Tahniah! Teruskan Perjuangan Mahasiswa


KAHERAH, 1 Jan - Insiden UPSI yang berlaku pada malam sambutan tahun baru semalam menjadi isu hangat di kalangan seluruh mahasiswa/wi Islam di seluruh dunia. PMRAM yang juga mengikuti perkembangan tersebut sebelum ini telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa kesal dengan tindakan yang dikenakan ke atas mahasiswa/wi yang berhimpun secara aman di UPSI yang menyebabkan tahanan ke atas 17 mahasiswa/wi dan menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang patah tulang rusuk, seorang lagi Amar Rasyidi cedera di kepala.


PMRAM terus mengikuti perkembangan insiden tersebut dengan mengubungi beberapa pihak termasuklah Presiden GAMIS, Saudara Akram Ikramin Taib Azamuddin bagi menyatakan sokongan ke atas pembelaan hak mahasiswa/wi yang dilayan secara kasar serta bagi mendapatkan maklumat terkini.


Dimaklumkan
kesemua 17 mahasiswa yang ditahankan semalam dibebakan petang tadi pada jam 4 petang Malaysia selepas mana mahasiswa/wi serta beberapa pihak berhimpun di Balai Polis Tanjung Malim bagi menyatakan bantahan ke atas tahanan yang dilakukan oleh FRU dalam malam kejadian.

PMRAM
menyifatkan bahawa pembebasan kesemua 17 mahasiswa tersebut selepas disoal siasat merupakan hadiah tahun baru kepada mahasiswa/wi di Malaysia. Hal ini demikian kerana, mahasiswa/wi di Malaysia telah menunjukkan cara yang professional berhadapan dengan pihak polis yang dalam membawa satu-satu isu.

"PMRAM mengucapkan tahniah atas kemenangan mahasiswa ini. Ia merupakan hadiah di atas perjuangan mahasiswa/wi Malaysia," ujar Presiden PMRAM, Saudara Muhamada Zuhaili Saiman.

Presiden
GAMIS, Saudara Akram Ikramin Taib Azamuddin menegaskan bahawa insiden di UPSI tersebut tidak akan mematahkan semangat mahasiswa Malaysia khususnya dalam memperjuangkan hak yang dituntut.

"Ujian dan cabaran yang mendatang tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada perjuangan yang dibawa. Mahasiswa/wi mesti terus memperjuangkan kebenaran walaupun ia pahit. Mereka yang tabah dan kental dalam menghadapi ujian dan cabaran maka mereka adalah pemuda Islam yang berjuang. Tahniah! Teruskan perjuangan dalam membawa kebenaran," tambah Presiden PMRAM lagi.

PMRAM
menyeru semua mahasiswa/wi Islam Malaysia di Mesir mendoakan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang yang masih lagi terlantar di hospital. Semoga beliau cepat sembuh dan kembali meneruskan perjuangan beliau, yang juga merupakan Timbalan Presiden GAMIS.


KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger