Info Terkini DPMM
print this page
Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan


Promosi Hebat T-Shirt Majlis Pelaksana Sambutan Mahasiswa/wi Baru '07


klik pada gambar untuk paparan lebih jelas


Assalamualaikum w.b.t

Majlis Pelaksana Sambutan Mahasiswa/wi Baru '07 Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah telah mengeluarkan T-Shirt MPSMB'07 untuk jualan sempena sambutan mahasiswa/wi baru sessi 2007.

Maklumat Jualan sepertimana berikut:-

  • anda boleh dapati T-Shirt tersebut di kedai DPM Mansurah.
  • boleh juga dapati di rumah Ust Nasron Othman di salam untuk ikhwah sahaja.
  • terdapat 3 jenis warna berlengan panjang sahaja. (Black, Maroon & Blue Black)
  • Harga sebanyak L.E35 sehelai. (setelah diskaun kesilapan teknikal cetak)
  • terdapat saiz S, M, L, XL & XXL (kuantiti terhad)
Sila dapatkannya segera sebelum terlambat!!! Sebarang maklumat lanjut sila hubungi Pengarah MPSMB'07:
Ustaz Nasrun Othman, di talian: +2010 7832565.

note: untuk alamat blogspot DPM Mansurah terdapat sedikit masalah percetakan dpm kepada dmp. Kami selaku add-hoc pelaksana memohon jutaan kemaafan di atas kesulitan yang berlaku. Segala kesulitan amat di kesali, harap maaf.

0 comments

Mari Mengasah Bakat Dalam Pengucapan Awam - Pidato dan Khutbah.

klik di iklan untuk paparan yang lebih jelas


Assalamualaikum w.b.t

Kepada sahabat2 yang di rahmati Allah sekalian, Unit Madrasah Du'at (UMAD) sekali lagi berbesar hati menjemput semua ahli2 DPMM dan juga Pelajar Perubatan Mansurah untuk sama2 mengikuti Program Pertandingan Pidato dan Khutbah.

Kepada yang berminat untuk menyertai, butiran pertandingan adalah seperti berikut:

~ Terbahagi kepada dua kategori iaitu pidato dan khutbah.
~ Teks disediakan kepada mereka yang ingin menyertai.
~ Hadiah disediakan.
~ Penyertaan adalah percuma.

Antara kriteria-kriteria pemarkahan:

~ Gaya persembahan.
~ Penampilan diri.
~ Intonasi.
~ Kreativiti tambahan dari peserta.

Semua warga DPMM dan Pelajar Perubatan dijemput untuk hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

KEHADIRAN AMAT DI ALU-ALUKAN

0 comments

Warna warni Mansurah Aidilfitri Cup 2007/08 - Berulang Sejarah -


slide show warna warni Mansurah Aidilfitri Cup 2007/08



Assalamualaikum w.b.t


Kuliah banin, Mansurah, 26 & 27hb oktober 2007 - Sejarah berulang sekali lagi bilamana skuad yang di barisi dengan tenaga vateren keseluruhannya menjadi Juara Mansurah Aidilfitri Cup 2007/08 tahun ini. Sekalung tahniah di ucapkan kepada skuad di bawah naungan Ust Haris Fadila Yusoff dan pengurusan skuad oleh Ust Muaz serta pengedalian yang bijak oleh kapten pilihan Ust Daing Muhamad Azmi di atas padang menjadi antara faktor yang menjana kesabaran dalam memenangi perlawanan satu demi satu. Biarpun tua dari segi usia tetapi tidak mengalah dalam tidak mempersiakan peluang keemasan ini bagi mengulangi sejarah 2 tahun yang lalu untuk kembalikan hak milik record penjagaan trofi impian Piala Pusingan Aidilfitri Cup yang terlepas dalam gengaman setahun yang lalu.

Pertandingan yang memakan masa selama dua hari ini di rasmikan oleh Pengerusi DPMM Ust Abd Kadir Umar. Program yang di anggap sebagai agenda tahunan ini telah berjalan dengan baik tanpa sebarang gangguan dari mana-mana pihak sehingga ke hari terakhir perlawanan
. Dalam pada itu, program ini di warnai lagi dengan kehadiran Pelajar-pelajar Perubatan yang menyaksikan perlawanan pembukaan memperlihatkan kepada kita pertempungan antara dua skuad harapan dari AJKT DPMM sesi 2007/08 dan Pelajar Perubatan dengan kuputusan perlawanan berpihak kepada Pelajar Perubatan 6 gol tidak berbalas.

Sehubungan dengan itu, seramai lebih 100 orang yang melibatkan diri dalam perjalanan program ini berpuas hati dan mengharapkan agenda tahunan ini di kekalkan sebagai acara tradisi tahun demi tahun dalam mencapai misi dan visi
bagi mencapai objektif mengeratkan silaturrahimsilaturrahim antara ahli DPMM umumnya dan juga pelajar perubatan khususnya. Kita mengharapkan ukhuwah yang terjalin ini bukan setakat hanya dengan pertemuan malah turut dengan doa kesejahteraan agar ukhuwah yang terbina ini terus utuh ibarat kata al-Imam Ghazali untuk di renungkan bersama "ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan semata, bukan hanya manisnya ucapan di bibir saja, tetapi terletak pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya".

Ucapan setinggi-tinggi tahniah buat Juara Aidilfitri Cup 2007/08 iaitu skuad barisan Bait Muslim (pak dam2), juga tahniah kepada anugerah penjaring terbanyak oleh Ust Saiful Islam sebanyak 8 gol dari skuad Dirasat, serta tidak lupa juga tahniah kepada penjaga gol dari skuad pelajar perubatan selaku anugerah pemain terbaik keseluruhan.

Akhir kata dari kami, jazakumullah khairan kathira untuk semua yang terlibat dalam menjayakan program ini samada secara langsung mahupun tidak langsung. Tidak lupa juga buat semua ahli jawatan kuasa pelaksana dan semua peserta-peserta yang melibatkan diri sehingga jayanya program ini. moga segala titik peluh jasa bakti yang di curahkan di beri ganjaran yang tinggi di sisi Allah sebagai amal kebaikan.

sekian wassalam.
0 comments

Jemputan ke Majlis Pelancaran Unit Madrasah Du'at sesi 2007/08


klik di iklan untuk paparan yang lebih jelas


Assalamualaikum w.b.t

Kami di bawah Unit Madrasah Du'at (UMAD) dengan berbesar hati menjemput kepada semua Mahasiswa DPMM khususnya tahun 3 dan 4 bagi menjayakan Majlis Perasmian dan Perlancaran UMAD yang di anjurkan ini sepertimana yang tertera pada iklan di atas. Majlis ini akan di susuli dengan pembentangan kertas kerja oleh al-Fadhil Ustaz Mohd Ikmal Hafif Azmi.

KEHADIRAN AMAT DI ALU-ALUKAN

0 comments

Daurah Kitab di sambung kembali

klik di iklan utk melihat paparan yang lebih jelas

Assalamualaikum w.b.t

Di bawah pengendalian Unit Pengetahuan dan Pendidikan DPMM, semua ahli DPMM di jemput untuk menghadiri Daurah Kitab bersama al-Fadhil Ustaz Salman Maskuri. Pengajian akan di jalankan sepertimana yang tertera di iklan di atas.

Firman Allah Taala;
Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.
Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(al-Mujaadilah:11)



0 comments

Mereka dah sibuk....tapi di mana kita...??? jom pakat2 ke kuliah...

Assalamualaikum w.b.t

Kehadapan mahasiswa mahasiswi seperjuangan sekalian, bahang aidilfitri sudah pun selesai biarpun masih belum melabuhkan tirainya. Namun kemenangan dan kemeriahan yang kita raikan ini akan lebih bermakna jika kita hiasinya dgn sahutan syariat untuk sama-sama mengerjakan amalan puasa sunat 6 syawal. Moga dengan keberkatan yang ada di bulan syawal ini akan di curahkan lagi pada kita ganjaran redho Allah yang berganda-ganda hendaknya. Amin......





Mahasiswa mahasiswi yang di kasihi semua, Kuliah Azhar Mansurah sudah pun memulakan pengajian baru sesi 2007/08 sejak di pertengahan ramadhan lagi. Mahupun begitu, keadaan kuliah masih kosong daripada kehadiran pelajar-pelajar samada ikhwah mahupun akhawat. Di kesempatan ini, kami di pihak DPMM ingin mengajak mahasiswa mahasiswi semua untuk bangkit bersama-sama mengembleng kekuatan bagi memulakan sesi pengajian baru ini dengan iltizam dan semangat serta cita-cita yang tinggi menuju sasaran kita untuk najah bil imtiyaz.





Banyak perkara atau urusan yang perlu kita lakukan seawal permulaan pengkuliahan, antaranya mahasiswa mahasiswi hendaklah menguruskan pembayaran rusum kuliah terlebih dahulu dan menghantar permohonan kernih pelajar bagi sesi pengajian tahun 2007/08 serta pembelian kitab-kitab kuliah di maktabah azhar. Selain itu, kita juga masih belum terlambat untuk membuat kashfu natijah bagi natijah imtihan sesi 2006/07 yang lalu.






Sehubungan dengan itu, kami bagi pihak DPMM mengharapkan kepada semua ahli DPMM untuk membuat urusan-urusan ini seawal mungkin supaya dapat mengelakkan kesesakan sebagaimana dari pengalaman-pengalaman yg lepas dalam masalah pertembungan urusan dengan kedatangan mahasiswa/wi baru samada dari muadalah ataupun STAM.





Jika di lihat dari paparan gambar yang kami sediakan ini menunjukkan keadaan harian syuun at-Thullab dan qismu al-Khozinah ketika ini yang begitu zahmah. Atas keprihatinan ini pihak DPMM menyarankan serta mengalakkan semua mahasiswa mahasiswi mansurah untuk bersama-sama menjayakan kempen ke kuliah beramai2. Bermula dgn kawan-kawan sebilik, serumah, sejiran, dan seluruhnya di semua peringkat ahli DPMM.




Sekadar peringatan bersama, jadual pengajian juga telah di tampal sejak ramadhan lagi. Di harapkan kepada semua ahli DPMM kuatkan semangat anda untuk melangkah meneruskan perjuangan dengan mengikuti kelas-kelas pengajian kuliah yang telah di langsungkan ini. Sesungguhnya, ganjaran kebaikan itu di kira dari niatnya, alangkah bahagianya niat itu jika dapat kita laksanakan juga, maka akan bergandalah nikmatnya. Ayuh mahasiswa mahasiswi sekalian, kita jangan leka dengan keseronokan semasa, buanglah tabiat sikap suka menangguh antara kita kerana ada sesuatu yang menanti kita semua di sebalik destinasi menuju ke kuliah sana. Ingatlah sahabat2 semua, najah bil imtiyaz target kita. InsyaAllah...



Akhir kalam dari kami, DPMM berharap tahun ini tahun menuju kecermerlangan bersama menghala ke arah sifir rosib dan juga mengaharapkan mahasiswa mahasiswi semua memulakan perjuangan dalam landasan yang baik agar hasrat ini dapat kita kecapi bersama dengan jayanya insyaAllah...

"Gembleng kekuatan pasak keilmuan"


Salam perjuangan dari kami AJKT/AJKH DPM Mansurah 2007/08






0 comments

Salam Perjuangan Sahabatku

Assalamualaikum w.b.t

Salam perjuangan untuk Ust Mohd Nazri bin Hamzah (ust mat yie) atas keberangkatan beliau pulang ke tanah air pada pagi ini 21hb oct 2007. Kami selaku kepimpinan sesi 2007/08 mengucapkan selamat maju jaya fid dunya wal akhirah atas segala komitmen titik peluh jasa bakti beliau selama mana beliau berkhidmat di sini(mansurah). Moga segala apa yang pernah di korbankan suatu ketika dahulu sehingga kini akan di balas dengan ganjaran yang baik di sisi Allah. Di kesempatan ini juga, kami di bawah Unit Mansurah Multimedia Center (MMC) mengucapkan setinggi2 penghargaan di atas jasanya yang menjadi antara pengasas dalam menjayakan webblog rasmi DPMM yang ada sehingga hari ini. Kami doakan kejayaan ust yie agar terus maju dari hari demi hari berkhidmat dalam perjuangan menegakkan syiar islam dalam melaksanakan apa yang sudah di pelajari di sini. InsyaAllah kita akan berjumpa lagi dalam wadah perjuangan yang lebih besar nanti...sekian jazakumullah khoiran kathira.
0 comments

Salam AidilFitri dari AJKT/AJKH Mansurah


klik gambar untuk paparan lebih jelas


ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Sempena syawal yang mulia ini, kami dari Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah (DPMM) mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN
buat semua warga mansurah khususnya dan semua azhari dan azhariah di bumi anbiyak ini umumnya. Tidak lupa juga buat pimpinan tertinggi di semua peringkat samada di Badan Pengurus PMRAM, Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi seluruh muhafazah-muhafazah dan Badan Anak-anak Negeri serta kepada semua pengunjung webblog DPMM ini. Moga tarbiyah ramadhan yang semakin melabuhkan tirainya ini dapat kita merealisasikannya berterusan dari hari demi hari bagi mengejar ganjaran redho Allah dalam seluruh aspek kehidupan, pendidikan mahupun perjuangan haraki kita di sini (ardul kinanah).
InsyaAllah....Takbir!!
0 comments

JEMPUTAN HARI KEMENANGAN

Sehubungan dengan kehadiran syawal yg mulia ini, Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah 07/08 dengan tulus hati menjemput seluruh warga mahasiswa mansurah ke majlis yang penuh barakah bagi mengeratkan lagi ukhuwah di samping menghidupkan malam serta pagi raya AidilFitri tahun 1428H ini. Tentetif program adalah sepertimana yang telah tertera pada iklan di atas.

Bagi warga mahasiswi mansurah pula, Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah(HEWI) akan mengadakan sambutan Simfoni AidilFitri yang di adakan sepertimana berikut:

* Hari raya kedua (2 syawal 1428h).
* Jam 9 pagi.
* Bertempat di Dewan Persada Jazira al-Ward (DPJA).
0 comments

Struktur Organisasi AJKT/AJKH sesi 07/08

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

0 comments

TAZKIRAH RAMADHAN




Umat Islam di seluruh dunia akan memasuki fasa ketiga pelaksanaan ibadat puasa serta amal-amal ibadat sunat yang lain pada minggu hadapan, ini bermakna sedar atau tidak, Ramadan tetap akan meninggalkan kita buat tempoh setahun.

Apa yang perlu sama-sama kita ingatkan antara satu sama lain, ialah kenangan positif yang kita kecap sepanjang berada dalam bulan Ramadan, iaitu bulan yang dipenuhi dengan segala macam keberkatan, rahmat, keampunan Ilahi serta program-program yang dapat membebaskan diri daripada api neraka.
Itulah bulan yang banyak memberi kita peluang untuk mendapatkan rahmat Allah, keampunan-Nya dari segala kesalahan yang telah kita lakukan sebelum ini, memohon kepada-Nya agar diri kita, keluarga serta anak-anak bebas daripada siksaan api neraka.
Masa yang paling sesuai untuk kita lakukan kesemua itu adalah di tengah malam, di ketika ramai manusia sedang seronok tidur dan mungkin juga sebahagian mereka sedang menonton rancangan kesukaan mereka, kerana pada waktu itu suasana hening menyelubungi manusia, justeru waktu itu juga amat berkesan untuk menyatakan rasa hati kepada Maha Pencipta.
Apatah lagi pada malam akhir-akhir di bulan Ramadan, terdapat satu malam yang disebut oleh Allah SWT dengan jelas sebutan namanya yang mulia dalam satu surah yang pendek, malam yang diturunkan padanya kitab suci al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia menuju jalan kebenaran dan keselamatan di dunia dan akhirat, iaitulah malam yang sangat dikenali dengan Lailatul Qadr - atau diterjemahkan sebagai malam takdir.
Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Quran, Al-Qadr 97: 1-5)
Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.
Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu bulan. Firman Allah bermaksud: "Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan" (Surah al-Qadr, ayat 3) .
Sebab-sebab Allah adakan Lailatul Qadr
Allah SWT Taala yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, amat menyayangi hamba-Nya yang taat beribadat kepada-Nya, ia tidak lain adalah untuk menganugerahkan kepadanya pahala-pahal yang banyak, supaya dengannya dia akan dapat masuk syurga.
Terdapat beberapa pandangan ulama yang menyebut bahawa, Allah SWT mempunyai sebab kenapa Dia mengadakan Lailatul Qadr buat umat Nabi Muhammad s.a.w antara lain;
Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.
Sementara Imam al-Qurtubi pula berpendapat, Rasulullah diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka Baginda berasa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadar yang mempunyai nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah, para sahabat malah kepada seluruh umat baginda s.a.w.
Justeru, malam al-Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83 tahun empat bulan.
Dorongan Nabi supaya umatnya terus beribadat pada malam tersebut
Kerana keutamaan ini, Rasulullah menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan malam al-Qadar yang penuh keberkatan itu. Dalam hal ini, Rasulullah perlu dijadikan ikutan yang menampilkan teladan terpuji dalam menghidupkan malam terakhir Ramadan.
Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf, membangunkan keluarga agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari dan tidak mendekati isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat di masjid seperti solat tahajud, Witir, solat Tarawih, membaca dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah dan amalan solih lain yang dianjurkanIslam.
Rasulullah sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara yang sering Baginda baca ialah doa maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih."
Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan akhirat, malah untuk memantapkan langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah.
Selain itu, setiap Muslim dianjurkan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa selama ini. Setiap manusia tidak terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: Setiap anak Adam tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu ialah yang bertaubat kepada Allah. (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)
Berdasarkan permohonan inilah maka Allah menurunkan Lailatul Qadar.
Hikmah dirahsiakan kehadirannya
Sesungguhnya ayat al-Quran yang menceritakan tentang masa berlaku Lailatul Qadr, tidak dijelaskan secara jelas, kerana ia bertujuan agar manusia tidak hanya tertumpu pada satu malam sahaja jika mereka tahu malam tersebut, justeru ia dirahsiakan agar mereka menghidupkan setiap malam terakhir Ramadan dengan amalan-amalan yang pernah dilakukan oleh baginda, para sahabat dan para solihin terdahulu.
Syeikh Muhammad Abduh berpendapat bahawa sebab malam itu diturunkan kepada umat Muhamad kerana Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu Allah mula mentakdirkan agama-Nya dan memerintahkan nabi-Nya untuk menyeru manusia kepada agama yang melepaskan mereka daripada segala kehancuran dan kerosakan.
Pendapat Syeikh Muhammad Abduh ini berdasarkan kenyataan bahawa al-Quran pertama kali diturunkan pada malam al-Qadar. Turunnya al-Quran pada dasarnya adalah watikah pelantikan Muhammad sebagai nabi dan rasul yang bertanggungjawab menyampaikan risalah Islam. Begitu juga dalam mengubah corak hidup manusia daripada alam jahiliah kepada suasana Islam. Ertinya malam al-Qadar itu adalah malam disyariatkan Islam kepada umat Nabi Muhammad sebagai agama penyelamat untuk seluruh alam.
Ada ulama lain yang menyatakan bahawa penyebab dikatakan dengan malam al-Qadar kerana pada malam itu Allah menetapkan takdir setiap makhluk baik berupa rezeki, umur atau sakit atau sihatnya seseorang untuk jangka masa setahun, iaitu dari malam al-Qadar tahun ini hingga ke malam al-Qadar tahun depan.
Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata bahawa sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun. Ertinya apabila pada tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, maka tahun akan datang datang pada malam berbeza.
Hal sama dikatakan oleh Ibn Hazm bahawa Lailatul Qadar itu ada kalanya pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.
Sementara menurut jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam yang sama pada setiap Ramadan iaitu pada malam 27 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah daripada Ubai bin Ka'ab yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan hadis dari Mu'awiyah yang diriwayatkan Abu Dawud. "Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatul Qadar itu pada malam 27."
Sebahagian sahabat dan ulama mencuba menentukan Lailatul Qadar dengan cara lain, iaitu menggunakan rumusan tertentu.
Ibnu Abbas berkata bahawa surah al-Qadr itu terdiri daripada 30 kalimah. Kata salamum hiya (selamat sejahteralah malam itu) berada pada kalimah yang ke-27. Oleh itu Ibnu Abbas menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27.
Sementara sebahagian ulama menyatakan bahawa kalimat Lailatul Qadr terdiri daripada sembilan huruf. Dalam surah al-Qadr kata-kata Lailatul Qadr itu diulang-ulang sebanyak tiga kali. Maka sembilan darab tiga adalah 27. Maknanya Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27.
Sementara ulama lain seperti Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi berpendapat bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan.
Namun dalil yang paling kuat mengenai Lailatul Qadar adalah hadis daripada Aishah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. "Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan."
Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah satu kenyataan bahawa tidak ada satu dalil jelas yang menunjukkan bila malam ini berlaku. Tetapi sahabat dan ulama bersepakat dengan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Aishah tadi bahawa malam itu berlaku pada sepuluh malam ganjil akhir Ramadan.
Menurut Prof Wahbah al-Zuhayli, sebab dirahsiakan Lailatul Qadar supaya umat Islam sentiasa berusaha beribadah pada setiap malam Ramadan tanpa menumpukan pada satu malam saja. Ini kerana setiap malam pada Ramadan memiliki hikmah dan rahsia tersendiri.
Tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadr
Di antara tanda yang sempat terlihat pada masa Nabi s.a.w adalah bahwasanya ketika baginda bersujud di waktu Subuh di atas tanah yang dibasahi dengan air, ertinya bahawa pada malam itu turun hujan sehingga baginda sujud di atas tanah yang berair.
Lailatul Qadr adalah malam dibukanya seluruh pintu kebaikan, didekatkannya para kekasih Allah, didengarkannya permohonan dan dijawabnya segala doa, amal kebaikan pada malam itu ditulis dengan pahala sebesar besarnya, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Maka hendaknya kita berusaha untuk mencarinya dengan bersungguh-sungguh.
Malam itu tenang dan hening, keadaannya tidak dingin dan tidak panas; siangnya pula memancarkan cahaya matahari yang warnanya pucat; pada malam itu juga malaikat Jibril akan menyelami orang yang beribadat pada malam itu dan secara tiba-tiba kita akan rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak.
Ada pendapat yang berkata, bahawa orang yang menemui lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.
Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.
Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
Ada yang berkata doa permohonannya makbul.
Fokus umat pada malam tersebut
Lailatul Qadr seperti yang dijelaskan di atas, adalah masa yang paling sesuai untuk mengajukan segala permohonan kepada Allah SWT, apa yang perlu dilakukan pada malam tersebut ialah dengan perkara-perkara berikut:
Menghayati malam tersebut dengan ibadah
Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya.
Kesimpulan, persoalan bila sebenarnya berlakunya Lailatul Qadr, hanya Allah SWT sahaja yang tahu.
Apa yang telah dinyatakan kepada kita melalui hadis-hadis Nabi s.a.w ialah tanda-tanda dan juga malam-malam yang kemungkinan berlakunya Malam al-Qadr.
Berdasarkan hadis Nabi s.a.w menghidupkan 10 malam terakhir dengan beriktikaf, ramai di kalangan ulama' cenderung mengatakan bahawa malam tersebut kemungkinan besar akan berlakunya Malam al-Qadr.
Mengenai cerita pelik yang berlaku, usahlah dijadikan pegangan, oleh kerana para sahabat juga mencari Malam Al-Qadr dengan berdasarkan tanda-tanda yang telah Nabi saw ceritakan kepada mereka. Malah, tidak terdapat sebarang periwayatan mengenai apa yang telah dilihat oleh para sahabat. Maka tidak melihat, tidak bermakna tidak mendapat ganjaran Malam al-Qadr!
Fikir masalah umat ketika sedang beritikaf adalah ibadat
Bukan sahaja melakukan ibadat qiyamullail itu dikira sebagai satu amal ibadat yang baik di sisi Allah SWT, malah memikirkan sesuatu khususnya mengenai masalah yang melanda umat Islam hari ini juga dikira sebagai ibadat yang besar, apatah lagi ketika menjalani proses beriĆ¢€™tikaf dalam masjid pada malam-malam terakhir Ramadan.
Lebih-lebih lagi masalah umat secara global, sama ada keruntuhan moral, perilaku, akhlak di kalangan remaja lelaki mahupun perempuan, masalah krisis keyakinan terhadap Islam di kalangan mereka yang mempunyai profil tinggi dan lain-lain, kesemua itu dapat ditangani jika masing-masing memainkan peranan sebagai hamba Allah yang mempunyai jati diri sebagai orang yang bertakwa seperti yang dituntut dalam ayat mengenai matlamat pelaksanaan ibadat puasa.
Fadilat Lailatul Qadr
Mungkin terdapat sesetengah orang menyangka bahawa mendirikan Qiyamullail pada disepertiga (1/3) malam iaitu dengan hanya bersolat Tarawih (Qiyam Ramadan) berjemaah pada awal malam, iaitu selepas Solat Ba'diyah Isya'. Apakah orang seperti ini mendapat ganjaran atau pahala seperti mereka yang bersolat di malam Al-Qadr (sekiranya berlaku Lailatul Qadr pada malam tersebut)?
Berkata Muhaddis terkenal, Sheikh Nasyirudin Al-Albani (didalam buku Risalah Qiyam Ramadan) :
"Sebaik-baik malam ialah Malam Al-Qadr, kerana baginda s.a.w bersabda :'Barangsiapa yang berqiyam pada Malam Al-Qadr (berjaya mendapatkannya) dengan keimanan dan pengharapan, telah diampunkan dosa-dosa yang telah lalu' - [Hadith riwayat kedua Sheikh dari hadith Abu Hurairah, Ahmad 5/318].
Sementara Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai syarat beramal pada malam Al-Qadr, katanya :
"Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah : bersolat Isya' berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiyamullail.
Di dalam Sahih diriwayatkan bahawa Nabi bersabda :"Barangsiapa yang bersolat Isya' berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut. (Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Osman, Sahih Jami' Saghir - 6341).
Dan tujuannya ialah : Barangsiapa yang bersolat Subuh dengan tambahan-tambahan di dalam waktu Isya', adalah sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Hadis Abu Daud dan Tirmizi :
"Barangsiapa yang solat Isya' berjemaah bagaikan berqiyam separuh malam, dan barangsiapa bersolat Isya' dan Fajar bagaikan ia berqiyam sepenuh malam (sumber yang sama - 6342)."
Semoga tahun ini kita mendapat rezeki untuk bertemu dengan Lailatul Qadr, iaitu satu malam yang penuh dengan misteri, supaya pahala amalan kita dilipat gandakan oleh Allah dan dikira sebagai amal-amal yang solih, Insya Allah. - mks.

0 comments
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger