Pasukan AJKT DPM Mansurah yang diberi gelaran

As Sahra' juga disertai dua orang Badan Pengurus PMRAM iaitu Ustaz Mohd Solehuddin B Mohd Safien dan Ustaz Muhammad Al Hidayat B Khalid . Pasukan As Sahra' memberikan tentangan yang sengit kepada beberapa pasukan lawan dengan memperolehi satu kemenangan , satu seri dengan BKAN Perak dan satu kekalahan. Pasukan yang mencuri perhatian ialah Pasukan Mutazawwjin dengan gerakan kemas penyerang berbisa iaitu Ustaz Tuan Azman dan Ustaz Saiful Islam menggoyah beberapa pertahanan dari pihak lawan. Walaubagaimanapun dua pasukan taakhi DPM Mansurah berjaya keperingkat suku akhir perlawanan.
Program bermula pada jam 6 petang dan berakhir pada jam 11 malam.Disebabkan kesuntukan masa ,perlawanan peringkat separuh akhir dan perlawanan akhir terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti.Pasukan Senior Mukmin muncul sebagai juara Liga F.A Mansurah mengalahkan pasukan Rogul Gadid di tempat kedua.Manakala saudara Azam pula dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan.Program diakhiri dengan penyampaian hadiah yang disampaikan oleh Badan Pengurus PMRAM Ustaz Mohd Solehuddin B Mohd Safien dan Ustaz Muhammad Al Hidayat B Khalid.
Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah
Disediakan Oleh
Mohd Shahmie B Moh Fuzi
Setiausaha
Liga FA Mansurah


