Info Terkini DPMM
print this page
Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan


Risalah Dakwah


BIL: 58 / RABIUL AKHIR 1430H / APRIL 2009M / EDISI MANSURAH/ UNTUK AHLI / PERCUMA
Pejuang Islam dan penulisan

Mereka yang meminati buku tarbiah dan perbincangan permasalahan moden sudah pasti baginya tidak asing dengan tokoh ini. Setiap tulisan yang dihasilkan oleh beliau bukanlah sekadar tulisan biasa, ianya adalah tulisan yang lahir dari hati yang ikhlas kepada Allah, tulisan yang mempunyai nilai tarbiah yang sangat tinggi. Dr. Yusuf al Qardhawi menyatakan bahawa beliau adalah seorang ulama yang sangat dikagumi dari sudut perjuangan dan tulisannya, apa yang ditulis menggambarkan peribadinya yang sangat luhur dan murni.


Beliau adalah Dr. Abdullah Nasih Ulwan; dilahirkan pada tahun 1928 Masihi di Daerah Qadhi Askar yang terletak di Bandar Halb, Syria. Beliau dibesarkan di dalam keluarga yang berpegang teguh pada agama dan mementingkan akhlak Islam dalam pergaulan sesama manusia. Ayahnya, Syeikh Said Ulwan adalah seorang yang dikenali di kalangan masyarakat sebagai seorang ulama dan tabib yang disegani. Syeikh Said Ulwan sentiasa mendoakan semoga anak-anaknya lahir sebagai seorang ulama ‘murabbi’ yang dapat memandu masyarakat. Allah memperkenankan doa beliau dengan lahirnya Dr. Abdullah Nasih Ulwan sebagai ulama (murabbi’) pendidik rohani dan jasmani yang disegani di abad ini.


Pendidikan awal beliau di peringkat rendah (ibtidaei) di Bandar Halb. Setelah berusia 15 tahun, Syeikh Said Ulwan menghantar beliau ke Madrasah Agama untuk mempelajari ilmu agama dengan cara yang lebih luas. Ketika itu, beliau sudah menghafal al Quran dan sudah mampu menguasai ilmu bahasa Arab dengan baik. Semasa di madrasah, beliau menerima asuhan dari guru-guru mursyid. Beliau sangat mengkagumi Syeikh Raghib al Tabhakh, seorang ulama hadis di Bandar Halb. Semasa usia remaja beliau sudah terkesan dengan bacaan tulisan ulama-ulama sanjungan di waktu itu seperti Dr. Syeikh Mustafa al Sibaei.


Pada tahun 1949 Dr. Abdullah Nasih Ulwan memperolehi sijil menengah agama, kemudian memasuki Universiti Al Azhar pada tahun berikutnya serta memperolehi ijazah pertama dalam Fakulti Usuluddin pada tahun 1952. Beliau memperolehi takhassus pendidikan dan tarbiah pada tahun 1954. Semasa berada di Mesir beliau banyak menghadiri majlis perbincangan ulama-ulama dan mendekati gerakan Islam. Dr. Abdullah Nasih Ulwan memperolehi Ijazah Kedoktoran dari Universiti al Sand Pakistan pada tahun 1982 dengan tesis yang bertajuk “Feqh Dakwah wa Daeiah”.


Penglibatan sepenuh masa beliau sebagai pendakwah setelah mana pulang dari Al Azhar. Beliau telah dilantik sebagai guru sebuah Kolej di Bandar Halb. Beliaulah orang yang pertama memperkenalkan mata pelajaran Tarbiah Islamiah sebagai mata pelajaran asas dalam sukatan pembelajaran di Kolej berkenaan


Beliau adalah seorang yang sangat berani menyatakan kebenaran, tidak takut atau gentar kepada sesiapa pun dalam menyatakan kebenaran sekalipun kepada pemerintah. Dr. Abdullah Nasih Ulwan juga seorang yang sangat benci kepada perpecahan dan munculnya berbilang-bilang jamaah dalam negara Islam. Beliau menyeru kepada perpaduan dan kesatuan atas nama Islam untuk membina kekuatan umat Islam yang semakin pudar. Beliau berpendapat bahawa pepecahan umat Islam perlu dimuhasabah semula oleh setiap lapisan umat Islam. Apabila berbincang mengenai perpaduan dan kesatuan umat Islam, airmatanya pasti tumpah menandakan beliau adalah seorang yang sangat cintakan kesatuan umat Islam.


Dr. Abdullah Nasih Ulwan sangat gemar kepada penulisan, kertas dan pena sentiasa bersama walau di mana beliau berada. Walaupun sibuk dengan kuliah, nadwah dan syarahan, beliau tetap memperuntukan masa untuk penulisan. Beliau telah menghasilkan hampir lima puluh buah kitab yang membincangkan pelbagai tajuk.


Di antara kitab karangan beliau yang masyhur ialah : 1. Pendidikan anak-anak di dalam Islam (2 jilid). 2. Hukum zakat menurut empat mazhab. 3. Madrasah Duat. 4. Takaful Ijtimaei dalam Islam. 5. Insurans Menurut pandangan Islam. 6. Pemuda Islam dalam menghadapi serangan musuh. 7. Menolak keraguan yang didatangkan musuh.


Beliau juga banyak menulis kitab mengenai tarbiah Islamiah, kitabnya sangat menyentuh jiwa pembaca. Ini kerana tulisan yang terbit dari hati, insyaAllah akan jatuh ke hati, antaranya ialah :

1. Kepada Pewaris Anbiya'. 2. Thaqafah Daeiah. 3. Ruhaniah Daeiah. 4. Kisah Hidayah (2 jilid) 5. Sifat Jiwa dan Diri Daei.


Dr. Abdullah Nasih Ulwan meninggal dunia pada hari Sabtu jam 9.30 pagi 5hb Muharram 1408 Hijrah bersamaan 29hb Ogos 1987 Masihi di Hospital Universiti Malik Abdul Aziz di Jeddah, Saudi dalam usia 59 tahun. Jenazahnya di bawa ke Masjidil Haram untuk disembahyang dan dikebumikan di Makkah.


Walaupun beliau sudah pergi menemui Allah Taala tetapi dakwahnya tetap berterusan melalui buku dan kitab –kitab yang dihasilkan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan memberikan kekuatan kepada generasi yang memikul amanah dakwah Islamiah selepasnya. Amin.


RUJUKAN : “Muqaddimah Silsilah Madrasah Du’at (jilid 1) - internet


Dikeluarkan Oleh : Unit Dakwah & Pembangunan Insan Sesi 2008/2009



"JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH"

0 comments

MALAM GEMA MUNAJAT II

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

GEMA MUNAJAT


Sukacita dimaklumkan kepada semua ahli DPMM yang dikasihi sekalian, Unit Dakwah dan Pembangunan Insan DPMM akan menganjurkan MALAM GEMA MUNAJAT II [Qiyammuallail] yang diadakan khusus untuk ikhwah sahaja bersempena peperiksaan semester kedua yang bakal menjelma. Berikut adalah butiran program:-

Tarikh: 25 Rabi'ul Akhir 1430 H / 20 April 2009
Hari : Isnin
Masa: 9.30 malam
Tempat : Dewan Persada Jazirah Al-Ward, Utubis Jadid

Diharap kepada semua ikhwah yang berada di Perlembahan al-Ward ini, dapat bersama-sama menghadirkan diri untuk majlis ini.

Semoga dengan kehadiran anda mendapat keberkatan dan kerahmatan daripada Allah SWT.

JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH
0 comments

MAKLUMAN PENTING!!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

SENARAI NAMA MAHASISWA (PENGAJIAN ISLAM / PERUBATAN / QIRAAT) YANG MASIH BELUM MENYERAHKAN DOKUMEN (IQOMAH) KEPADA KERANI AMNU DAULAH


1- Hazween Soraya Binti Md Hassan

2- Hanizam Bin Muhammad

3- Muhammad Hamzan Bin Ruslan

4- Sarah Atikah Binti Sirajul Hadi

5- Natasya Nadiah Binti Ilyas

6- Siti Naqiah Binti Saari

7- Asadah Jaleelah Binti Abdullah

8- Shabrina Binti Saidin

9- Wan Mohd Talha Bin Wan Salahuldin

10- Hamduna Zaini Binti Hamzah

11- Andriyana Binti Mohd Ghazali

12- Mohd Fadli Haqim Bin Abd Mutalib

13- Nur Khairunnisa Binti Anwar

14- Ainul Syafiqah Binti Hasan

15- Azrah Binti Abd Aziz

16- Syed Imran Bin Syed Abd Hamid

17- Mohd Azif Hizri Bin Muhamed

18- Mohd Alif Junaidi Bin Abdullah

19- Dhyya Faiza Binti Norizan

20- Nur Hidayah Binti Umar Ali

21- Syarifah Sarah Binti Mukhtar

22- Nor Dalilah Binti Mohd Zin

23- Siti Raihan Binti Mohd Azan

24- Fatin Azura Binti Rizuan

25- Arham Bin Zakaria

26- Fathi Munzir Bin Nadzri

27- Ahmad Azhari Amirullah

28- Amir Ridzuan Bin Abd Manan

29- Aiman Bin Abd Latif

30- Mohd Arham Bin Md Ali

31- Mohd Zarif Bin Mohammad

32- Mohd Mudassir Bin Abd Rahim

33- Mohd Irfan Bin Mohammad

34- Ahmad Akashah Bin Mohd Ismail

35- Ahmad Sufyan Bin Mohd Ismail

36- Ahmad Muaz Mubarak

37- Nor Asyilah Binti Syaripuddin

38- Nor Fadhzlah Binti Abd Gulam

39- Nurul Hanis Binti Othman

40- Tengku Arifah Zarina Sakina Binti Tengku Mohd Arif

41- Syarfa Binti Che Abd Aziz

42- Ahmad Amiuddin Rahman

43- Muhammad Naufal

44- Mohd Jaafar Siddique

45- Mohd Zuhri Muhammad

46- Ahmad Fadzil Bin Abd Hamid

47- Nor Sabrina Binti Kassim

48- Nasrina Khaliqulzaman Binti Mohd Syarif

49- Ummu Sulaim Binti Haji Kamarul

50- Nur Maisarah Ahmad

51- Mohd Farhan Abd Basir

52- Nur Arina Binti Zaharuddin

53- Mohd Azureen Bin Azarae

54- Suhaina Binti Sharipuddin

55- Tuan Hanif Bin Tuan Syukri

56- Nor Dalila Binti Aznan

57- Aman Rizal Bin Ibrahim

58- Mohd Nor Atiq Saharuddin

59- Mohd Syafiq Bin Abd Kadir

60- Noorul Asyeila Binti Rosli

61- Ahmad Afiq Bin Rozain

62- Nur Tasnim Bin Md Rosli

63- Nur Hamizah Binti Mohamad

64- Rosal Azfar Akram Ahmad

65- Mohd Farhan Ayub

66- Hazwan Mat Ruslan

67- Zainol Arifin Mohamad Izzat

68- Mohd Atiq Mohamad Nasir

69- Siti Hajar Noor Diana Binti Mohd Hasyim

70- Mohd Aizat Mohd Nasir

71- Athirah Shaharim

72- Mohd Asyraf Ahmad Faudzi

73- Noor Haziqah Mohd Adidi

74- Md Hanif Nazruddin Md Zin

75- Ida Nadzura Dzulkefly

76- Nur Syazwani Mohd Nazri

77- Hannah Mohd Salleh Sahimi


*Notis :-


1) Nama-nama berikut hendaklah mengambil tindakan segera bagi menghadirkan diri ke pejabat Amnu Daulah.

2) Anda dikehendaki menghantar dokumen lengkap mengikut kumpulan masing-masing selewat-lewatnya 20 April 2009 !

3) Segala permasalahan dan rujukan sila hubungi Pengerusi DPMM di talian +20101489131

4) Keperhatinan anda memudahkan urusan sahabat-sahabat anda yang lain. Sekian.


Disediakan Oleh:

Pengerusi DPMM (Unit Perhubungan Luar & Pengerusi HEWI) DPMM sesi 2008/2009


"JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH"



0 comments

CARTA ORGANISASI PMRAM SESI 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Photobucket

PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR | PMRAM

KEPIMPINAN BADAN PENGURUS PMRAM SESI 2009

PRESIDEN
ABDUL MU'IZZ BIN MUHAMMAD

TIMBALAN PRESIDEN ( LAJNAH PERANCANG & PANITIA )
SHARIZAN BIN MOHD HAZIME

NAIB PRESIDEN I ( LAJNAH DAKWAH & PEMBANGUNAN INSAN )
MOHD AZRUL BIN ISMAIL

NAIB PRESIDEN II ( LAJNAH MUHAFAZAH )
NIK ROSDI BIN NIK JUSOH

NAIB PRESIDEN III ( LAJNAH KEBAJIKAN & KEMANUSIAAN )
MUHAMAD ZUHAILI BIN SAIMAN

SETIAUSAHA AGUNG
MOHD ADLAN BIN MOKHTARUDDIN

TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG
MUHAMMAD ABDUL MALIK BIN ABDUL KARIM

NAIB SETIAUSAHA AGUNG ( LAJNAH PENDAFTARAN )
AMALUDDIN BIN ARSHAD

BENDAHARI KEHORMAT
MEOR MUHAMMAD HAIRUL ANUAR BIN HAIRUDIN

BADAN PENDIDIKAN & KOMUNIKASI BAHASA
MOHD YAZID BIN PARDI

BADAN PENGETAHUAN & PENYELIDIKAN
MOHD FARKHAN BIN MD ZAIN

BADAN PENERANGAN & PENERBITAN
AHMAD TAUFIQ BIN MOHD DAHLAN

BADAN EKONOMI
MOHD AZLAN BIN ALIAS

BADAN SAMBUTAN & REHLAH
MUHAMMAD LABIB BIN ABD JALIL

BADAN KEBUDAYAAN KESENIAN & SUKAN
JAMAL NAJMUDDIN BIN SULAIMAN


KEPIMPINAN HEWI PMRAM SESI 2009

TIMBALAN PENGERUSI HEWI
SITI ANISAH BINTI AHMAD

NAIB PENGERUSI HEWI I ( UNIT PERANCANG & PANITIA )
NUR MAZNI BINTI AHMAD PAUZI

NAIB PENGERUSI HEWI II ( UNIT DAKWAH & PEMBANGUNAN INSAN )
NOR HIDAYAH BINTI CHE YUSOF

NAIB PENGERUSI HEWI III ( UNIT MUHAFAZAH )
SHAHIDATUL AKMA BINTI MOHD SYA'ARY

SETIAUSAHA HEWI
NOR HAFIZA BINTI ABDUL WAHAB

TIMBALAN SETIAUSAHA HEWI
NOR HIDAYAH BINTI ABDUL RAHMAN

NAIB SETIAUSAHA HEWI
SAMIHAH BINTI ABDULLAH

BENDAHARI HEWI
'IZZATI FARHANA BINTI MAHADZIR

UNIT KEBAJIKAN & KEMANUSIAAN
NORRAUDAH HANUM BINTI HJ SALIM

UNIT PENDIDIKAN & KOMUNIKASI BAHASA
SITI NORSANIYAH BINTI SHAPIIN

UNIT PENGETAHUAN & PENYELIDIKAN
HURRIYYAH BINTI ABDUL MOKTI

UNIT PENERANGAN & PENERBITAN
IBTISAM BINTI MOHAMAD

UNIT EKONOMI
SITI FATHIYAH BINTI MOHD RAZI

UNIT SAMBUTAN & REHLAH
FAUZIAH BINTI ABDUL RAHMAN

UNIT KEBUDAYAAN KESENIAN & KEMASYARAKATAN
SITI UMAIRAH BINTI SAMSUDIN


0 comments
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger