Teruskan Perjuangan Di Malaysia - Presiden PMRAM


KAHERAH, 4 Nov - Majlis Apresiasi Kecemerlangan anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah selesai berlangsung dengan gemilangnya pada 2 November yang lalu di Dewan Andalus, Al-Azhar Conferece Center.


Majlis
tersebut yang dihadiri lebih 300 penyertaan dari seluruh negeri bahkan termasuk juga Brunei, Indonesia dan Singapura bermula seawal jam 9.30 pagi dengan nyanyian nasyid Al-Asma Al-Husna, lagu Negaraku dan lagu PMRAM.

Turut
hadir di Majlis Apresiasi Kecemerlangan ialah Pegawai Anak-Anak Negeri Selangor, Encik Faryzan Subhi dan Pegawai Anak-Anak Negeri Kelantan, Encik Nik Hamdi Ghani serta Presiden-presiden persatuan mahasiswa negara ASEAN antaranya Indonesia, Brunei, Singapura dan Kemboja.

Presiden
PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili ketika menyampaikan ucapan pembukaan di majlis perasmian menekankan bahawa Majlis Apresiasi Kecemerlangan yang diadakan bagi meraikan khususnya graduan bukanlah sebagai titik penamat bagi mereka dalam perjuangan bahkan ia merupakan titik permulaan bagi perjuangan di Malaysia kelak dalam menyampaikan dakwah Islam.

"PMRAM berjaya membuktikan bahawa saban tahun kita mampu menghantar graduan-graduan yang cemerlang ke Malaysia sebagai tenaga penggerak dakwah Islam selepas mereka menuntut ilmu serta ditarbiyah di sini. Ia bertepatan dengan subtajuk 'Ke Arah Melahirkan Aktivis' yang selama ini kita tekankan," ujar beliau dalam ucapan pembukaan.

Beliau
turut menekankan sifat thabat dalam perjuangan bagi memastikan survival dakwah Islam terus diperjuangkan, tidak hanya di Mesir semata-mata.

"Thabat ialah seseorang terus dalam keadaan bekerja serta berjihad di jalan Allah walaupun dakwah tersebut susah dan jauh tempohnya, yang mana orang yang thabat tidak akan berhenti berjuang sehingga di akhir nafas beliau," tambah beliau.

Di akhir ucapan, beliau menegaskan kewajipan mahasiswa/wi Islam Malaysia di Mesir untuk bersama-sama mendokongi PMRAM selaku gerakan mahasiswa Islam di Mesir.

"Mereka yang mempunyai hati yang celik dan faham kehendak agama Islam pasti akan berada bersama-sama dengan PMRAM dalam memastikan agenda dakwah terus bergerak di Mesir," jelas beliau lagi.
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger