Jaulah Maqam Auliya’ (JEJAK AULIYA’ ‘11)

Tarikh: 18 Jamadil Akhir 1432 bersamaan 21 Mei 2011
Tempat : Maqam Sekitar Kaherah (Darrasah,Bab As-Sya'riah,Basatin,Jabal Muqottam)
Penyertaan: 74 orang

Bertemakan “ Menjejaki Auliya’ Memugar Keinsafan Diri ”, Unit Sambutan & Rehlah dengan kerjasama Jabatan Muzakarah Berkelompok sesi 10/11 telah menganjurkan program Jaulah Maqam Auliya’ (JEJAK AULIYA’ ‘11) di sekitar Kaherah.Antara objektif yang telah digariskan untuk jaulah pada kali ini adalah menghayati dan mentadabbur ciptaan Al-Khaliq, menyemarakkan jiwa cinta kepada Al-Khaliq dengan keimann yang utuh dan memantapkan semangat ukhuwwah dan kesatuan dalam kalangan ahli.

Sesi Pendaftaran bermula pada jam 5.30 pagi dan peserta mula memenuhi Dewan Persada Jazirah Al-Ward untuk sesi pendaftaran.Selepas itu pembahagian kumpulan mengikut fasilitator masing-masing disampaikan oleh Setiausaha Pengisian dan taklimat disiplin yang disampaikan oleh AJK Disiplin.Seramai 6 orang fasilitator dan 7 orang mushrif terlibat dalam jaulah pada kali ini dan juga 4 orang mushrif, ta’akhi dari Keluarga Pelajar Islam Perak Mesir yang diketuai oleh saudara Muhammad Mujahid b. Ir Muhamad Fadzil.

Ekspedisi menjejaki auliya’ kian terasa dengan kehadiran seramai 74 orang peserta. Satu jumlah yang cukup besar yang mana ianya mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar qiraat, kuliah serta pelajar perubatan.
Perjalanan dari Mansurah bermula pada jam 6:55 pagi.Sebanyak 6 buah tramco mula bergerak meninggalkan Mansurah menuju ke Kaherah yang memakan masa 3 jam. Sepanjang perjalanan masa yang ada tidak dibuang begitu sahaja malah diisi dengan slot taaruf,sesi tazkirah berantai dan kuiz.

Tepat jam 10.40 pagi, tiba di maqam Syeikh Soleh Ja’fari iaitu maqam pertama yang diziarahi para peserta. Sepanjang jaulah maqam ini, slot penerangan disampaikan oleh saudara Muhammad Mujahid B. IrMuhamad Fadzil .Di samping menceritakan kelebihan-kelebihan Syeikh Soleh Ja’fari,
beliau mengingatkan peserta tentang adab- adab menziarahi maqam auliya’ . Sejurus selepas itu, bertolak ke maqam Syeikh Ibnu Hisyam yang terletak di Bab As-Sya’riah yang mana bertentangan dengan Masjid Syiah.
Destinasi seterusnya ke kubu Salahuddin al-Ayubi dan Masjid Hassan juga dikenali dengan Masjid 4 Mazhab serta Masjid Rifaie. Ketiga-tiga tempat ini dilihat dari luar sahaja kerana kesuntukan masa. Walaupun begitu para peserta tetap bersyukur, mungkin rezeki di lain waktu untuk m
emasukinya.Kemudian ke maqam Saiyidah Nafisah iaitu salah seorang ahlul bait Rasulullah .S.A.W, yang mana beliau hidup sezaman dengan Imam Syafie.

Seusai selepas solat jama’ zohor asar dan makan tengahari di Masjid ‘Amru Al-Asr.Sesi jaulah diteruskan dengan pengisian dalam masjid tersebut dengan menerangkan serba sedikit sejarah binaan masjid itu yang mana merupakan masjid tertua di Mesir.

Sebelum ke destinasi terakhir kami ke sempat ziarah ke maqam maqam Ibnu Hajar Al-Asqolani yang mana beliau antara pengarang kitab Fathu Bari.Destinasi terakhir adalah ke maqam sekitar Jabal Muqottam iaitu ialah makam Imam Ibnu A’toillah as-Sakandari, Wali Soghir (Syeikh Ashraf), Ibnu Daqiq, tempat khulwah Sayyidah Nafisah, makam Abi Jamrah dan banyak lagi di sekitar Jabal Muqattam. Memandangkan kesemua tempat ini berhampiran satu sama lain dan merupakan destinasi maqam-maqam yang terakhir maka diambil masa yang agak lama untuk diziarahi.
Pada jam 4:45 petang satu sesi penyampaian hadiah kepada peserta terbaik dan beberapa anugerah lain disampaikan oleh Pengarah program saudari Wan Liza Mohd Rethuan. Peserta terbaik disandang oleh Saudari Jannatulmakwa bt Khalid. Serta pemenang bagi kuiz tempat pertama saudari Nurasilah binti Hashim, kedua saudari Isliawati binti Ismail, ketiga saudari Nur Mahfuzah binti Ahmad Roslan.

Sejurus selepas itu taklimat ringkas oleh Eksekutif Disiplin untuk pembahagian pulang mengikut tramco yang disediakan. Tepat jam 5.25 petang bertolak menuju ke Mansurah. Lebih kurang 8.55 malam tiba di Mansurah.

Jelas tergambar di wajah para peserta kegembiraan, keletihan setelah seharian menjejaki maqam para auliya’ di Kaherah. Walaupun ada terdapat maqam yang terpaksa dihazafkan akibat kesuntukan waktu, akan tetapi semua itu tidak menjadi halangan untuk tidak menyertai
jaulah akan datang.

Diharapkan melalui program jaulah ini dapat memberi anjakan paradigma kepada semua peserta untuk lebih mengenali siapa kita sebagai hamba Allah serta sentiasa memuhasabahkan diri menjadi lebih baik. Moga –moga semangat untuk terus menuntut ilmu Allah itu makin berkobar-kobar dalam diri setiap peserta dalam mendepani kehidupan mendatang.


Disediakan Oleh:
Khairul Najwa Bt Hj. Md Raba’ai,
Setiausaha JEJAK AULIYA’ ’11.

Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger