Gegar IQ (GIQ)

Mansurah, 27 NOVEMBER - Unit Pengetahuan dan Pendidikan DPMM sesi 2010/2011 telah menganjurkan satu program motivasi kecemerlangan siri kedua GEGAR IQ (GIQ) dengan bertemakan “The Way To Your Destiny Begins With The Step You Take Today”.Bertempat di Dewan Persada Jazirah Al-Ward,Utubis Jadid bermula seawal jam 11.00 pagi.

Program ini merupakan kesinambungan dari program motivasi siri pertama.Program kali ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Saudara Muhammad Izzat b.Abdul Hadi.Sedikit dukacita disaat akhir apabila Saudara Hairul Nizam b. Mat Hussain yang dijemput untuk mengisi slot tidak dapat menghadirkan diri diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.Inilah yang dikatakan manusia hanya mampu merancang tetapi hanya Allah yang menentukan.

Alhamdulillah Allah memudahkan segala urusan.Program akhirnya dapat diteruskan dengan digantikan oleh Saudara Muhammad Hanif bin Jamaluddin, Mantan Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Zaqaziq.Motivasi yang disampaikan selama 1 jam telah membakar semangat ahli dewan yang hadir.Ahli dewan mengharapkan program seumpama ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa agar sentiasa dapat menaikan semangat menghadapi imtihan kepada setiap individu.

Seusainya slot motivasi, tayangan video berkenaan imtihan dari Unit Pengisian Program Motivasi (GIQ) ditayangkan.Tayangan video ini bertujuan untuk memberi kesedaran bahawa setiap individu yang inginkan kejayaan perlu menjaga hubungan dengan Allah dan manusia.

Program diakhiri dengan ucapan penutup oleh Saudara Muhd Fadzli b. Sa’doon selaku Ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan DPMM sesi 2010/2011 merangkap Penasihat Program Motivasi (GIQ).Dalam ucapannya beliau mengharapkan agar semua ahli akan terus bersemangat dan memperbaiki kelemahan dari semasa ke semasa.Beliau juga menekankan supaya ahli dapat mendisiplinkan diri dan mewajibkan diri untuk hadir ke kuliah.Program berakhir jam 3.30petang dan disediakan sedikit jamuan ringan.Semua yang hadir memberikan komitmen serta tumpuan yang baik.Alhamdulillah, program ini dapat dijalankan dengan jayanya berserta dengan kehadiran ahli yang menggalakkan.

Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah

Disediakan oleh,

(AINUN JARIAH BINTI PAUJAH@ISMAIL)
Setiausaha,
GEGAR IQ (GIQ)
DPMM 10/11
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger