Info Terkini DPMM
print this page
Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan


Korban 1429 H


sila klik pada iklan untuk paparan yang lebih jelas.

Assalamualaikum w.b.t.

Tawaran hebat untuk ahli DPMM seluruhnya. Bersempena dengan Aidil Adha yang bakal tiba, Unit Kebajikan dan Kemanusiaan di bawah Jabatan Timbalan Setiausaha Agung DPMM 08/09 pada tahun ini, akan mengadakan Hari Raya Korban.

Antara binatang korban yang disediakan ialah lembu, kerbau, khuruf dan kambing biasa. Harga-harga binatang korban adalah seperti berikut:-
  • lembu dan kerbau ~ LE785 (satu bahagian)
  • khuruf ~ LE600 - LE1000
  • kambing ~ LE600 - LE1000
** harga binatang korban adalah tertakluk pada perubahan semasa dan tarikh tutup adalah pada 5 Disember 2008.

Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat korban atau mempunyai pertanyaan atau inginkan penjelasan yang lebih lanjut boleh menghubungi:-

Untuk ikhwah:
~ Ustaz Aliff Junaidi b. Abdullah (016-1336011)

Untuk akhawat:
~ Ustazah Nur Hamizah bt. Ismail (011-4657857)

Jangan lepaskan peluang ini. Semoga korban kita diterima Allah. Sebarang makluman boleh rujuk pada iklan di atas.
Sekian,terima kasih.

" JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH "




0 comments

Motivasi Injeksi Mandiri

MIM


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Kepada semua ahli Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah [DPMM] yang dikasihi dan dirahmati Allah sekalian. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kelas Bimbingan Akademik [UKBA] salah satu unit khas Unit Pengetahuan dan Pendidikan [UPEP] DPMM akan menganjurkan MOTIVASI INJEKSI MANDIRI yang diadakan khusus untuk seluruh mahasiswa/wi yang yang berada di Mansurah. Butiran program adalah seperti berikut:-

Hari
::-> SABTU

Tarikh
::-> 29 November 2008 Bersamaan 01 Zulhijjah 1429H

Masa

::-> 8.00 Pagi - 11.30 Pagi

Tempat

::-> Dewan Persada Jazirah al-Ward, [DPJA], Utubis Jadid.

Penceramah Undangan:
Al-Fadhil Al-Ustaz Muhamad Zuhaili Bin Saiman
Anggota Badan Pengurus
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2008

Semua Mahasiswa/wi DPM Mansurah
Dijemput Hadir Ke Program Ini.


Jangan Ketinggalan Untuk Mengikutinya.

"JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH"
0 comments

Penangguhan Kelas Pengajian Tafaqquh Fiddin

tangguh tafaqquh

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Makluman terkini daripada Unit Pengetahuan dan Pendidikan (UPEP) DPMM bahawasanya Kelas Pengajian Tafaqquh Fiddin ditangguhkan bermula hari ini 23 November 2008 sehingga tamat peperiksaan semester pertama.

Penangguhan ini adalah untuk memberi laluan kepada kelas-kelas tutorial bagi menghadapi peperiksaan semester pertama yang bakal bermula pada awal Januari 2009.

Sekian, wassalam.

Unit Pengetahuan dan Pendidikan
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah
Sesi 2008/2009

"JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH"

0 comments

JALINAN '08 MERIAH

head

DPJA, Utubis Jadid, 22 November - Unit Sambutan dan Rehlah (USR) Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah (DPMM) telah berjaya menganjurkan Hari Jalinan Kasih 2008 (JALINAN '08) dengan bertemakan "Jalinan Mesra Kasih Sayang Terbina".

Menurut Ketua USR, Ustaz Abdul Hafiz bin Yusop program yang diadakan adalah dikhususkan kepada mahasiswa-mahasiswi baru untuk menyampaikan informasi yang bermanfaat berkaitan dengan sistem pengajian, keselamatan dan ramah mesra bersama kepimpinan.

4org

"Secara keseluruhan, saya berasa amat berpuas hati terhadap perjalanan program pada hari ini dan bersyukur kerana segala-galanya berjalan dengan lancar," katanya. Ujar beliau lagi, apa yang lebih utama adalah objektif program telah tercapai apabila melihat kepada semua peserta kelihatan gembira dan santai ketika program berlangsung dan juga ketika menyanyikan lagu Jalinan nyanyian asal kumpulan UNIC yang juga merupakan lagu tema program ini.

Majlis yang bermula pada jam 7.45 pagi dimulakan dengan alunan ayat-ayat suci al-Quran yang telah disampaikan oleh Ustaz Abdullah Fahmi bin Che Nor@Shukri. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Program JALINAN '08, Ustaz Ahmad Firdauz Bin Husin. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan "Ahlan Wa Sahlan" kepada semua mahasiswa-mahasiswi baru yang datang ke Perlembahan Al-Ward ini dalam mengutip mutiara berharga sebagai seorang mahasiswa.

"Harapan saya melalui program ini mampu memberikan sesuatu yang bernilai dan berharga kepada seluruh ahli DPMM yang terlibat secara langsung di dalam majlis ini lantas mewujudkan kesatuan sesama ahli-ahli DPMM.

jalinan - rasmi

Seterusnya, majlis disusuli dengan ucapan perasmian oleh Pengerusi DPMM, Ustaz Amin Taufiq bin Mohd Rifain. Beliau berkata saudara yang jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih utama daripada diri sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. Sedangkan mereka, jika tidak bersamanya akan bersama dengan orang lain.

"Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain umpama bangunan yang saling kuat dan juga memperkuat antara satu sama lain. Diharapkan agar persatuan yang terbina ini dapat menghasilkan pembentukan umat yang terbaik dan pembentukan ini memerlukan sokongan daripada semua pihak serta berusaha sedaya upaya untuk mengelak daripada timbulnya titik perpecahan sesama kita," katanya yang juga turut merasmikan majlis perasmian.

usrah wehdah

Majlis diserikan dengan persembahan oleh kumpulan nasyid Usrah Al-Wehdah yang menyampaikan dua buah lagu iaitu Dia Kekasih Allah nyanyian asal kumpulan Hijjaz dan Aisyah Humaira' dendangan asal kumpulan UNIC.

JALINAN '08 diteruskan dengan slot Ramah Mesra Bersama Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) dan Ahli Jawatankuasa HEWI (AJKH) DPMM yang secara tidak langsung memperkenalkan barisan kepimpinan DPMM dan sesi dialog.

RAMAH mesra ajkt

JALINAN '08 turut diisi dengan taklimat pekeliling keselamatan semasa oleh Pengerusi DPMM merangkap Unit Perhubungan Luar, seterusnya taklimat unit hisbah yang disampaikan oleh Pengarah Bait Muslim, Ustaz Mohd Nasir bin Hassan. Taklimat kesihatan telah disampaikan oleh Ustaz Adham bin Hodari yang menekankan dari segi aspek gangguan jin serta penjagaan kesihatan spiritual. Manakala Dr. Ikram Bin Ishak telah menyampaikan taklimat kesihatan fizikal. Sesi Taklimat diteruskan dengan taklimat sistem pengajian yang telah disampaikan oleh Ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan DPMM, Ustaz Abd Rahman bin Yusoff dan taklimat ini seterusnya dibahagikan mengikut fakulti masing-masing.

ramah mesra - hewi

Suasana di dalam DPJA menjadi sedikit riuh dan bertambah ceria apabila masing-masing terhibur dengan persembahan slide show yang diterbitkan oleh Unit Penerangan dan Penerbitan (UPP) DPMM serta Unit Dakwah dan Pembangunan Insan (UDPI) DPMM.

Suasana santai di waktu petang diisi dengan slot Sembang-Sembang Petang yang dikelolakan oleh Ustaz Mohd Yusairi bin Mohd Paid dan Ustazah Noraini binti Salim serta ditemani oleh Ustaz Kadir bin Umar selaku pengulas di dalam slot ini.

Sebelum program melabuh tirainya, majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Naib Pengerusi 1 HEWI DPMM, Ustazah Ansoriah binti Abu Bakar. Beliau mengingatkan agar semua mahasiswa tidak lupa dengan tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa lantas mengambil iktibar menerusi tayangan slide show yang dipersembahkan sebelum ini.

sembang²

"Kita selaku mahasiswa pada masa yang sama hendaklah mempunyai sensitiviti terhadap isu-isu yang melanda umat Islam pada hari ini. Hal ini kerana kita adalah harapan masyarakat apabila kita pulang ke Malaysia kelak," katanya.

Majlis berakhir pada jam 5.00 petang dengan solat Maghrib secara berjemaah yang diimami oleh Ustaz Bazli Hazwan bin Che Osman yang turut sama menjadi pengerusi umum bagi majlis ini.

~JALINAN MESRA KASIH SAYANG TERBINA~

"JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH"

0 comments

Sekalung Penghargaan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

JUTAAN TERIMA KASIH BUAT MEREKA YANG BEKERJA KERAS

Firma Allah S.W.T:-

"Bertolong-tolonglah kamu dalam membuat kebaikan dan taqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam membuat dosa dan aniaya, dan takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras seksaanNya."

Saban tahun Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah akan menerima kedatangan pelajar-pelajar baru dari pelbagai pelosok negeri bagi mengutip segala mutiara ilmu di bumi penuh barakah ini di samping menuntut di universiti terkemuka dan tertua di dunia iaitu Universiti al-Azhar as-Syarif.

Bagi menguruskan kedatangan pelajar-pelajar baru ini, DPM Mansurah telah mengamanahkan tugas ini kepada Unit Sambutan Mahasiswa/wi Baru sesi 2008/2009 (USMB) di bawah kelolaan Unit Sambutan dan Rehlah DPMM. USMB pada sesi ini telah dikepalai oleh Ustaz Adham Hodari dengan dibantu oleh Ustazah Zunaidah Abdul Rahim beserta ahli jawatankuasa yang terlantik seramai 14 orang.

Tanggal 28 September 2008, Mansurah kembali ceria menyambut siswi-siswi baru dari kalangan pelajar Qiraat seramai 34 orang termasuk dua pasangan yang telah berkahwin. Majlis sambutan diserikan lagi dengan paluan kompang yang bergemuruh dari Usrah Shoutul Mujahidah (USM) dan diiringi oleh Unit Sambutan Mahasiswa Baru PMRAM iaitu Ustaz Adlan Mokhtarudin dan juga Ustazah Raudhah Hanum Salim. Siswi-siswi dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah selesai diberi pengisian oleh Unit Pengisian dan Sambutan USMB Mansurah, sementara urusan penghantaran barang-barang dan juga beg-beg dilakukan pada sebelah malamnya oleh Unit Penempatan USMB dan dibantu oleh unit-unit lain beserta ahli jawatan kecil.
Pada 12 November 2008, bumi Mansurah sekali lagi dimeriahkan dengan gema paluan kompang menyambut ketibaan siswa dan siswi STAM yang terdiri daripada 21 orang ikhwah dan 18 orang akhawat pada jam 11.30 pagi. Maka, DPJA dibanjiri lagi dengan beg-beg dan saratoga-saratoga (selimut) dari rombongan kedua ini. Rombongan kali ini diiringi oleh wakil Badan Pengurus iaitu Ustaz Syafiq Zulakifli dan Ustaz Nik Rosdi Nik Jusoh beserta wakil HEWI PMRAM iaitu Ustazah Raudhah Hanum Salim dan juga Ustazah Siti Norsaniyah Shapiin. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Pengarah USMB iaitu Ustaz Adham Hodari diikuti dengan taklimat keselamatan oleh Ustaz Amin Taufiq Rifain. Seterusnya dirasmikan oleh Ustaz Syafiq Zulakifli selaku Badan Pengurus PMRAM. Turut diselitkan juga taaruf ringkas Ahli JawatanKuasa Tadbir DPMM dan HEWI DPMM. Majlis di akhiri dengan jamuan makan sebelum dihantar pulang ke kediaman masing-masing yang rata-ratanya terletak di kawasan Depan Kuliyyah A, Depan Kuliyyah B, Utubis Jadid, Belakang Kuliyyah B, Madinat Salam, Hayyu Syarq dan Mauqaf Kanan.


Di kesempatan ini, kami seluruh barisan AJKT dan juga AJK HEWI DPM Mansurah sesi 2008/2009 mengucapkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih di atas segala kerjasama yang diberikan sama ada secara langsung atau tidak langsung khususnya buat Ahli Jawatankuasa Pelaksana Unit Sambutan Mahasiswa/wi Baru (USMB) 2008/2009 dan amnya buat seluruh ahli DPM Mansurah yang bertungkus lumus dalam menjayakan perjalanan majlis sambutan ini. Semoga penat lelah dan jerih perih kalian dibalas di akhirat kelak.

Jazakumullahhu Khairan Kathira....

** Kami semua dari AJK Mansoura Multimedia Centre (MMC) memohon jutaan kemaafan di atas keterlewatan menyediakan liputan tentang perjalanan program bagi pelajar-pelajar baru kerana bertindan dengan tugasan-tugasan luar dan di atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.


" KERJASAMA PEMANGKIN UKHUWWAH "

"JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH"
0 comments

HARI JALINAN KASIH [JALINAN '08]

JALINAN 08


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dengan segala sukacitanya dimaklumkan kepada ahli Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah [DPMM] sekalian, Unit Sambutan dan Rehlah DPMM di bawah pimpinan Ustaz Abdul Hafiz Bin Yusop akan menganjurkan HARI JALINAN KASIH [JALINAN '08] yang diadakan khusus mahasiswa/wi baru yang terdiri daripada mahasiswa/wi Kuliah Al-Azhar Banin dan Banat serta Ma'had Qiraat Al-Azhar, Mansurah. Butiran program adalah seperti berikut:-

Hari
::-> SABTU

Tarikh
::-> 22 November 2008 Bersamaan 24 Zulkaedah 1429H

Masa

::-> 7.30 Pagi - 3.30 Petang

Tempat
::-> Dewan Persada Jazirah al-Ward, [DPJA], Utubis Jadid.

Antara yang menarik di JALINAN '08:
  • Ramah Mesra Bersama Kepimpinan DPMM Sesi 2008/2009.
  • Taklimat Keselamatan.
  • Taklimat Pengajian.
  • Sembang-Sembang Petang.
  • Persembahan Istimewa Daripada Personaliti Jemputan.
  • Cenderahati Istimewa Untuk Mahasiswa/wi Baru.
  • Dan Banyak Lagi.

Penyertaan Dikhususkan
Kepada Semua Mahasiswa/wi Baru
Sesi 2008/2009

Semua Mahasiswa/wi DPM Mansurah
Dijemput Hadir Bagi Memeriahkan
Majlis JALINAN '08

~JALINAN MESRA KASIH SAYANG TERBINA~

"JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH"


0 comments

Kelas Bahasa Arab Ammiyah Mesir

iklan nadi ukkaz (bahasa arab ammiyah)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Kepada semua ahli Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah [DPMM] yang dikasihi dan dirahmati Allah sekalian. Sukacita dimaklumkan bahawa Nadi Ukkaz salah satu unit khas Unit Pengetahuan dan Pendidikan [UPEP] DPMM akan menganjurkan Kelas Bahasa Arab Ammiyah Mesir khususnya kepada mahasiswa/wi baru di kalangan mahasiswa kuliah Al-Azhar, Qiraat dan Perubatan. Butirannya adalah seperti berikut:

Hari
::-> Khamis [Setiap Minggu]

Tarikh
::-> 20/11/2008

Masa

::-> 3.00 - 4.30 petang

Tempat
::-> Dewan Persada Jazirah al-Ward, [DPJA], Utubis Jadid.

Kelas ini akan diadakan secara berkala iaitu setiap minggu.

Kertas Kerja Bahasa Arab Ammiyah Mesir disediakan ketika kelas berlangsung.

Pihak Nadi Ukkaz sekali lagi mengalu-alukan penyertaan daripada seluruh mahasiswa/wi di Perlembahan al-Ward ini untuk menjayakan kelas yang akan dianjurkan.

Semoga dengan kehadiran anda ke majlis ilmu ini akan mendapat keberkatan dan juga dinilai ganjarannya di sisi Allah SWT serta tergolong di kalangan orang yang berilmu dan mengamalkannya. Insya Allah.


"JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH"

0 comments

Carta Organisasi AJKT dan AJKH sesi 2008/2009


Sila Klik Untuk Paparan Yang Lebih Jelas


"JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH"
1 comments

Selamat Datang Ke Mansurah

welcome to dpmm
0 comments

Pelancaran Muzakarah Berkelompok

Sila Klik Untuk Paparan Yang lebih Jelas

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Buat semua ahli Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah [DPMM] yang dikasihi dan dirahmati Allah sekalian. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Pelancaran Muzakarah Berkelompok di bawah anjuran Jabatan Muzakarah Berkelompok [JMB], Unit Dakwah dan Pembangunan Insan [UDPI] DPMM sesi 2008/2009 akan diadakan seperti butiran berikut:-

Tarikh
::-> 14 November 2008

Hari
::-> Jumaat

Masa
::-> 1.00 petang

Tempat
::-> Dewan Persada Jazirah al-Ward, Utubis Jadid.

Selain itu, turut diadakan juga pembentangan kitab yang bertajuk "Bahana Merokok" yang akan dibentangkan oleh al-Fadhil Ustaz Salman Bin Maskuri.

Kitab boleh didapati di lokasi dengan harga LE 10.

Pastikan temujanji anda di waktu dan lokasi yang dijanjikan. Semoga dengan kehadiran anda ke majlis ilmu ini akan mendapat keberkatan dan juga dinilai ganjarannya di sisi Allah SWT. Insya Allah.

"JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH"
0 comments

Daurah Kitab: Juru Bicara Al-Quran

daurah kitab - jbcaraquran


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Berita baik buat pencinta ilmu sekalian, pihak Unit Pengetahuan dan Pendidikan DPMM Sesi 2008/2009 di bawah kelolaan Ustaz Abd Rahman Bin Yusoff akan menganjurkan DAURAH KITAB JURU BICARA AL-QURAN. Butirannya adalah seperti berikut:-

Tarikh
:: 10 November 2008 bersamaan 12 Zulkaedah 1429H

Hari
:: Isnin

Masa
:: 3.30 petang

Pendiskusi
:: Al-Fadhil Ustaz Mohd Hafizy Bin Ramly
:: (Penyusun Kitab Juru Bicara Al-Quran)

Lokasi
:: Dewan Persada Jazirah Al-Ward

Bersama-sama kita menghadirkan diri ke majlis ilmu yang penuh dengan keberkatan sekaligus dapat menjulang kemuliaan dan keizzahan Al-Quran.

JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH

0 comments

Perasmian Kelab Seni Khat Mansurah

Sila Klik Untuk Paparan Yang Lebih Jelas

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Untuk makluman warga DPMM yang dikasihi sekalian, Majlis Perasmian Kelab Seni Khat Mansurah (KHASRAH) akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh
:: 4 November 2008 bersamaan 6 Zulkaedah 1429H

Hari
:: Selasa

Masa
:: 3.30 Petang

Tempat
:: Dewan Persada Jazirah Al-Ward, Utubis Jadid.

Datanglah beramai-ramai dan rebutlah peluang untuk menjadi ahli Kelab KHASRAH dan menikmati peluang serta keistimewaan kelab ini. Semoga anda menjadi penerus kesinambungan kesenian Islam.

Menghayati Penulisan Khat
Memelihara Tinta Al-Quran

JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH

0 comments
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger