LAPORAN ROAD SHOW GEMPUR SYAKHSIAH


MANSURAH 20 OKTOBER – Majlis Road Show Gempur Syakhsiah telah diadakan di Dewan Persada Jazirah Al-Ward. Majlis tersebut adalah di bawah anjuran Lajnah Dakwah & Pembangunan Insan PMRAM 2010 dengan kerjasama Unit Dakwah & Pembangunan Insan DPM Mansurah sesi 2010/2011. Majlis ini melibatkan tiga unit iaitu unit hisbah, unit bait muslim dan unit biah solehah. Kehadiran ahli yang hadir ikhwah dan akhawat sekitar 37 orang.

Majlis bermula sekitar jam 10.30 pagi dengan dipengerusikan oleh Ustaz Muhammad Hafiz bin Ahmad Rafii. Majlis diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Mohd Syiekh Razi bin Daud . Ucapan aluan-aluan diwakili oleh Timbalan Pengerusi DPMM sesi 2010/2011 Saudara Doktor Muhammad Izzat bin Abdul Hadi. Antara penekanan yang disebut oleh beliau ialah Biah Solehah. Kesemua-semua item Biah Solehah iaitu memperkasakan solat jemaah, cegah penyalahgunaan media elektronik, cegah ikhtilat tidak syari’e, tautan ukhuwwah, serta pembentukkan fikrah & syakhsiah perlu diambil cakna sebagai panduan agar dapat membentuk akhlak yang bersyakhsiah. Ucapan seterusnya ialah Pengarah Road Show Biah Solehah iaitu Ustaz Ahmad Norahman bin Mohd Nor. Beliau juga menekankan objektif dan fokus utama Biah Solehah kepada ahli yang hadir.

Majlis diteruskan dengan taa’ruf AJK Unit Biah Solehah Pusat, Unit Bait Muslim Pusat dan Unit Hisbah Pusat melalui tayangan Slide. Slot diteruskan dengan agenda Talk Show sekitar jam 11.30 pagi. Slot ini diwakili oleh 3 orang ahli panel utama iaitu Ustaz Al-Hashir bin Mohamad Rabeh (Pengarah UBS Pusat), Ustaz Mohd Nasir bin Hassan (Mantan Pengarah Unit Bait Muslim DPMM sesi 2009/2010) dan Ustazah Noorain binti Harun (Timbalan Setiausaha Hisbah Pusat). Slot ini dikelolai oleh 2 orang moderator iaitu Ustaz Abdul Muiz bin Azhar dan (Wakil AJK Hisbah Pusat) Ustazah Zhuliana binti Ambok Dalek (Wakil UBS Pusat). Persoalan-persoalan ditujukan kepada ahli panel dan pelbagai pandangan serta penerangan diberikan oleh kesemua ahli panel tersebut kepada ahli yang hadir.

Memandangkan masa tidak mengizinkan, slot sesi soal jawab, muhasabah dan cadangan tidak dapat dilaksanakan. Majlis tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderahati sebagai tanda kenang-kenganan kepada kesemua ahli panel dan DPM Mansurah. Majlis berakhir sekitar jam 12.45 tengahari.

Terima kasih diucapkan kepada seluruh ahli DPMM yang sudi hadir ke majlis tersebut. Semoga kita semua dapat menjayakan dan merealisasikan Usul MAT ke-18 iaitu “Memperkasakan Jentera Biah Solehah Dan Hisbah.” Semoga kita semua perolehi manfaat dan kebaikan daripada agenda penyampaian risalah islam ini. Wallahua’lam.

“KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH”

Disediakan oleh :

Mohd Alif Junaidi Bin Haji Abdullah

Masu’l Biah Solehah

PMRAM Cawangan Mansurah

sesi 2010/2011

Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger