Muzakarah Berkelompok Akan Terus Mantap Selepas Revolusi?

Assalamualaikum W.B.T.H

Berikut adalah kempen JOM MUZAKARAH BERKELOMPOK kepada semua ahli PMRAM cawangan Mansurah agar sama-sama kita menyertai dan memberi komitmen yang terbaik agar ianya berjalan lancar.

Fesi yang dilantik di bawah JABATAN MUZAKARAH BERKELOMPOK telah senantiasa memainkan peranan bersungguh-sungguh bagi melihat keberjayaan MUZAKARAH BERKELOMPOK pada sesi ini.

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal soleh, sambil berkata : 'Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam ( yang berserah bulat-bulat kepada Allah)'. [Fussilat :33]


Tidak cukup sekadar itu, kedua-dua pihak perlulah sentiasa mengambil tanggunjawab bersama. Anggota Muzakarah Berkelompok boleh menghubungi fesi berdasarkan kumpulan masing-masing.

Di sini, pihak Jabatan Muzakarah Berkelompok sertakan nama-nama fesi sekiranya mungkin mereka terlepas pandang untuk menjemput anggota muzakarah berkelompok masing-masing atau berlaku penukaran talian selepas pulang dari Malaysia.

IKHWAH SAHAJA

  • Kumpulan Ibnu Ato'illah As-sakandari : Ustaz Mohd Zuhdi Bin Yahya 0119773656
  • Kumpulan Syeikh Jadul Haq : Ustaz Mohd Yasir Mohd Razi 0107924143
  • Kumpulan Syeikh Soleh Jaa'fari :Ustaz Mohd Izzat Hilmi Din 0112749786
  • Kumpulan Imam Busoiri : Muhammad Aliffudin Ramlee 0143369236
  • Kumpulan Syeikh Ibnu Hajar Al-Asqolani : Ustaz Alif Junaidi Abdullah 0118219296
  • Kumpulan Al-Iman Waqi' : Ustaz Mohd Asri Zulkiflie 0192038918
  • Kumpulan Syikh Fathi Yakan : Dr Muhammad Izzat Abdul Hadi 0112583679
  • Kumpulan Al Imam As-Syafie : Ustaz Mohd Daud Hassan 0111092338
  • Kumpulan As-Syeikh Mutawalli Sya'rawi : Ustaz Mohd Adham Hodari 0103815877
  • Kumpulan Syeikh Muhammad Abduh : Ustaz Fadhil Hasaddin 0117325319
  • Kumpulan Syeikh Syed Qutub : Ustaz Ahmad Kamil Mualla TUKAR KEPADA Ustaz Tuan Mohd Azman Tuan Mat

Jika diperhatikan pula hasrat memantapkan Muzakarah Berkelompok oleh kepimpinan PMRAM Cawangan Mansurah amat tinggi. Usul hasil perbincangan ahli dalam mesyuarat agung mendapat sepakat bersama bahawa :

Memegakan Muzakarah Berkelompok diseluruh peringkat ahli dan mewajibkan penglibatan semua pihak

Sabda Rasulullah s.a.w :

" Tiadalah balasan bagi suatu kaum yang duduk untuk mengingati Allah melainkan dikelilingi majlis mereka itu oleh malaikat , diliputi ke atas mereka dengan rahmat, diturunkan ketenangan dalam diri mereka dan disebut-sebut oleh Allah Ta'ala di kalangan mereka yang disisi-Nya".(Riwayat Muslim)
Jesteru itu, semua peringkat perlu memainkan peranan yang sebaiknya dalam menjayakan usul ini.

Abdul kadir Bin Umar
Pengarah Muzakarah Berkelompok DPMM sesi 2010/2011.








Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger