Majalah Hira' Bacaan Percambahan Thaqafah Dan Penguasaan Bahasa


KAHERAH, 30 Dis - Tempahan untuk melanggan Majalah Hira' untuk tahun 2012 kini dibuka semalam selepas perjumpaan antara PMRAM dan Markaz Nil. Bayaran langganan setahun hanya sebanyak LE 50 untuk 6 jilid majalah.


Ketua
Badan Pendidikan Dan Komunikasi Bahasa Arab, Saudara Ahmad Daniel berkata," kerjasama yang dilakukan dengan Markaz Nil untuk langganan Majalah Hira merupakan alternatif bagi mahasiswa/wi Islam untuk memupuk semangat membaca ".

Bahkan
Majalah Hira' bukan sekadar bahan bacaan semata-mata, ia juga menjadi medium untuk percambahan thaqafah dan penguasaan bahasa Arab.

"Majalah tersebut padat dengan penulisan ulama' dan ilmuan dari negara Turki. Justeru, penulisan yang terkandung amat baik untuk minda seorang mahasiswa/wi Islam samada pengajian Islam mahupun perubatan" ujar beliau.

Beliau
menambah lagi bahawa Majalah Hira merupakan majalah yang berprestij di Turki kerana ia menghimpun ulama dan para ilmuwan bahkan turut diadakan seminar atau forum di sana yang melibatkan penulis-penulis Majalah Hira' bagi membincangkan isu umat Islam sejagat.

"PMRAM sentiasa memikirkan alternatif yang terbaik buat semua mahasiswa/wi Islam. Di samping itu juga, dengan Majalah Hira' ini PMRAM mahu menghidupkan suasana membaca di kalangan ahli bersesuaian dengan Kempen Membaca yang dilancarkan baru-baru ini sempenan Motivasi Misi Mumtaz Imtihan yang dilancarkan oleh Presiden PMRAM " tambah beliau lagi.


KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKSIAH
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger