Salam Lebaran : Pengerusi DPMM

Segala puji bagi Allah tuhan pentadbir sekelian alam, selawat dan salam atas junjungan besar Rasulullah SAW. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih mengurniakan nikmat iman dan Islam serta masih lagi berpeluang untuk menyambut Aidilfitri setelah melalui puasa sebulan pada Ramadhan yang penuh berkat.

Sempena bulan Syawal ini, kami barisan Ahli Jawatankuasa Tadbir dan HEWI Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sesi 2010/2011 mewakili seluruh rakyat Malaysia yang berada di bumi Mansurah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh barisan kepimpinan Badan Pengurus dan Hewi PMRAM Pusat sesi 2010 secara khususnya dan kepada seluruh Dewan Perwakilan Mahasiswa dan Badan Kebajikan Anak-Anak Negeri yang bernaung di bawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) secara umumnya.

Kami mengharapkan dengan kedatangan Syawal yang mulia ini menerbitkan rasa kehambaaan kepada Allah Taala seterusnya menguatkan keazaman dan usaha kita untuk terus bersatu padu di bawah panji-panji Islam yang dibawa oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) seterusnya mencapai sasaran dan matlamat PMRAM sesi 2010 melalui temanya “Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah”.

Selain itu, kami juga menyeru kepada semua mahasiswa Islam yang berada di Pelembahan Nil ini agar dapat menguatkan jatidiri sebagai seorang muslim serta berani untuk menghadapi segala bentuk cabaran dan rintangan demi mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat.

Akhirnya, kami berharap dan berdoa agar hubungan antara PMRAM Pusat dengan seluruh Dewan Perwakilan Mahasiswa dan Badan Kebajikan Anak-Anak Negeri akan terus berkekalan dan dipertingkatkan demi agama Islam yang kita cintai ini.

sekian.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

"Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah"




Yang benar,

MOHD ZAHIMIE BIN MOHD DZAHID
Pengerusi,
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah
Sesi 2010/2011
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger