Assalamu'alaikum W.B.T
Tarikh : 09 Ramadhan 1432 H bersamaan 09 Ogos 2011
Hari : Selasa
Masa : 7:00 pagi - 4:44 petang
Tempat : Dewan Persada Jazirah al-Ward, Utubis Jadid
Kehadiran : 89 orang
Dif Jemputan : Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM, Naib Pengerusi HEWI III (Ketua Unit Muhafazah HEWI PMRAM) dan Ketua Unit Pengetahuan dan Penyelidikan HEWI PMRAM
Alhamdulillah segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta'ala atas izin dan inayahNya, Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) HEWI PMRAM Cawangan Mansurah bagi sesi kepimpinan 201/2011 dapat dilaksanakan dengan jayanya dan berjalan lancar. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga dan sekalung penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan MAT HEWI pada kali ini. Walaupun berlangsung di dalam bulan Ramadhan yang mulia dan memerlukan mujahadah yang tinggi, namun ia bukanlah suatu yang menjadi penghalang bagi mahasiswi untuk menghadirkan diri bagi melontarkan persoalan, memberikan komentar, cadangan, dan idea bagi memperbaiki kelemahan yang ada.
Majlis perasmian dimulai dengan ucapan pembukaan oleh pengerusi umum (Saudari Siti Norafidah binti Ghulam Rasul), diikuti alunan ayat-ayat suci al-Quran oleh Saudari Nurul Ain Asmah binti Wahit. Seterusnya ucapan Timbalan Pengarah II MAT (Saudari Wan Liza binti Mohd Rethuan), ucapan Naib Pengerusi I HEWI (Saudari Noor Zailin binti Maat) dan seterusnya ucapan Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM 2011, Saudari Nurain binti Yaacob.
Majlis ini dirasmikan oleh Pemangku Pengerusi PMRAM Cawangan Mansurah iaitu Saudara Muhammad Izzat bin Abdul Hadi.Dalam ucapannya, beliau ada mengatakan bahawa kewujudan DPMM selama 19 tahun ini merupakan usia muda yang memerlukan sokongan daripada ahli untuk mengerakkan DPMM mengikut posisi masing-masing dan menjadikan MAT sebagai medan terbaik untuk berbincang dan melontarkan idea yang bernas demi memastikan kelangsungan PMRAM dan DPMM pada masa akan datang.Beliau juga ada menyebut tentang usaha PMRAM untuk dana syaqah iaitu Saham Waqaf PMRAM.
Seusai ucapan perasmian, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada perasmi dan ditangguhkan pada jam 9.09 pagi dan berhenti rehat selama 15 minit.Pada jam 9.27 pagi, perarakan masuk barisan AJKH ke dalam dewan bagi memulakan sesi pertama Mesyuarat Agung Tahunan HEWI. Mesyuarat yang dikendalikan sepenuhnya oleh Naib Pengerusi I HEWI, dimulai dengan pembentangan etika persidangan mesyuarat agung oleh Setiausaha HEWI dan perlantikan 4 orang setiausaha sidang dan 2 orang pengira undi. Seterusnya pembentangan minit mesyuarat dan pengesahan aktiviti tahunan unit-unit HEWI, bermula dengan Unit Pendidikan HEWI sehingga Unit Dakwah dan Pembangunan Insan HEWI. Pelbagai persoalan dan penjelasan diajukan kepada unit-unit yang terlibat.Sesi pembentangan laporan gerak kerja diselangi dengan cabutan nombor bertuah daripada AJKH kepada mahasiswi yang hadir.Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.06 tengahari bagi memberi laluan kepada solat Zuhur.Selepas perarakan keluar AJK HEWI dari dewan, perwakilan dihidangkan dengan tayangan video.
Mesyuarat disambung kembali pada jam 12.50 tengahari. Pengerusi mesyuarat membuka persoalan dan pertanyaan bagi Bendahari HEWI sehingga Naib Pengerusi 1 HEWI. Setiap yang hadir memberikan respon yang baik dan memberangsangkan. Pembentangan laporan aktiviti semua unit HEWI berakhir pada jam 2.12 petang. Persidangan direhatkan sebentar dengan alunan qasidah.
Seterusnya mesyuarat diteruskan dengan agenda pembentangan laporan kewangan HEWI sepanjang sesi ini untuk disahkan. Alhamdulillah,pengesahan laporan kewangan tidak mengambil masa yang lama untuk disahkan.Dan persidangan diteruskan dengan sesi soal jawab mengenai laporan kewangan.
Agenda akhir yang dinanti-nantikan oleh ahli mesyuarat iaitu sesi muhasabah dan cadangan bagi memperbaiki kekurangan serta memastikan kelicinan dan kelancaran untuk kepimpinan sesi akan datang. Pihak kepimpinan menerima semua muhasabah dan cadangan yang dilontarkan dengan hati terbuka dan berusaha mengatasi segala kekekurangan yang timbul, insyaAllah. Kepada semua yang memberikan respon diucapkan ribuan terima kasih. Agenda ini berakhir pada jam 3:28 petang.
Sebelum mesyuarat melabuhkan tirainya, semua Ahli Jawatankuasa HEWI diberi kesempatan dan ruang waktu untuk memberikan ucapan terakhir, diikuti ucapan penutup oleh ketiga-tiga wakil HEWI PMRAM yang turun bersama dalam menjayakan MAT HEWI pada kali ini. Semoga ukhuwah yang terjalin berterusan hingga kita bertemu di akhirat kelak, amin.
Agenda terakhir penutup tirai Mesyuarat Agung Tahunan HEWI pada kali ini ialah penyampaian sijil penghargaan kepada semua wakil unit-unit khas dan ajk dibawah unit DPMM yang melibatkan siswi dan disampaikan oleh Naib Pengerusi I HEWI . Unit-unit Khas yang terlibat ialah Unit Bait Muslim, Unit Hisbah, Mansoura Multimedia Centre, HEMAT, AKAR dan SKEMA, Info Mansurah, Jabatan Muzakarah Berkelompok dan Nadi Ukkaz. Mesyuarat dapat ditamatkan pada jam 5.30 petang.
Alhamdulillah, dengan berakhirnya mesyuarat Agung Tahunan HEWI ini, maka berakhirlah kepimpinan HEWI untuk sesi 2010/2011. Pihak kami memohon ribuan kemaafan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang memberikan sumbangan idea, tenaga dan wang. Semoga Allah mengganjari kalian.
Harapan kepada semua ahli DPMM supaya kita tetap bersatu hati menjaga kesatuan dan memberikan kepercayaan kepada barisan kepimpinan yang akan datang. Semoga bertemu semula pada MAT DPMM akan datang.
" KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH "
Disediakan oleh,
Nur Adyana binti Mohamed
Setiausaha Utama
Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 19
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sesi 2010/2011