Selamat Menghadapi Imtihan

imtihan dpm+mmc

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Pertama kalinya, marilah kita bersama-sama merafa'kan kesyukuran kepada Rabbul Jalil serta selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, sahabat-sahabat baginda, ahli keluarga baginda, dan para syuhada' yang mati di jalan Allah SWT serta seluruh Muslimin dan Muslimat.

Fiman Allah swt: Orang-orang yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya pertunjuk Allah itulah pertunjuk( yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.

Pada bulan Muharram ini, kita menyaksikkan keganasan Rejim Israel yang makin mengganas menentang ummat Islam di Palestin yang menyebabkan ramai umat Islam yang terkorban. Ratusan rakyat Palestin telah pun syahid dan beribu yang telah cedera. Barangkali kita tidak merasa apa-apa, oleh kerana tidak berlaku kepada ahli keluarga kita. Namun, apakah sumbangn kita yang perlu kita lakukan demi membentu saudara-saudara kita yang seagama yang berada jauh di Pelestin sana? Mungkin kita tidak mampu untuk pergi perang bersama, tetapi salah satu cara bagi menunjukkan kebencian kita terhadap Rejim Israel ini adalah dengan menyahut cabaran untuk memboikot barangan Israel.

Bersempena juga dengan tahun baru ini, saya selaku Pengerusi DPMM 2008/2009 ingin mengajak teman-teman yang dikasihi sekalian, agar kita memperbaharui niat kita dan memasang azam baru untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan beramal dengan ilmu yang kita perolehi lantas mencurahkan segala ilmu yang ada di dada kepada masyarakat yang memerlukan kita pada hari ini. Bagi menambah ilmu pengetahuan bukan sahaja semata-mata memenuhi kehadiran ke kuliah sahaja. Bahkan, perlu ditambah lagi dengan menghadiri program-program thaqafah, bertalaqqi, berdiskusi serta menghadiri usrah dan yang seumpama dengannya.

Konsep penguasaan ilmu ini perlu diperhebatkan supaya kita yang bergelar mahasiswa Al-Azhar dapat meluaskan ilmu dan pemikiran kita selari dengan arus kemodenan hari ini.Isu Azhari dan Azhariah yang lemah di sudut pengetahuan dan pendidikan masih ditimbulkan sehingga kini di mata sesetengah masyarakat pada hari ini. Oleh itu, muhasabah dari semasa ke semasa perlu dipertingkatkan bagi menghasilkan produk Al-Azhar yang berkualiti dan mampu memimpin masyarakat mencorakkan Islam dalam mentadbir masyarakat dengan sebaiknya. Sudah pasti ianya memerlukan ilmu dan amal (Praktikal) agar ianya seiringan.

Sepertimana Firman Allah SWT: Wahai orang2 yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa yang tidak kamu lakukan? Amat besar kebencian di sisi Allah-kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan. (Assof: 2-3)

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT sekalian,

Walaubagaimanapun, sedar ataupun tidak kita sudah semakin hampir dengan peperiksaan semester 1. Justeru, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Berimtihan kepada seluruh warga Mansurah samada mahasiswa Pengajian Islam mahupun di fakulti perubatan yang mana tidak lama lagi akan menempuhi medan peperiksaan pada pertengahan bulan Januari ini. Sebagai seorang muslim yang memahami tuntutan agamanya, kita perlu berusaha bagi mendapat sesuatu kehendak yang bertepatan dengan syara', dan selepas kita berusaha dengan bersungguh-sungguh, kita perlu berdoa pada Rabbul Jalil sebagai pencipta yang berkuasa menentukan segalanya kepada makhluk ciptaanNya. Dan akhirnya kita berserah kepadaNya dengan bertawakkal bersungguh-sungguh dan moga-moga impian yang diidamkan bagi menuju kejayaan dapat dikecapi dengan redhaNya.

Ikhwah dan Akhawat yang dikasihi sekalian,

Dalam menempuh bulan Hijrah ini, saya juga ingin mengajak sahabat-sahabat untuk sama-sama kita berhijrah dengan azam yang baru dari peringkat yang baik ke peringkat yang lebih baik. Perkara ini dituntut di dalam Islam dan dilakarkan melalui sejarah Baginda SAW di dalam satu peristiwa Hijrah. Ulama' telah berpendapat bagi makna hijrah menurut Islam. Dari sudut bahasa mungkin kita ketahui iaitu berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Namun bagi sesetengah ulama' mengatakan hijrah itu adalah perpindahan dari satu benda yang buruk ke benda yang baik. Perbahasan ini disepakati oleh setiap peringkat. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengajak sahabat-sahabat sekalian agar kita memperbaiki kelemahan diri kita yang sedia ada kepada kekuatan yang dapat memberi manfaat kepada keseluruhannya.

Di kesempatan ini juga, ingin saya mengingatkan kepada seluruh ahli DPMM yang dikasihi sekalian, agar kita sentiasa menjaga keselamatan diri, tempat tinggal dan barangan berharga sepanjang keberadaan kita di bumi Mansurah Mesir ini. Hal ini kerana, semenjak kebelakangan ini rata-rata kita mendengar pelbagai isu yang berkaitan dengan kes-kes kecurian dan sebagainya.

Buat akhirnya, saya selaku mewakili barisan Pimpinan DPMM sesi 2008/2009 mengucapkan "Bittaufiq wannajah" kepada seluruh ahli DPMM dan warga Mansurah. Diharapkan sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar seluruhnya berjaya pada tahun ini dengan berkatnya seperti Firman Allah: "Berdoalah kamu kepadaku nescaya akan ku perkenankan bagimu". (Ghaafir: 60)

Sekian.

Amin Taufiq Bin Mohd Rifain

Pengerusi,
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah,
Sesi 2008/2009.


JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger