Program bermula sekitar 8.50pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Majlis dirasmikan oleh Pemangku Pengerusi DPMM Sesi 2010/2011 Saudara Muhammad Izzat bin Abdul Hadi. Antara intipati ucapan perasmian tersebut, beliau mengingatkan kepada wahasiswa dan mahasisiwi supaya bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu agar dapat meraih serta merangkul kecemerlangan dalam aspek akademik dan syakhsiah. Beliau juga mengingatkan ahli untuk sama-sama menjaya kan dua usul Muktamar PMRAM ke-78 yang telah disepakati iaitu mempertahankan BKAN Melaka dan Kelangsungan Pelajar Malaysia yang menuntut di Al-Azhar .
Majlis diteruskan lagi dengan Forum Teknik Belajar dan Menjawab Soalan.Dalam slot tersebut,ia dijayakan dengan menampilkan 3 ahli panel dari setiap fakulti iaitu Saudara Saiful Bahry Bin Dolah Sajat mewakili Fakulti Bahasa Arab,Saudara Izharuddin Bin Abdul Halim mewakili Fakulti Usuluddin dan untuk Fakulti Syariah Islamiah telah diwakili oleh Saudari Nabilah Binti Mohamad Noh. Pelbagai input menarik yang dikongsi oleh ahli panel dan diselangi sesi soal jawab yang menggamatkan lagi suasana forum.
GIQ 2 diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM Saudari Nurain binti Yaacob dan Ketua Unit Pengetahuan dan Penyelidikan HEWI PMRAM Saudari Intan Soraya binti Hashim merangkap HEWI angkat Mansurah.
Majlis diteruskan seusai selepas solat zohor dengan Slot Penyampaian Hadiah kepada 25 orang mahasiswa dan mahasiswi cemerlang yang mewakili setiap fakulti iaitu Pengajian Islam, Qiraat dan Perubatan dan cenderahati penghargaan kepada 41 guru-guru Unit Kelas Bimbingan Akademik (UKBA).Majlis diserikan lagi dengan pengumuman Anugerah Ikon mahasiswa dan mahasiswi Mansurah yang telah berjaya dinilai daripada aspek akademik,syakhsiah dan komitmen terhadap persatuan. Pemenang anugerah Ikon Mahasiswa Cemerlang telah disandang oleh Saudara Mohd Yasir bin Mohd Razi dan Ikon Mahasiswi Cemerlang pula disandang oleh Saudari Nurain binti Yaacob. Majlis diteruskan lagi dengan Penerangan Kesihatan dari Mansoura Medical Academy oleh Saudara Mohd Firdaus bin Mohd Yusof yang menekankan tajuk Diabetes .Penerangan berkisar mengenai pengenalan penyakit , faktor-faktor diabetes dan cara-cara mencegah diabetes.
Majlis berakhir dengan Slot Pemeriksaan Kesihatan (Medical Check-up) oleh mahasiswa dan mahasiswi daripada Perubatan cawangan Mansurah (PCM).
Semoga program ini dapat memberi banyak manfaat kepada semua yang terlibat agar sentiasa dalam keadaan bermotivasi untuk meraih kecemerlangan di dunia dan akhirat.
Disediakan Oleh:
Syazwana bt Ismail,
Setiausaha program,
Motivasi Kecemerlangan Gegar IQ II,
PMRAM cawangan Mansurah Sesi 2010/2011.