Info Terkini DPMM
print this page
Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan


Makluman Berkaitan Hari Raya Aidilfitri 1429H

Sila Klik Untuk Paparan Yang Lebih Jelas

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Di kesempatan sempena menyambut hari yang mulia ini, barisan kepimpinan Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) dan Ahli Jawatankuasa HEWI (AJKH) Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah (DPMM) dengan ini mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua pengunjung Web Blog Rasmi DPMM dan seluruh ahli DPMM. Semoga Syawal yang bertandang bakal menyerikan lagi landskap hari kemenangan kita.

Sila Klik Untuk Paparan Yang Lebih Jelas


Makluman Pertama

Gema Takbir

Pihak DPMM akan menganjurkan Gema Takbir sempena Hari Raya Aidilfitri 1429 H ini. Butirannya adalah seperti berikut:

Tarikh: 30 Ramadhan 1429 H bersamaan 30 September 2008
Hari: Selasa
Masa: 5.30 petang
Tempat: Dewan Persada Jazirah Al-Ward, Utubis Jadid.

Dengan itu, dijemput kepada semua ikhwah untuk sama menghidupkan Malam Gema Takbir sempena Hari Raya Aidilfitri 1429 H di samping menikmati jamuan yang disediakan. Semoga kehadiran anda mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.


Makluman Kedua
Simfoni Aidilfitri 1429 H

Marilah beramai-ramai memeriahkan pagi raya anda bersama DPMM di program SIMFONI AIDILFITRI 1429 H. Butirannya adalah seperti berikut:

Tarikh: 1 Syawal 1429 H bersamaan 1 Oktober 2008
Hari: Rabu
Masa: 9.00 pagi (Selepas Solat Sunat Aidilfitri)
Tempat: Dewan Persada Jazirah Al-Ward, Utubis Jadid.

Antara Yang Menarik:
  • Perutusan Aidilfitri daripada Presiden PMRAM 2008
  • Jamuan Hari Raya
  • Penyampaian Hadiah-Hadiah Istimewa
  • Persembahan Istimewa daripada Usrah Al-Wehdah
  • Celoteh DJ 'Celup' dan banyak lagi

Justeru, semua ahli DPMM dijemput hadir bagi memeriahkan hari raya anda. Semoga kehadiran anda bakal menyemarakkan hubungan ukhuwwah sesama kita di Persada Jazirah Al-Ward ini.


Sila Klik Untuk Paparan Yang Lebih Jelas


Makluman Ketiga
Majlis Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri (Akhawat)

Istimewa kepada semua akhawat dan mutazawwijin di DPMM, anda dijemput hadir untuk menghadiri Majlis Solat Sunat Aidilfitri 1429 H. Butirannya adalah seperti berikut:

Tarikh: 1 Syawal 1429 H bersamaan 1 Oktober 2008
Hari: Rabu
Masa: 7.00 pagi
Tempat: Dewan Persada Jazirah Al-Ward, Utubis Jadid.

Antara Tentatif Majlis:
  • 7.00 pagi - Takbir Raya
  • 8.00 pagi - Solat Sunat Hari Raya dan Khutbah
  • Perutusan Aidilfitri daripada HEWI PMRAM
  • Ucapan Wakil HEWI DPMM Sesi 2008/2009
  • Perutusan Aidilfitri daripada Presiden PMRAM 2008
  • Jamuan Raya
Diharap kepada semua mahasiswi dapat HADIR AWAL bagi melancarkan perjalanan majlis.

Sila Klik Untuk Paparan Yang Lebih Jelas


Makluman Keempat
Simfoni Aidilfitri dan Rumah Terbuka HEWI DPMM

Kepada semua mahasiswi di bumi Mansurah, anda dijemput hadir ke Majlis Simfoni Aidilfitri dan Rumah Terbuka HEWI DPMM. Butirannya adalah seperti berikut:

Tarikh: 2 Syawal 1429 H bersamaan 2 Oktober 2008
Hari: Khamis
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Dewan Persada Jazirah Al-Ward, Utubis Jadid.

Pelbagai aktiviti menarik bakal menghiburkan hari raya anda di samping penyampaian beberapa anugerah. Antaranya:
  • Busana Raya Tercantik
  • Juadah Raya Unik
  • Anyaman Ketupat
  • Ramah Mesra Bersama AJK HEWI Sesi 2008/2009
  • Celoteh DJ Khas dan macam-macam lagi
Datang jangan tak datang. Bersama-sama kita memeriahkannya. Semoga dengan adanya program yang bakal diadakan bakal memeriahkan lagi Hari Raya Aidilfitri 1429 di samping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita

Sekian makluman untuk semua ahli DPMM.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

"JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH"


0 comments

Makluman Pemangkuan Jawatan


Klik iklan untuk lihat paparan yang lebih jelas dan simpan




Assalamualaikum w.b.t


Kepada Sahabat-sahabiah ahli DPMM,

Bagi menjamin kelancaran gerak kerja DPMM Sesi 2008/09 serta perjalanan urusan yang berkaitan bagi Pemegang Jawatan Timb. Pengerusi DPMM [Unit Perancang] dan juga SU Agung DPMM serta Timb. SU Agung DPMM [Unit Kebajikan dan Kemanusiaan], Disini di sertakan juga makluman pemangkuan bagi jawatan tersebut untuk memudahkan urusan yang di pertanggungjawabkan di bawah Penama dan Jawatan yang di sebutkan tadi. Rujuk iklan di atas, untuk maklumat pemangkuan dan amanah yang di pangku.

Sekian untuk makluman seluruh ahli DPMM.


"JULANG THAQOFAH, BAKTI DICURAH"

0 comments

Makluman Jawatan & Maklumat Komunikasi


Klik pada iklan untuk lihat paparan yang lebih jelas


Assalamualaikum w.b.t


Di maklumkan kepada seluruh ahli DPMM, di sini di sertakan sedikat maklumat untuk perhatian bersama berkaitan dengan maklumat Komunikasi Rasmi Penasihat, AJK Tadbir, AJK Hewi DPMM Sesi 2008/09. Mudah-mudahan apa yang di bekalkan ini dapat memudahkan perhubungan antara ahli DPMM dengan pihak berkenaan. InsyaAllah jika tiada aral melintang, nombor perhubungan komunikasi ini akan kekal sehingga akhir sesi ini dengan Izin-Nya.

sekian, harap maklum.


"JULANG THAQOFAH, BAKTI DICURAH"
0 comments

Kaunter Bayaran Zakat Fitrah 1429H Di Buka

Photobucket


Assalamualaikum w.b.t

Dimaklumkan kepada seluruh ahli DPMM, samada golongan bujang mahupun yang sudah berumah tangga [mutazhauwijin], di bawah selia atur Unit Kebajikan dan Kemanusiaan [UKK] DPMM Sesi 2008/09 yang dulunya di sebut [UKTD] DPMM, telah membuka kaunter pembayaran zakat fitrah 1429H bermula 22 - 30 September 2008.

Bayaran boleh di lakukan kepada wakil-wakil UKK DPMM yang telah di tentukan mengikut kawasan tempat tinggal sepertimana yang tertera pada iklan di atas.

Bayaran Zakat di kutip mengikut ketetapan yang di keluarkan oleh Mufti Mesir sebanyak LE7.00 Seorang.

Sekian, Terima Kasih.


"JULANG THAQOFAH, BAKTI DICURAH"
0 comments

Promosi Kad Raya AidilFitri 2008

Photobucket

Assalamualaikum w.b.t

Salam ukhwah untuk seluruh sahabat-sahabiah ahli DPMM yang di kasihi semua, debaran periksa dah berlalu, kini tiba lebaran yang di tuju, dengan kesempatan masa yang ada, Sempena Aidilfitri yang bakal menjelma Unit Penerangan dan Penerbitan [UPP] DPMM Sesi 2008/09 membuka perkhidmatan pertama sesi ini dengan menjual Kad Raya Aidilfitri Eksklusif yang di reka khusus buat anda semua sebagai tanda kenang-kenangan dalam mewarnai hari raya aidilfitri 1429H.

Kepada sesiapa yang berminat, boleh membuat tempahan segera kepada:
Mohd Hairil Abd Rahim - 0115273709
Fadhilah Esa - 0118204485

Dengan kadar harga promosi LE2 Sekeping.
Boleh di tempah dengan pelbagai jenis keluaran.

sekian, Terima Kasih.


"JULANG THAQOFAH, BAKTI DICURAH"
0 comments

Jemputan Ramah Mesra Bersama KPT & Iftar Jam'ie DPMM

Klik pada iklan untuk paparan yang lebih jelas

Assalamualaikum w.b.t

Salam alaikum jami'an 'ala tullab maliziyyin fil-Mansurah, buat pertama kalinya dalam program pembuka sesi 2008/09, kami di Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sesi 2008/09 ingin menjemput secara rasminya kepada seluruh ahli DPMM yang bernaung di segenap pelusuk Jazirah al-Ward Bumi Mansurah samada di tir'ah, salam, mahupun dirasat untuk sama-sama hadir di Majlis Ramah Mesra bersama KPT & Iftor Jam'ie bersama kepimpinan yang baru sesi ini 2008/09.

Sepertimana maklumat berikut :

Tarikh : 21 Ramadhan 1429H/ 21 September 2008
Hari : Ahad
Masa : 4.30 petang
Tempat : DPJA
Maklumat lanjut rujuk iklan di atas.

Dengan penuh hormat dan pengharapan mudah-mudahan sahabat-sahabiah dapat meluangkan sikit masa untuk kita jayakan program itu nanti. Berkat kerjasama dari sahabat semua moga Allah membalas segala jasa kita dalam menunaikan hajat orang dengan balasan moga Allah menunaikan setiap hajat yang telah dan akan kita mohon dari-Nya.

Sekian Jazakallah khoiran kathira

"JULANG THAQOFAH BAKTI DICURAH"

0 comments

Kalam Penutup Sesi dari MMC

Assalamualaikum w.b.t

Syukur alhamdulillah

kepada tuhan yang memberi kekuatan dan kudrat
serta kelapangan masa
dalam melaksanakan amanah yang di pertanggungjawabkan
sepanjang sesi 2007/08

Di kesempatan ini,
Dengan lafaz basmalah

Ana mewakili seluruh jentera
Mansoura Multimedia Center [MMC]
dari pelbagai Sektor
seramai 13 orang
bagi Sesi 2007/08

Memohon maaf di atas
segala kelemahan & kekurangan
serta ketidaklancaran
dalam mengendalikan Blog Rasmi DPM Mansurah
Sesi 2007/08

Bermula saat ini
Blog Rasmi DPMM akan di kendalikan
dan di pertanggungjawab sepenuhnya
di bawah jagaan Pengerusi DPMM
Sesi 2008/09
sementara perlantikan baru bagi
Ahli Jawatankuasa Mansoura Multimedia Centre
Sesi 2008/09

Sekian di maklumkan

Terima kasih



*kepada seluruh ahli DPMM, rajin2lah tengok Blog DPMM, tak kira yang ada di sini mahupun yang dah balik, ikutilah perkembangan dan maklumat terkini dari MMC, jangan lupa layari sama di halaman link yang kami sediakan seperti Laman Galeri DPMM dan Laman Sejarah DPMM.

*Sebarang cadangan dan idea yang bernas boleh di salurkan ke email rasmi MMC [mmc_groups@yahoo.com]

0 comments

Keputusan Rasmi Pilihanraya DPM Mansurah

Assalamualaikum w.b.t

BERIKUT ADALAH MAKLUMAT LAPORAN PILIHANRAYA DPM MANSURAH:

Hari : Sabtu/13 september 2008
Masa : 8.00 am - 2.30 pm
Bilik Membuang Undi : [Ikhwah] di koperasi DPMM, [Akhawat] di Markaz 2 HEWI DPMM.
Petugas SPR :

Ikhwah
1] Ust Shahrulnizam B. Mohd Ahmadi - Pengarah SPR DPMM
2] Ust Mohd Hafiz B. Mazlan - Setiausaha SPR
3] Ust Mohd Yasir B. Mohd Razi - Bendahari SPR
4] Ust Ameer Bukhorie B. Ali - Pegawai Khas SPR

Akhawat
1] Ustazah Maizon Bte. Abdullah - Timb. Pengarah SPR DPMM
2] Ustazah Norhaspiyah Bte. Sya'aban - Timb. Setiausaha SPR
3] Ustazah Suriati Bte. Mat Ali - Timb. Bendahari SPR
4] Ustazah Nazriza Bte. Sahak - Timb. Pegawai Khas SPR

Pengira Kertas Undi
1] Ust Hairi B. Hamzah - Pengarah SPR PMRAM
2] Ust Shahrulnizam B. Mohd Ahmadi - Pengarah SPR DPMM
3] Ust Mohd Hafiz B. Mazlan - Setiausaha
4] Ust Mohd Yasir B. Mohd Razi - Bendahari
5] Ust Ameer Bukhorie B. Ali - Pegawai Khas SPR
6] Ustazah Maizon Bte. Abdullah - Timb. Pengarah SPR DPMM
7] Ustazah Norhaspiyah Bte. Sya'aban - Timb. Setiausaha SPR
8] Ustazah Suriati Bte. Mat Ali - Timb. Bendahari SPR
9] Ustazah Nazriza Bte. Sahak - Timb. Pegawai Khas SPR

Tempat Kira Undi : Makaz 2 HEWI DPMM
Jam : 2.30 Petang - 5.00 Petang

KEPUTUSAN PILIHANRAYA DPM MANSURAH SESI 2008/09

Jumlah Keseluruhan Ahli DPMM sesi 2007/08
Ikhwah : 182 Akhawat : 452 Jumlah Keseluruhan : 634

Jumlah Ahli yang layak mengundi
Ikhwah : 108 Akhawat : 274 Jumlah Keseluruhan : 382

Jumlah Ahli yang tiada kelayakan mengundi
Ikhwah : 74 Akhawat : 178 Jumlah Keseluruhan : 252

Jumlah Ahli yang keluar mengundi
Ikhwah : 55 Akhawat : 138 Jumlah Keseluruhan : 193

Jumlah Undian Rosak
Ikhwah : 4 Akhawat : 1 Jumlah Keseluruhan : 5

Jumlah undian wakil
ikhwah : 1 Akhawat : 7 Jumlah keseluruhan : 8


SENARAI PEMENANG CALON PILIHANRAYA DPM MANSURAH SESI 2008/09

Pemenang Calon AJK Tadbir DPMM Sesi 2008/09

Pemenang Calon Pengerusi
Amin Taufiq B. Mohd Rifain [16086] - Menang tanpa bertanding.

Pemenang Calon AJK Tadbir DPMM
1] Mohd Asri B. Zolkafli [14422]
- keseluruhan undian 181 [ikhwah : 47 & Akhawat : 134]
2] Abd Rahman B. Yusof [17228]
- Keseluruhan undian 181 [ikhwah : 49 & Akhawat : 132]
3] Mohd Amirul B. Hasim [16569]
- Keseluruhan undian 178 [ikhwah : 41 & Akhawat : 137]
4] Abd Hafiz b. Yusof [18096]
- Keseluruhan undian 178 [ikhwah : 47 & Akhawat : 131]
5] Adnan B. Abd Rahman [18334]
- Keseluruhan undian 178 [ikhwah : 48 & Akhawat : 130]
6] Mohd Hairil B. Abd Rahim [18331]
- Keseluruhan undian 169 [ikhwah : 45 & Akhawat : 124]
7] Mohd Farid B. Mohd Arbi [18929]
- Keseluruhan undian 168 [ikhwah : 44 & Akhawat : 124]
8] Mohd Alif Junaidi [18373]
- Keseluruhan undian 167 [ikhwah : 32 & AKhawat : 135]

AJK Tadbir DPMM Kekal
1] Muhammad Labib B. Abd Jalil [17700] - Lantikan Mesyuarat AJKT/AJKH DPMM
2] Mohd Zuhdi B. Yahaya [17621] - Lantikan Mesyuarat AJKT/AJKH DPMM

Pemenang Calon AJK HEWI DPMM Sesi 2008/09
1] Athirah Bte. Mohd Ajos [17398] - menang tanpa bertanding
2] Baizurah Bte. Ibrahim [17377] - menang tanpa bertanding
3] Noor Zailin Bte. Maat [18429] - menang tanpa bertanding
4] Suhaina Bte. Sharipuddin [18532] - menang tanpa bertanding
5] Nur hamizah Bte. Ismail [18764] - menang tanpa bertanding
6] Nor Haliza Bte. harun@Mamat [18389] - menang tanpa bertanding
7] Nur Adyana Bte. Mohamed [18678] - menang tanpa bertanding
8] Noor Akmaizan Bte. Yusof [18636] - menang tanpa bertanding
9] Fadhilah Bte. Esa [18562] - menang tanpa bertanding

AJK HEWI DPMM Kekal
1] Ansoriah Bte. Abu Bakar [14644] - Lantikan Mesyuarat AJKT/AJKH DPMM
2] Solehah Bte. Harun [17258] - Lantikan Mesyuarat AJKT/AJKH DPMM

Keputusan adalah muktamad

Telah di umumkan secara rasmi
bertarikh 13hb September 2008
jam 7 malam
di DPJA, Utubis Jadid Mansurah.

Sekian

"Belajar Sambil Berbakti"

"JULANG THAQOFAH, BAKTI DICURAH"


Disediakan Oleh;

Shahrulnizam B. Mohd Ahmadi
Pengarah SPR DPM Mansurah
Sesi 2008/09
2 comments

Sekalung Penghargaan

Assalamualaikum w.b.t

Bersempena
Mesyuarat Agung Tahunan [MAT] Kali Ke-16
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah
Sesi 2007/08

Mengucapkan Sekalung

TAHNIAH & PENGHARGAAN

Khusus Buat :
Presiden & Badan Pengurus PMRAM 2008
AJKT HEWI PMRAM 2008
Penasihat DPMM Sesi 2007/08
Pengerusi & AJKT DPMM Sesi 2007/08
AJK HEWI DPMM Sesi 2007/08
S/U & AJK Kecil Jabatan /Unit² DPMM

beserta

AJK Unit-unit Khas DPMM


*MMC *UBMM *UMAD *UPB*
*SKEMA *INFO *AKAR *USM *
*USRAH AL-WEHDAH *UKBA*
*NADI UKKAZ *KAMSIS*
*JMB *SWAM*

Turut Diingati

AJK Khas Suruhanjaya Pilihanraya [SPR DPMM] dan
AJK Pelaksana MAT DPMM Kali Ke-16

Juga Umumnya:

kepada semua ahli DPM Mansurah
yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung
dalam memberi sumbangan kepada
DPM Mansurah sepanjang Sesi 2007/08

Moga penat lelah bakti keringat yang di sumbangkan kepada
perjalanan persatuan yang kita sama-sama dokongi ini
dihadiahkan ganjaran kebaikan di dunia juga di akhirat.


Di kesempatan yang ada ini juga,

kami barisan kepimpinan DPM Mansurah Sesi 2007/08
merakamkan jutaan TAHNIAH kepada
Barisan kepimpinan DPM Mansurah Sesi 2008/09
Di atas perlantikan telus melalui suara ahli DPMM
yang memilih kepimpinan yang akan memimpin
wasilah perjuangan DPM Mansurah yang kita sama dokongi ini.

Moga-moga perjalanan sesi 2008/09 ini akan terus berjaya
malah lebih berjayadari sesi yang lepas
demi memartabatkan Islam dan
mengukuhkan lagi PMRAM umumnya, khususnya DPM Mansurah.

Kami mohon maaf seandainya sepanjang memikul amanah sebagai kepimpinan DPMM sesi 2007/08 ini jika di sana ada hak-hak yang kami tidak dapat tunaikan.
Halalkan segalanya agar amanah yang di laksanakan itu
tidak menjadi hijab antara kami dengan yang Maha Esa.

Sekian Terima Kasih


"JULANG THAQOFAH, BAKTI DICURAH"


0 comments

Selamat Bersidang MAT DPM Mansurah Kali Ke-16

Assalamualaikum w.b.t

Kami seluruh kepimpinan AJK Tadbir/HEWI DPMM
dengan kerjasama seluruh AJK pelaksana
MAT DPMM & SPR DPMM Sesi 2007/08


Dengan segala hormatnya menjemput kepada seluruh ahli DPMM
untuk mengikuti dan menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan DPMM
Kali ke-16
Sepertimana butiran di bawah :


Klik untuk paparan yang lebih jelas
0 comments

Poster Calon & makluman Khusus dari Meja SPR DPMM 2008


Klik pada Poster untuk simpanan



klik pada iklan untuk paparan lebih jelas
0 comments

Pembukaan Usul Bertulis MAT DPM Mansurah Kali Ke-16

Assalamualaikum w.b.t

Makluman kepada semua ahli DPM Mansurah, sempena Mesyuarat Agung Tahunan DPMM kali ke-16, Jabatan Setiausaha Agung DPMM akan membuka sebarang usul bertulis untuk di bahaskan.

Usul bertulis dibuka bermula pada :

Tarikh : 6 Ramadhan 1429H = 6 September 2008
sehingga
8 Ramadhan 1429H = 8 September 2008

Hari : Sabtu hinnga Isnin

*sebelum jam 6 petang.

Usul yang dihantar perlulah:

~
Matan yang ringkas dan mudah di fahami.
~ Rasional usul
~ Nama Pembahas
~ Nombor PMRAM
~ Negeri
~ Membayar Yuran DPMM & PMRAM

*Usul akan ditolak serta merta sekiranya tidak mencukupi salah satu maklumat yang diperlukan diatas.

Usul tersebut boleh dihantarkan:

Ikhwah : Setiausaha Agung DPMM - Ust Amirul Hasim [010-8486756]
Pengerusi DPMM - Ust Abdul Kadir Umar [010-1489131]

Akhowat : Setiausaha HEWI - Ustazah Solehah Harun [0106190884]
Naib Pengerusi 1 HEWI - Ustazah Nor Azah Abd. Aziz [010-5381974]

"JULANG THAQOFAH, BAKTI DICURAH"

* Maaf keterlewatan mengposting maklumat kerana baru dapat petang semalam dari KAMSIS.
0 comments

Hangatkan Suasana Majlis Taaruf Calon

Photobucket
0 comments

Sepintas Lalu...Imbasan EGP '08

Di perkarangan Dataran Asyir, kelibat 2 insan yang bernama akhwat bertemu kembali, bukan di Mansurah tetapi di kaherah dengan satu niat dan satu matlamat

Ana : Assalamualaikum..kaifahaluki ya ukhti?..sibuk nampak…

Ani :Waalaikumussalam, biasa lah.Sekarang ni kan sibuk dengan persiapan EGP’08 bersempena dengan perayaan menyambut kemerdekaan kali ke 51. Jadi, mestilah memerlukan persiapan yang teliti bagi melicinkan program tersebut.

Ana :Ohh..terlupa kite..Apa yang dimaksudkan dengan EGP ’08 ni? Mengapakah dinamakan sedemikian?

Ani :EGP’08 bermaksud Ekspo Gempak PMRAM yang mana PMRAM kali ini membawa sedikit kelainan dengan mengadakan pelbagai aktiviti bukan sahaja sukan tapi juga diadakan jualan yang diadakan oleh PROSMA sebagai satu sumbangan kepada rakyat Palestine, Bazaria dan juga Pameran. Program kali ini juga diselangi dengan talkshow dari Unit Baitul Muslim (UBM) dan juga diskusi ilmiah mengenai hakikat kemerdekaan Malaysia yang sebenar.

Ani :Memang gempak betul ni..

Sepanjang Program EGP’08 ( 16 – 19 OGOS 2008)

Ani :Assalamualaikum..enti tak masuk apa-apa pertandingan EGP’08 ke? Mana tau jadi wakil untuk Mansurah ke? Rasa-rasanya kontijen Mansurah hantar wakil dalam semua acara kecuali satu pertandingan sahaja..betul ke?

Ana :Waalaikummussalam..Kite ni masuk je pertandingan cumanya dapatlah nombor satu ke belakang, nombor depan dah penuh..Kontijen Mansurah yang mewakili zon D telah menghantar wakil dari pelbagai negeri dan bahasa dalam semua acara dewan dan padang kecuali pertandingan pantun..Rasanya bukan tak pandai, selalu juga ahli kita ni berpantun lagi-lagi bila jadi MC tapi selalu tak cukup 4 kerat. 3kerat je..hehehe..

Ani :Wow! Hebat tu..dalam kepayahan mencari atau dalam bahasa BInya “DETECT”ahli, alhamdulillah..banyak juga penyertaan. Mansurah ni bukan calang-calang ahlinya. Walaupun penyertaan banyak ‘last minute’tapi banyak juga kontijen Mansurah menggondol juara dan naib johan.

Ana :Memang! Zon kita yang ke-3 terbaik, dengan nama gelarannya Naelah Al-Farafisya yang dililit di kepala dengan kain kuning yang nampak gah seperti srikandi lagi-lagi bila disinari cahaya matahari dengan kehadiran ahli lebih dari 50 orang. Jom kita lihat senarai acara dan pemenang-pemenangnya..

Acara dewan

Debat(johan ) : Fadhilah Esa, Tuan Nazifah Tuan Long dan Yasidah Abu Bakar
Slide Show (johan ) :Siti Arbaiyah Mohd Saron
Who wants to be a Daie (Johan ) : Athirah Muhamad Ajos
Nasyid (Naib Johan ) :Unit Soutul Mujahidah (USM )
Pidato (Naib Johan) :Najwa Musa

Acara Padang

Bola Jaring (Naib Johan ) :Noor Nihlah, Khairunnisa’, Khairul Najwa, Azizah, Rahimah, Sh. Kamilah, Siti Arbaiyah, Nurshafieza, Nurul Shuhada dan Athirah

Sukaneka (Johan ) :'Aladdin', 'Bersatu teguh Bercerai Roboh' dan 'Batu dan Golek'

Ani :Bagaimana dengan ikhwah Mansurah pula?

Ana :Setakat yang kite tahulah Ikhwah pun ada yang menang antaranya ialah

Acara Dewan

Nasyid (Naib Johan ): Al-Wehdah
Khat (Naib Johan ) : Mohd Noor Fathi bin Montalib
Khutbah (ketiga ) : Md Ridhwan Yusof

Acara Padang

Ping pong (Naib Johan) : Ust Zikri

dan jangan lupa Kontinjen Mansurah adalah penyumbang yang terbanyak untuk PROSMA.

Ani :Hebat! Mantop! Tahniah kepada mereka yang berjaya serta semua ahli DPMM kerana bersama-sama mengharumkan nama Mansurah. Semoga kejayaan pada tahun ini dapat dilakarkan pada PMHK akan datang dengan lebih ramai penyertaan dari ahli DPMM .

Ana :Amiin...kepada yang tidak berjaya jangan berputus asa dan kecewa kerana anda adalah yang terbaik di antara yang terbaik! Syabas diucapkan kepada semua. Tahun depan kita mantapkan lagi dengan penglibatan yang lebih ramai. Kita sebagai ahli yang faham harus membantu PMRAM dan DPMM dengan memberi kefahaman mengenai program ini termasuk program yang lain..

"JULANG THAQAFAH , BAKTI DICURAH”
dan
“JULANG IZZAH, TEGUH WAHDAH”.
0 comments
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger