kepada semua mahasiswa dan mahasiswi baru, anda semua dijemput hadir pada hari tersebut bagi menjayakan program yang telah dirancang demi untuk kebaikan bersama. Semoga amalan baik yang kita lakukan di kira di sisi Allah Taala.

Sekian, terima kasih.
0 comments

Kelas Tafaqquh Fiddin



sila klik untuk paparan yang lebih jelas


Assalamualaikum w.b.t

Buat tatapan seluruh ahli DPM Mansurah yang dikasihi Allah S.W.T, sukacita dimaklumkan bahawa kelas tafaqquh fiddin yang telah diberhentikan sementara kerana memberi laluan kepada imtihan baru-baru ini akan dimulakan semula pada 29 JUN 2008 iaitu pada hari Ahad bertempat di Dewan Persada Jazirah al-Ward (DPJA). Berikut disediakan jadual sepanjang perjalanan kelas ini berlangsung. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Sama-samalah kita menghadirkan diri bagi mengisi masa luang di musim panas ini dengan perkara yang berfaedah.

Sekian, terima kasih.


" Julang Thaqafah, Bakti Dicurah "
0 comments

KINI MUNCUL....EMAS '08

Photobucket



Assalamualaikum w.b.t



Salam perjuangan buat semua ahli DPM Mansurah, semoga dalam lindungan rahmat-Nya. Setelah berhempas pulas memerah tenaga bagi menghadapi imtihan yang telah berlalu pergi meninggalkan kita, pihak kepimpinan DPMM mengajak anda merehatkan fikiran sambil menikmati keindahan ciptaan Allah Taala dengan menyertai Ekspedisi Matruh dan Siwa (EMAS '08) di bawah anjuran Unit Sambutan dan Rehlah (USR) pada 8,9, dan 10 Julai 2008 hanya dengan bayaran sebanyak LE215. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Ust Fakhrul Iman Muhammad Fuat - Ketua Unit Sambutan dan Rehlah
( 010-4608385 )
Ust Rashidi Wahab - Pengarah EMAS '08
( 010-0685547 )
Dr Ahmad Mu'az Kamalul Sahar - Wakil Pelajar Perubatan
( 011-3004864 )

Jangan lepaskan peluang. Hubungi mereka yang berkenaan dengan segera sebelum tarikh ditutup dan tawaran istimewa bagi pasangan yang telah berkahwin potongan sebanyak 5%.

Sekian, terima kasih.


" Julang thaqafah, Bakti dicurah "

0 comments

Pembatalan MoU ( Muadalah)


surat pembatalan MoU ( muadalah )

Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat President Universiti al-Azhar pada 3 Mei 2008 bersamaan 27 Rabiul Akhir 1429 jelas menerangkan maksudnya.Pembatalan ini berkuatkuasa mulai 22 April 2008 yang melibatkan semua Institusi Pendidikan di Malaysia yang berasakan MOU atau Mu’adalah Shahadah. Ini bermakna, semua pelajar melalui Institusi berkaitan tidak lagi diterima masuk ke Universiti al-Azhar pada tahun ini. Penjelasan ini terkandung di dalam surat yang dikeluarkan oleh TYT Dato' Zainal Abidin Abd Kadir, Duta Besar Malaysia Kaherah.

Menurut sumber daripada akhbar tempatan menyatakan bahawa antara punca utama kerajaan membatalkan memorandum persefahaman (MoU) antara institusi pengajian tinggi tempatan dengan universiti tersohor di Mesir iaitu Universiti Al-Azhar, adalah kerana ianya tidak laku dan kurang mendapat perhatian di bawah sektor pekerjaan selain dari kursus Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT).

Antara kolej yang turut terlibat secara langsung menghantar pelajarnya menyambung pengajian di Al-Azhar selepas belajar di dalam negara dua atau tiga tahun termasuklah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kedah, dan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di Kelantan.

Sekian.




0 comments
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger